Dosa dosa Facebook – Artikel dr www.zaharuddin.net

Salam,

Artikel ini saya petik dari blog Ustaz Zaharuddin. Sangat benar dan menginsafkan.  Bacalah sampai ke noktah terakhir dan fahamilah apa maksud yang tersirat dan tersurat.

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/930-dosa-dosa-a-facebook.html

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2)  Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3)  Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4)  Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. 

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5)  Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a-      Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b-      Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c-      Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

 

    Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent‘, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

 

 

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 Mei 2010

Nota Kaki,

Semoga kita semua mengambik iktibar dari itu. Kekadang, banyak perkara yang kita lakukan secara terus, tidak sedar yang itu mendatangkan dosa. Marilah kita sama2 beramal dan berubah diri kita ke jalan yang benar. Jangan ada yang mengambik artikel ini secara negatif…sekali sekala, buka lah minda kita…

@ 29/11/2010. 1.51pm

Menjaga Aib Suami

Petikan artikel ini saya copy dari website ini;

http://www.voa-islam.com/muslimah/artikel/2010/11/23/11959/menjaga-aib-suami/

(artikel ini dalam didalam bahasa indonesia, tetapi sebabkan bahasa serumpun, saya percaya kita semua dapat memahami maksudnya, samalah kita memahami dan bersama2 berusaha kejalan yang diredhai Allah)

Manusia tidak ada yang sempurna. Begitupun dalam keseharian suami istri,pastilah banyak kekurangan disana sini.

Ketika seseorang telah menikah, maka isteri Dan suami telah menjadi satu bagian. Mereka bagaikan pakaian bagi satu sama lain. Dan fungsi utama pakaian adalah menutup aurat. Artinya, masing-masing suami istri harus berusaha menutupi aib pasangannya, dan pantang mengungkapkannya kepada orang lain, meski keluarga sendiri.

Namun sering kita jumpai realita menyedihkan di luar sana. Banyak kaum wanita ibu-ibu bergunjing membicarakan aib cacat atau cela yg ada pada suami mereka tanpa perasaan sungkan ataupun canggung. Bahkan di mata mereka hal tersebut terbilang remeh ringan dan begitu gampang meluncur dari lisan.Obrolan-obrolan vulgar yang menyangkut masalah kekurangan pada suaminya ketika melakukan hubungan badan dibuka secara blak-blakan. Mereka membeberkan masalah hubungan seksual sambil tertawa-tawa. Ketika asyik membicarakan kekurangan suami seakan lupa dgn diri sendiri. Seolah diri sendiri sempurna tiada cacat dan cela.

Pernahkah kita sejenak mengingat pesan Rasulullah SAW, berikut ini,
“Dari Abu Sa’id al-Kudriy, IA berkata, Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya manusia yang paling jelek kedudukannya di Hari kiamat adalah seorang laki-laki (suami) yang bercampur (bersetubuh) dengan isterinya, kemudian membeberkan rahasia (isteri)-nya tersebut.” (HR. Muslim)

Manusia penuh dengan kekhilafan, begitupun sang suami. Sebaik baiknya beliau, pastilah mempunyai kekurangan, aib, cacat dan cela. Akan lebih baik jika kita menyimpan rapat rapat semua itu, dan menyibukkan diri ini utk memeriksa dan menghitung dan memperbaiki aib kita sendiri.

Insyaallah hal itu sudah menghabiskan waktu tanpa sempat memikirkan dan mencari tahu apalagi membeberkan kekurangannya. Lagi pula orang yg suka mencari-cari kesalahan orang lain utk dikupas dan dibicarakan atau diceritakan di hadapan manusia Allah Subhanahu wa Ta’ala akan membalas dgn membongkar aib walaupun ia berada di dlm rumahnya.

Sebaik baiknya suami, pastilah mempunyai kekurangan, aib, cacat dan cela. Akan lebih baik jika kita menyimpan rapat rapat semua itu, dan menyibukkan diri ini utk memeriksa dan menghitung dan memperbaiki aib kita sendiri.

Perkuatlah prinsip bahwa suami adalah separo dari kita, menceritakan kekurangannya sama seperti menelanjangi diri kita sendiri. Perbuatan seperti ini selain tdk pantas menurut perasaan dan akal sehat kita, ternyata syariat yg mulia pun mengharamkan.Ingatlah, Siapa yg menutup aib seorang muslim yg demikian keadaan Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menutup aib di dunia dan kelak di akhirat. (syahidah)

Salam Penuh Hormat @ kediamanku @ 27/11/2010

Cerita Tentang Seorang Ibu…

Salam….

Setiap orang dimuka bumi Allah ini akan punya IBU. Seorang insan yang dipilih oleh Allah untuk menjadi ibu kita. Beliau mengandungkan kita, membesarkan dan menjadikan kita seorang yang solehah.

Disini, aku sangat teruja untuk berkongsi cerita mengenai  insan yang dipilih oleh Allah untuk menjadi ibuku. Ingat pilihan Allah itu kepanggil EMAK.  Emakku sangat istimewa. Allah kurniakan emakku hati emas, seorang yang sanggup berkorban jiwa dan raga didalam membahagiakan orang lain. Kalau ku ceritakan secara terperinci dan semua kisah emakku, berhari hari pun tidak akan habis.

Melahirkan 9 orang anak dan membesarkan anak anak  didalam suasana yang sangat daif, amat menguji kemampuan emak. Getir yang emak rasa telah bermula sejak dulu..dulu dulu lagi. Kerana ingin memberi laluan kepada adik adiknya, emak tidak pernah ke sekolah. Tidak pernah. Emak harus mengambil tugasan nenek untuk menguruskan adik adiknya. Aku sesekali tidak boleh terima apabila 3 orang adik beradik emak dapat membaca dengan baik. Tapi emakku….BUTA HURUF….sampai hati nenekku melatari emak begitu. Sampai bila2 pun, aku sendiri tidak akan lupa apa yang arwah nenek buat pada emakku.

Emak berjodoh denga ayah semasa berstatus balu (arwah suami pertamanya meninggal kerana sakit) dan ayah pula duda. Peristiwa ini berlaku 45 tahun dulu. Emak berasal dari Manir, Terengganu manakala ayah berasal dari Besut, Terengganu. Alhamdulilah, perkahwinan itu berkekalan hingga kini.

Perkahwinan itu melahirkan kami 9 orang adik beradik. Dengan keadaan ayah yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, kami hidup didalam suasana yang amat daif. Selepas menumpang dirumah nenek di kampung, ayah mengambil keputusan untuk menerokai tanah hutan di Kampung Sungai Ara, Ajil….kami dibawa bersama. Pada masa itu, hanya kami 5 beradik saya yang ada. Yang lain belum dilahirkan lagi.

Disitulah kesusahan yang sebenarnya bermula. Kami bersama sama berusaha untuk hidup dan tidak pernah menyusahkan orang lain. Aku sendiri banyak mengambil tempat ibu membesarkan adik adik, manakala emakolong ayah mengusahakan kebun dan bercucuk tanam. Berbagai bagai tanaman yang ayah dan ibu usahakan.

Emak sangat tabah didalam membesarkan kami adik beradik. Walaupun tidak tahu membaca, emak akan sematkan didalam bebelannya yang anak anak harus menjadi manusia yang berguna, harus menjadi pandai, harus itu dan ini.  Tapi aku hanya berada dekat dengan emak sampai umur 12tahun, sebab selepas itu aku memasuki asrama.

Dulu rumah kami tiada TV dan radio. Emak akan menjadi penghiburlara kami. Emak akan bercerita berbagai bagai hikayat. Aku sendiri masih ingat lagi tentang hikayat Awang Pemalas, 

Hikayat Kuda Putih, Hikayat Putera Bunian dan berbagai cerita lagi. Walaupun emak memperdengarkan cerita yang sama, kami adik beradik tidak pernah jemu. Dalam masa itu juga, emak akan menyanyikan lagu buat kami. Ada satu lagu yang membuatkan aku tersentuh hati hingga kini.

Semasa menidurkan kami, emak akan menyanyikan satu lagu yang sangat merdu. Aku tidak pernah bertanya dimana emak mendapat lagu itu, tetapi apa yang aku sematkan dan percaya yang lagu itu rekaan emak sendiri. Ini kerana aku sendiri tidak pernah mendengar sesiapa yang pernah menyanyikan lagu tersebut. Malah kami adik beradik menghafal lagu tersebut kerana kekerapan ibu mendendangkannya.

Apabila ku berkahwin dan suamiku pula mengemar lagu lagu lama, aku terkesima. Selepas berpuluh puluh tahun aku hidup, aku mendengar lagu yang emak nyanyikan berkumandang di radio. Menitis air mata ku ketika itu. Emak mendendangkan dengan penuh merdu untuk anak anaknya. Baru aku tahu, lagu tersebut memang terkenal dizaman 60an. Sangat terkenal……Emak, anakmu ini sangat bangga denganmu, sangat bangga. Emak membuatkan kami terhibur dengan nyanyi merdu emak. Emak berjaya mencipta dunia kita sendiri. Dunia yang tiada orang lain. Hanya ayah, emak dan anak anak emak.

Ini lah bait bait senikata lagu tersebut;

Kalau tuan pandai menyurat,
Suratkan saya di kertas biru;
Kalau tuan pandai mengubat,
Ubatkan saja hati yang rindu.

Emak sorang yang penyabar dan tertimbang rasa didalam semua perkara. Emak selalu berusaha untuk menjaga kesemua hati anak anaknya. Walau ada diantara anak anaknya yang melukakan hatinya, emak akan cuba untuk berfikiran positif dan mengambil langkah berdiam diri.

Walaupun ada diantara adik adikku yang menentang kata kata emak, tapi akhirnya semuanya pulang kepangkuan emak. Dan mereka tidak akan pernah bertemu dengan ibu sebaik emak. Emak menerima kesalahan anak anak dengan hati yang terbuka dan selalu memberi peluang kepada anak anak untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Disini disenarai anak anak emak yang menjadi kerinduan selalu.

  1. Muhammad Ali Bin Harun
  2. Siti Fatimah Binti Harun – berkahwin
  3. Muhammad Napiah Bin Harun
  4. Siti Zaliha Binti Harun – berkahwin
  5. Muhammad Afiffin Bin Harun – berkahwin
  6. Siti Rohani Binti Harun – just married
  7. Siti Zubaidah Binti Harun – berkahwin
  8. Muhammad Amir Shah Ariff  Bin Harun
  9. Siti Hajar Shazwani Binti Harun

Disebabkan oleh emak buta huruf, adikku telah settingkan speeddail di telefon gengam emak. Speeddail “1” untuk anak pertama dan seterusnya sehingga anak kesembilan. Itu amat menyenangkan emak.

Perselisihan faham antara aku dengan emak tidak dapat di elakkan. Tapi perkara perkara yang tidak menyenangkan akan berlalu dengan cepat dan sebagai anak, aku tidak pernah malu untuk menghulurkan kata maaf kepada emak.

Ini adalah momen indah semasa perkahwinan adikku, Siti Rohani. Emak ada dibelakang dengan senyum melebar seperti anak anak dan cucunya.  Alhamdulilah….semua aman dan damai.

Mak, ingin sekali kami meminjam kecekalan dan kesabaran emak didalam membesarkan anak anak dan mempertahankan keutuhan rumahtangga. Mak doakan ya…doakan kami menjadi cekal dan tabah seperti mak…

Catatan seorang anak, @ kediamanku @ 7.08 mlm

Cerekarama : Karma Salina

Salam…

Saya pasti ramai yang menonton drama Karma Salina arahan pengarah tersohor Erma Fatima. Banyak drama arahan beliau yang saya kagumi. Walaupun tidak punya banyak masa untuk menonton TV, tapi saya tidak akan sekali kali melepaskan peluang untuk menonton drama arahannya. Memandangkan TV3 tiada siaran ulangan seperti Astro, mahu atau tidak, saya harus menonton.

Saya bukanlah pakar untuk mengkritik drama seperti penulis tersohor, tapi apa yang saya akan tulis adalah bahagian dari rasa saya sebagai seorang ibu kepada remaja seperti yang digambarkan didalam drama tersebut.

Ini adalah sinopsis drama KARMA SALINA;

Rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada Salina termasuklah Nora Asyikin, peguam yang menerajui Biro Tata Syariah. Nora Asyikin tekad untuk memperjuangkan nasib wanita mengikut hukuman Allah. Ketika Nora mengunjungi keluarga Salina, Intan datang dan menyerahkan surat yang diberikan Salina sebelum dia dijatuhkan hukuman. Barulah mereka mengetahui Salina sebenarnya redha dengan hukuman itu lantaran rasa berdosanya terhadap ibu bapanya, cintanya yang mendalam terhadap Afkar hingga mengizinkan dirinya dianiya oleh suaminya dan menjadi pembunuh. Nora Asyikin tetap membela kematian Salina dan akhirnya masyarakat mula memahami mengapa Salina mati di tali gantung dan betapa mulianya pengorbanan Salina.

 

Kalau anda menonton drama terdahulu mengenai nasib Salina yang menerima hukuman gantung kerana membunuh suami, anda akan teruja untuk menonton drama ini.

Saya sangat tertarik dengan watak seorang ibu yang berusaha untuk menjadi ibu yang baik. Tetapi tanpa didikan agama yang sempurna dan tanpa bantuan daru suaminya, sang ibu gagal didalam menjadikan anak2 seorang anak yang solehah dan taat kepada keluarga dan agama. Sang ibu mempunyai 2 orang anak yang sedang meningkat remaja. Seorang remaja perempuan (masih bersekolah menengah) yang terpengaruh dengan rakan2nya dan seorang remaja lelaki (masih bersekolah menengah) yang suka mencuri. Mereka berdua beradik adalah pakar dalam menipu ibu mereka dan suka ponteng sekolah.

Watak ibu lakonan Sofea Jane amat berkesan. Tekanan yang dihadapi dek kerenah anak anak dan suaminya yang suka menyalahkan amat meruntum jiwa. Sang ibu berada didalam keadaan cemas setiap hari. Beliau sangat takut dengan suaminya yang akan memarahinya sekiranya berlaku perkara buruk kepada anak anaknya dan risau dengan anak anaknya yang kerap pulang lambat dan ponteng sekolah.

Adegan dimana beliau merayu pada anak2 agar jangan keluar dari rumah amat menyentuh jiwa. Sang ibu merayu rayu agar jangan tinggalkan beliau keseorangan dirumah tapi tidak diendahkan oleh anak anaknya malah sang ibu ditengking dan diherdik oleh anak derhaka itu.

Itulah adegan yang banyak terjadi di dunia realiti. Anak anak zaman sekarang sudah tidak tahu menghormati ibu bapa. Mereka bukannya mencari idea bagaimana untuk membahagiakan ibubapa, tapi otak tidak berhenti berfikir bagaimana untuk menipu keluarga didalam melaksanakan agenda mereka.

Lakonan Sang Ibu sangat dekat dengan kita sebagai seorang ibu. Kesedihan, kerisauan dan ketakutannya seolah olah menusuk dan berpadu dengan jiwa saya. Bukan senang untuk membesarkan anak anak dizaman dunia sekarang. Dunia tanpa sempadan. Dunia yang menjanjikan seribu jalan untuk melangkah ke arah kesesatan dan kejahatan.

Saya menitis air mata apabila melihat sang ibu dihalau oleh suaminya hanya kerana mengajak sang suami ke Balai Polis untuk melapurkan kehilangan anak perempuannya. Sang suami yang sememangnya bermasalah telah membalingkan pakaian sang isteri dan anak lelakinya dan menolaknya keluar dari rumah.

Tapi alhamdulilah, Pengarah Erma Fatima telah menunjukkan jalan kepada sang ibu untuk ke Mahkamah Syariah apabila mempunyai masalah dengan suami dan bertemu pula dengan seorang peguam wanita yang sangat serius dalam usaha menuntut keadilan untuk wanita yang dianiaya oleh suami.

Peguam tersebut telah menempatkan Sang Ibu di rumah perlindungan dan diberi nasihat dan jalan keluar dari masalah. Walaupun anaknya dijumpai mati dibunuh dan sang ibu hampir bunuh diri, beliau akhirnya bangun dr kegagalan dan tabah untuk terus hidup. Ini terbukti apabila beliau masih boleh bertenang apabila melihat suaminya datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada anaknya. Suaminya dipenjara 2 tahun kerana terlibat dengan rasuah.

Saya perpendapat yang sokongan suami adalah amat penting didalam membina keluarga yang bahagia dan sempurna. Jangan saling menyalahi diantara satu sama lain sekiranya berlaku sesuatu yang tidak baik dan buruk. Bersama sama membetulkan kesilapan adalah satu langkah yang bijak. Tugas mendidik anak anak bukan dibahu isteri sahaja. Merujuk kepada AlQuran dan jangan tinggal solat adalah amat penting. Sedari kecil, mereka harus dibasuh dengan perkara yang berkaitan dengan dosa dan pahala.

Saya amat berharap agar saya sendiri bisa menjadi ibu yang solehah dan mampu berdiri teguh dan bertenang sekiranya sesuatu yang tidak baik berlaku. Allah tidak akan berhenti menguji kita kerana Allah sayang kepada kita. Amin

@ 24/11/2010, d office

Merisik Si Anak Dara

Salam…

Petang di Adil Adha, kami berkesempatan memenuhi undangan Kak Rohayah untuk merisik Si Anak Dara untuk anaknya, Rustam Ramli. Walaupun tidak dirancang dengan rapi, tapi hajat kami berjaya dengan markah 101%.

Pada jam 3.30pm. kami bertolak dari Taman Wahyu menuju ke Bangi, Selangor. Dengan 3 buah kereta, kami dengan senang hati membawa hajat Rustam untuk merisik kekasih hatinya. Dengan 1 jam perjalanan, kami sampai ke Bangi dan disambut mesra oleh keluarga perempuan. Di dalam suasana hari raya, kami dijamu dengan lemang dan nasi himpit, juga kuih muih….

Hubby me telah diberi kepercayaan oleh Kak Rohayah sebagai jurucakap pihak lelaki untuk misi merisik ini. Walaupun tiada pantun dan madah seloka, hajat kami telah di fahami dan diterima sepenuhnya. Keadaan merisik berjalan dalam suasana yang sangat santai dan pernuh kekeluargaan.

Terimakasih kepada pihak perempuan yang menerima dan melayan kami dengan baik sekali. Ini gambar yang sempat diambil, walaupun kurang jelas, tapi ini bukti yang Si Gadis sudah menjadi kepunyaan Rustam Ramli. Jangan ada sesiapa yang usik ya…dilarang sama sekali tau….

Kak Rohayah dengan senang hati menerima sesiapa saja pilihan hati anaknya. Syabas Kak….

Kami pulang dan akan datang lagi pada 26 December untuk majlis pertunangan. Tunggu ya….

Wsalam. Yang Indah @ 1.40pm @ Office

Meriahnya Aidil Adha

Salam….

Keputusan untuk meraikan Aidil Adha di Kuala Lumpur adalah satu keputusan yang sangat bersinar. Ini kerana bila usia dan meningkat, dan anak anak membesar, me juga teringin untuk memasak juadah hari raya bersama anak anak dirumah sendiri.

Sehari sebelum hari raya, me dan hubby mengambil cuti separuh hari untuk ke pasar basah membeli bahan bahan untuk memasak  juadah hari raya. Kalau ditanya perasaan me, ha..ha..ha…sangat sangat teruja…sama juga dengan hubby me.

Malam raya me dan anak anak bersama sama berdangdut didapur hingga ke tengah malam. Tepat pukul 12.00mlm, semua lauk selesai dimasak. Kami perlu tidur cepat kerana semua harus berkumpul pada jam 7.00am ditempat kerak kereta untuk rombongan cik kiah – solat sunat aidil adha di Masjid Negara.

Pertama kali solat di Masjid Negara, memberi satu pengalaman baru pada kami. Dengan jumlah jemaah yang ramai, rasa seperti berada di Mekah. Selesai solat pada jam 10.00am, kami terus pulang kerana acara makan makan dihari raya akan bermula.

Kami bersama sama megumpulkan hasil masakan pd malam raya dan berkumpul di rumah me untuk acara makan2 bersama sama. Antara menu yang di masak;

me memasak;

  • Nasi dagang bersama gulai ikan tongkol
  • Nasi himpit bersama kuah kacang
  • Rendang ayam pencen

Kak Rohayah;

  • Nasi Tomato
  • Ayam masak merah
  • Jelatah

Kak Harlina;

  • Asam laksa

Kesemua juadah itu dibawa ke rumah me, dan kami mengerjakan bersama sama. Jumlah pemangsa kepada makanan tersebut adalah;

  • Family Me (5 Orang)
  • Family Kak Rohayah (8 orang)
  • Family Kak Harlina (6 orang)
  • Family Kak Sarimah (7 orang)
  • Family Kak Lin (5 orang)
  • Family Pak Usu (4 orang)
  • Family Lan & Lela (8 orang)
  • Family Kak Ramlah (2 orang) – datang lambat

Alhamdulilah….amat mendamaikan sebab dapat berkumpul bersama sama memikmati juadah yang sempat disediakan.  Dalam masa menikmati rezeki, kami sempat merancang untuk tahun depan. Masing masing memasang niat untuk memasak dengan lebih banyak dan menjemput lebih ramai tetamu.

Apa yang terjadi dihari raya sebenarnya tidak dirancang. Apabila masing masing jauh dari ibupaba, idea untuk timbul dengan harapan agar kerinduan pada family di kampung dapat berkurang.

Terimakasih kepada semua kawan kawan dan tetamu yang sudi bersama sama kami di Aidil Adha. Sesungguhnya inilah Aidil Adha kami yang sangat bermakna. Thanks juga pada hubby me yang sangat sporting, melayan tetamu dengan bersemangat dan sudi untuk berkongsi meriah Aidil Adha dengan kawan kawan.

Ucapan Aidil Adha;

” Apa jua pergorbanan yang telah kita lakukan, semoga mendapat hidayah dan pahala dariNya. Salam penuh pengorbanan, keinsafan dan kemaafan dari kami sekeluarga”

 

Harapan me agar ukhwah yang terjalin diantara kawan2 dan jiran tetangga akan kekal perpanjangan dan mendapat hidayah dariNya. Sesungguhnya untuk berjumpa dengan sahabat yang sehati sejiwa sangat sukar…

Salam Pergorbanan

@ 19/11/2010 🙂

Bonda Mertuaku

Salam….

Setiap wanita yang telah berkahwin, pasti mempunyai bonda mertua. Begitu juga dengan me. Berkahwin dengan anak sulung, pastinya mencetuskan satu pengalaman baru pada diri me, iaitu 18 tahun dulu.

Me juga tidak ketinggalan mempunyai kesukaran untuk memahami bonda mertua.  Apatah lagi me berkahwin dengan anaknya yang sulung. walau apa juga dugaan, me tidak pernah terlintas untuk berputus asa.

Me selalu berusaha dan mencuba sedaya upaya untuk memasuki budaya mereka. Me selalu ingat pesan emak me yang berbunyi;

” Jangan pernah kita berharap agar orang akan berubah kerana kita, tapi  kita harus berubah untuk orang itu, sekiranya ganjarannya adalah kebahagian dan kedamaian. Belajar untuk mengajar hati kita agar selalu menjadi baik dan yang penting selalu berbaik sangka”

 

Kata kata itu selalu me sematkan di dalam hati dan me selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik untuknya. Usaha itu berbaloi kerana me dan anak anak amat selesa dengan bonda mertua. Me selalu mendapat layanan yang amat baik dan yang penting, me tidak kekok untuk bercakap dan berbicara.

Apa yang boleh me gambarkan Bonda Mertua me adalah ;

  • Seorang yang sangat sensitif dengan keadaan sekeliling
  • Sangat menyayangi anak anak
  • Selalu berusaha untuk berlaku adil dengan semua anak anak dan cucunya
  • Sangat memahami permasalahan anak anak
  • Cukup pandai menjaga hati menantu menantu
  • Tidak banyak bercakap perkara yang menyakitkan hati dan membuatkan tetamu selesa dengan beliau
  • Banyak lagi …

Ini adalah gambar yang me ambil semasa Bonda Mertua dan kami bersama sama menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Mak Mbong di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Dari gambar ini, boleh mengambarkan kebahagian kami.

Continue reading

Pertunangan Rafeeq

Tanggal 10-10-2010, kami satu keluarga mengikuti rombongan pertunangan anakanda Puan Rohaya di Bukit Kapar, Klang. Puan Rohaya adalah jiran terdekat kami yang telah kami anggap seperti keluarga sendiri. Malah, kedekatan kami mengundang rasa selesa pada anak anak me dan juga keluarga Puan Rohaya.

Ini lah Rafeeq dengan barang hantaran kepada pihak perempuan. Sangat cantik dengan warna pink. Nampak manis

dan bertenaga.

Ini lah keluarga Puan Rohaya. Semua anak2 ada di dalam photo di sebelah. Yang jejaka berbaju kotak itu adalah menantu pertamanya.

Ini pula anak anak remaja yang ikut. Yang berbaju kebaya itu adalah anak sulung me.

Inilah kaum ibu dan bapa yang ikut…Hubby me berbaju batik jawa yang kami beli di Medan ketika melawat ke sana. Nampak macam orang jawa dan kebetulan keluarga tunang Rafeeq pun keturunan jawa. Menjadi sangat lah tuh…

Alhamdulilah…ini lah tunang Rafeeq. Namanya Isma… Segalanya berjalan lancar dan yang paling utama, makanan yang dihidangkan sangat sedap. Siap dengan pencuci mulut dan air asam boi yang sedap.

Tahniah kepada Puan Rohaya dan Rafeeq juga sebab selamat bertunang dan sudi membawa Acik Siti ke sana. Semoga pertunangan ini berakhir di jinjang pelamin. Insyaalah….

Wassalam @ 1.40pm at Office

Menerokai Gunung Senyum & Menjejaki Makam Mat Kilau

Kesempatan pulang ke Pahang dan ditemani oleh sahabat2 bersama2 anak2 mereka telah membuka peluang untuk kami menjejaki Gunung Senyum dan Makam Mat Kilau.

Hubby me seorang yang sangat cintakan sejarah dan tempat tempat yang misteri. Menjejaki Gunung Senyum adalah satu perjalanan yang sudah lama di rancang. Ini adalah lawatan keluarga kami yang ke-2 ke Gunung Senyum dan lawatan yang pertama oleh sahabat2 kami.

Bertarikh 06hb October, kami ke Gunung Senyum dengan senyuman yang sangat lebar.  Di sini me ada cerita mengenai Gunung Senyum yang me petik dari blog http://hazis.wordpress.com/gunung-senyum-_-temerloh/

Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Antara gua menarik di sini ialah Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN. Terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum ini. Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda. Namun, tidak ada seorangpun yang tahu mengenainya sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum,lalu di namakan Gunung Senyum.

Petikan dr blog http://hazis.wordpress.com/gunung-senyum-_-temerloh/

Kegembiraan dan gurau senda anak anak amat menghiburkan kami. Dengan bekalan mineral water dan lampu suluh, kami memulakan jejak kami ke sana.

Yeah…..ini lah rupa kami yang belum masuk ke dalam. Masih suci dan tersenyum lebar. Di dalam gambar ini , ada ibu mertua kesayangan me, tapi dia tak masuk, cuma hantar sampai ke pintu gua jer…pas tu mak tunggu di wakaf yang disediakan di situ.

Ana sedang memakai kasutnya…. 🙂

Ibu Ina juga tidak melepaskan peluang untuk membetulkan kasutnya…

Ini lah snap pertama for Gunung Senyum. Sangat memukau…sangat menakjubkan..sangat menyentuh hati dengan kejadian Allah…sangat insaf….

Anak2 tidak ketinggalan bergaya sampai tahap raban, tapi terdiam bila di ingatkan yang tempat ini penuh misteri dan pastinya “KERAS”.

Bimbang apabila pulang akan di temani orang bunian . 🙂

Ini dah ada dalam Gunung Senyum. Sebenarnya banyak gua kat dalam tuh, yang sebenarnya menyeramkan dan amat gelap….tempat Puteri Bunian bersiram…namanya gua tersebut…GUA TERANG BULAN sbb hanya ada satu lubang yang membawa cahaya masuk ke dalam.

Kami menaiki tangga untuk ke Gua yang seterusnya. Sangat cantik untuk kita berehat dan menghilangkan penat lelah berkerja dan menikmati kejadian Allah SWT.

Ini makan arwah Tok Long yang menjadi suami kepada seorang Puteri Bunian. Beliau meninggal dunia di situ kerana setia menunggu isterinya dan di makamkan di situ. Mungkin ini mitos tapi todak di nafikan yang masyarakat bunian wujud.

Pulang dari Gunung Senyum, kami singgah ke Gua Kota Gelanggi untuk mencuci mata. Anak2 mengambil kesempatan untuk bergambar dan juga menikmati alam semulajadi.

Pulang dari mencuci mata, kami ke Kampung Pulau Tawar untuk menjejaki Makam Pahlawan kita, Mat Kilau…anak anak sangat teruja kerana kisah Mat Kilau ada didalam buku sejarah mereka.

di makan Mat Kilau

Anak teruna me dengan ibu mertua me.

Perjalanan kami tamat di Pasar Malam Bandar Pusat Jengka. Dengan membeli 2 ekor ikan patin sungai dengan berat 2.80 kilo, kami pulang ke rumah dengan penat yang tahap raban…

Dan yang pasti, Gunung Senyum masih di dalam list tempat yang akan kami terokai lagi….

Wsalam

Trip to Pahang

Salam….

Pertama sekali nak rakamkan ucapan terimakasih yang Bonda Mertuaku yang menjadi tulang belakang kepada percutian ini. Seorang ibu yang sangat sporting dan merendah diri kepada tetamu. TERIMAKASIH dan kami amat berhutang budi pada Mak yang menjadikan percutian kami sangat menarik.

Keduanya, terimakasih yang teramat sangat pada kawan kawan bersama sama anak anak yang sudi mengikuti kami ke Pahang dan bersama sama menikmati percutian yang menakjubkan.

Special Thanks to :

Kak Rohayah Zainal

Anak Kak Rohayah – Rehana yang sangat cute

Anak Kak Rohayah – Rahmat yang sangat nakal dan menghiburkan

Anak Kak Rohayah – Aida yang sangat comel, seorang yang manja dan sangat menghormati orang tua…

Anak bungsu Kak Rohayah – Rizwana (atau kami panggil adik)

En Mohd Sopian

Kak Ina (Isteri Sopian)

Angah (Puteri kepada En Sopian & Harlina)

Kak Yang (Puteri kepada Sopian n Harlina)

Abang Chik (Putera kpd Sopian & Harlina)

Adik Aiman (Putera Bongsu Sopian & Harlina)

Ini lah wajah2 tetamu kami dalam trip to Pahang. Me, hubby and anak anak sangat2 gembira  dengan kesudian mereka ke Pahang.

for next post, me akan upload semua gambar2 yang memberi gambaran kegembiraan yang tiada bertepi.

@ 1.47pm at office.