Corat Coret AFF Suzuki 2010

Salam….

Me sangat teruja dengan kemenangan Malaysia, our Harimau Malaya….Sangat terkesan dengan kejayaan mereka membawa pulang piala yang kita idamkan selama 14 tahun.

Jujurnya, selama ini me tidak pernah nak ambik tahu pasal bola. Kalau mereka yang hantu bola atau sukan, bila baca paper, mesti baca dari muka belakang. Tapi tidak bagi me, kadang2 tu, bila paper, tak pernah sampai belakang pun….:D ….

Tapi kerana seluruh Malaysia senang meraikan kejayaan ini , me turut sama rajin membelek paper, baca twitter, buka facebook, baca blog untuk meng updatekan diri me tentang bola…

Pasukan Harimau Malaya yang bersorak meraikan kemenangan untuk julung julung kalinya.

Me sangat faham kesedihan mereka. apabila kita membawa harapan rakyat dan negara, beban itu terpikul dibahu kita. Mereka bermain dengan sangat baik dan bermati matian. Tetapi Malaysia tetap terbaik diantara yang terbaik.

Ini cacatan me mengenai AFF Suzuki yang me tulis sesuka hati dan ada jugak me ceduk dari website lain, dan me jamin ketepatan fakta fakta yang me tulis ya…

Yang menarik pasal bola kali ini adalah membabitkan negara seberang yang sememangnya sangat sensitif dengan Malaysia. Apa2 yang berkaitan dengan Malaysia, keterujaan mereka sangat membara. keterujaan mereka menjadi satu perkara yang menarilk perhatian me…

Me tidak boleh menafikan, semangat patriotik mereka sangat kuat dan tebal…ya lah…siapa yang tidak sayangkan negara sendiri. Tetapi semangat itu boleh menjadi tidak indah untuk dipandang dan tidak enak untuk didengar sekiranya ia “over the pagar”.

Kerana sangat membutuhkan piala itu, mereka sanggup menghimpit emosi pemain Malaysia dengan membuat perkara perkara yang tidak akan dibuat oleh rakyat Malaysia.  Mereka sanggup memasang kain rentang dengan kata kata yang pedas untuk Pasukan Malaysia. Mereka mengelarkan K. Rajagopal dengan Raja Gombal…sangat pedas…Malah 40,000 rakyat mereka menunggu dipadang latihan pasukan Malaysia dengan tujuan untuk memberi tekanan emosi kepada kita.

Me sendiri sempat berfikir yang Malaysia akan kalah. Bukan tidak percaya dengan didikan anak buah K.Rajagopal tapi me cuak dengan tindakan mereka yang ala ala ganas itu.

Me faham betapa bersemangatnya rakyat Indonesia menyokong pasukan mereka. Semangat nasionalisme dan patriotisme rakyatnya begitu tinggi.  Apabila Garuda kecundang dalam jumlah gol yang tidak terfikirkan oleh mereka, bayangkan kesan emosi terhadap peminatnya? Tidak hairanlah, Presiden Indonesia dan seluruh rakyatnya begitu kecewa dan kempunan. Seluruh Indonesia diselubungi kesedihan, tetapi tetap menyimpan impian membalas dendam di Senayan, Jakarta malam nanti. Sementara media massa Indonesia menyalahkan tembakan laser ke arah mata penjaga gol dan penyerang Indonesia pada saat genting sehingga permainan tertunda lima minit. Baca saja kritikan pedas dan luahan kecewa mereka di alam maya, termasuk blog, Facebook dan Twitter.

Prestasi Indonesia yang meningkat dan kejayaannya ke perlawanan akhir menyaksikan 240 juta rakyatnya demam bola. Sejak beberapa minggu lalu daripada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Merdeka hingga rakyat biasa di 33 wilayah dicengkam euforia luar biasa. Media massa terutama stesen televisyen asyik memperkatakan kejayaan mereka dalam Piala Suzuki AFF 2010. Rancangan bicarawara yang biasanya menampilkan artis dan ahli politik, digantikan dengan bicara bola. Pasukan bimbingan Alfred Riedi dipuja melambung dan diraikan makan siang di rumah menteri, selain mendapat liputan meluas media, serta diberi ganjaran besar.

Pasukan Garuda yang macam biasa bergambar sebelum game start.

FINAL 1 – STADIUM BUKIT JALIL

Stadium yang menjadi kebanggaan kita….

Bersama Presiden FAM

Memakai Jersi 10 sambil meraikan gol….

SELEPAS MALAYSIA JUARA PIALA AFF SUZUKI…

Kebanyakan rakyat Indonesia masih tidak boleh terima kekalahan mereka. Mereka masih menyalahkan Malaysia dengan kejatuhan team mereka ke tempat ke-2. Ya lah…selepas 4 kali ke final, Piala itu masih tidak mahu memandang mereka. Tapi semangat mereka yang saya ingin puji…ada penonton yang masih berada di Stadium walaupun team mereka kalah. Ada juga yang masih memandang positif pada Malaysia dan berfikir dengan waras.

Salah seorang pemain Indonesia yang dikatakan kacak mempunyai akaun twitter dan mengulas tentang kekalahan mereka.

auuuwwww…dapat msg congratn from Rio Ferdinand dan dia memuji Malaysia…ko hadoooo??

Dan semua yang ada didalam team harimau malaya menghadapi liputan yang meluas. Ini terkena tempias dengan mereka2 yang dekat dihati seperti keluarga, anak, isteri, kekasih hati dan semuanya.

ini tidak terkecuali buah hati Khairul Fahmi. Blognya dikunjungi oleh ribuan orang. Tahniah….

http://jejariruncing.blogspot.com/     link to blog buahhatinya

Khairul Fahmi, penjaga gol Malaysia banyak menyelamatkan serangan Indonesia. Kehebatan beliau mula diperkatakan sehingga menduduki tangga ke 5 twitter trend, worldwide. Kalau selama ini tiada siapa yang perasan kelibat Khairul Fahmi & Safee, nampaknya nasib mereka berdua sudah berubah.

kehebatan Khairul Fahmi menarik perhatian pemimpin dan artis2 yang tidak ketinggalan menonton.

Screen shot 2010 12 29 at 10.23.46 PM Malaysia Menang AFF Suzuki Cup, Tahniah Harimau Malaya!

Harapan kita semua agar anak anak muda ini menjauhi perkara perkara yang melekakan mereka. Fokus kepada game yang akan datang, dan stay good ya…

Nasihat nakal kepada mereka dr Wardina Saffiyah. hu..hu… 😀

Selamat Maju jaya dr me yang bukan sapa2…@ 31/12/2010

Advertisements

ahh…Si Dia itu terlalu cemburu…

Selalu kita mendengar perkataan CEMBURU. Malah setiap hari ia melingkari kehidupan manusia. Banyak peristiwa sedih dan menyayat hati terjadi dan termaktub didalam sejarah hanya kerana manusia terkesan dengan sifat cemburu. Tiada seorang pun yang boleh menafikan, semua manusia mempunyai sifat cemburu. Semua orang…

Ramai diantara kita tidak akan dapat melupakan ramai anak gadis dan para isteri disimbah asid gara gara cemburu. Ramai juga yang meninggal dunia kerana sipelaku tewas dengan sifat cemburu. Bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia sifat ini menjadi nanah yang sangat berbisa.

Anda pernah cemburu…atau anda pernah merasa dan mengerti apa itu cemburu?

Istilah cemburu sangat luas….Cemburu pada rakan, pada mereka yang lebih baik daripada kita, pada kejayaan orang lain, pada isteri & suami dan banyak lagi.  Perasaan itu datang tanpa pernah diundang. Perasaan itu terhasil apabila kita sendiri merasai dan berhadapan dengan situasi yang tidak berpuas hati.

Me akan bercerita disini tentang cemburu didalam perhubungan suami & isteri. Cemburu didalam sesebuah perkahwinan. 

Dalam konteks perkahwinan, cemburu hadir kerana kita berasa kita mempunyai hak ke atas pasangan. Itu yang menyebabkan isteri atau suami merasakan dia perlu mengambil tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya. Apabila perkara yang menjadi syak itu benar-benar terjadi, perasaan itu akan menjadi lebih sukar. Akibatnya, dek kerana berasa tidak selamat dan takut kehilangan pasangan, isteri atau suami akan lebih was-was dan mudah cemburu dengan perbuatan pasangannya.

Kesannya nanti, hubungan suami isteri mulai retak, anak-anak keliru dan pasti wujud pihak lain yang saling menyebelahi hingga menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar. Kerana itu, cemburu bukan isu remeh dalam kehidupan berumah tangga, malah gara-gara cemburu, perbalahan suami isteri boleh membawa musibah jika dibiarkan berlarutan. Sungguhpun begitu, Kita tidak boleh  menolak keperluan sifat cemburu dalam setiap perhubungan.

KEGAGALAN mengurus cemburu boleh mencetuskan amarah dan dendam.  Ini juga akan menyebabkan keretakan cinta dan menjadikan situasi yang tidak selesa dan perhubugan akan menjadi dingin.

KATA orang, cemburu itu tandanya sayang. Namun, sedar atau tidak, perasaan cemburu itu ada kalanya boleh menjadi musuh yang membawa kepada kehancuran sesebuah rumah tangga.

Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya, dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai. Selalunya, perasaan ini timbul lantaran sikap suami atau isteri yang gemar membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang di luar pengetahuannya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Suradi Salim, berkata masalah cemburu di kalangan suami isteri sebenarnya berkait rapat dengan tindakan seseorang dari sudut dalaman dan luaran.

Penilaian dari kedua-dua sudut itu akan menentukan sama ada seseorang yang berperasaan cemburu itu mengalami masalah psikologi atau tidak.

“Jika masalah itu berpunca daripada aspek dalaman, psikologi seseorang itu mungkin terganggu dan sering kali menimbulkan perasaan bimbang, resah, gelisah dan syak wasangka terhadap pasangan. Sebaliknya, jika pasangan mempamerkan tindakan negatif antaranya mengecam dan memberontak, mereka dikatakan menunjukkan sifat cemburu itu dari aspek luaran.

“Dari situ kita boleh nilai sama ada cemburu yang ada itu mendatangkan masalah atau tidak. Faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah ini tidak banyak kaitannya dengan keegoan suami. Sebaliknya, kurangnya keyakinan, dan kepercayaan kepada pasangan menyumbang kepada masalah ini. Ini lebih berkaitan dengan psikologi seorang itu,” katanya.

Beliau berkata, kurang persefahaman dan interaksi kedua-dua belah pihak membuatkan masalah itu semakin meruncing. Kesan positif dan negatif boleh timbul daripada sifat cemburu ini.

Positif jika perasaan berkenaan dapat menghalang seseorang itu daripada berlaku curang terhadap pasangannya. Namun, kesan negatif daripada sifat itu tidak boleh dipandang enteng.

Perasaan cemburu yang tidak terkawal sering kali membawa kepada perlakuan di luar batas kemanusiaan antaranya bertindak memukul, mendera dan membunuh isteri jika hilang pertimbangan.

Dalam hubungan ini, Prof Suradi berkata, apabila seseorang itu sudah berkahwin perlu menanamkan sifat kesetiaan kepada pasangannya. Keyakinan, perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan serba sedikit mengurangkan perasaan cemburu suami.

Tingkah laku sebagai isteri atau suami dan batas pergaulan dengan bukan mahram perlu dijaga dan diawasi setiap masa.

“Ikatan perkahwinan perlu ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Oleh itu, sebelum seseorang berkahwin, terlebih dulu kita digalakkan mengenali pasangan yang bakal dikahwini. Ini serba sedikit membantu wanita supaya tidak mengalami pelbagai masalah selepas berkahwin kelak.

“Jika bakal suami anda menunjukkan sikap cemburu keterlaluan, elok wanita itu berfikir panjang jika ingin membina hubungan yang lebih serius kerana bimbang banyak perkara buruk boleh berlaku selepas mereka berkahwin.

“Suami juga tidak boleh ambil sikap lepas tangan dan hanya menyalahkan wanita semata-mata. Mereka seharusnya bertindak menyiasat dulu perkara yang menjadi punca kepada perasaan cemburu itu.

“Sewajarnya, suami tidak boleh bertindak melulu tanpa sebarang bukti kerana ini akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang terhadap hubungan perkahwinan,” katanya.

Beliau berkata, dari aspek psikologi psikologi seseorang yang bersikap sebegitu biasanya kurang yakin kepada diri sendiri dan sering kali berprasangka buruk serta was-was kepada pasangannya.

Selain itu, seseorang yang mempunyai pengalaman masa lampau yang buruk akan sentiasa menganggap pasangannya tidak boleh dipercayai. Faktor keistimewaan yang dimiliki isteri antaranya berpendidikan tinggi dan mempunyai daya tarikan fizikal menarik juga menjadi punca kepada masalah ini.

“Dalam Islam, suami perlu ada sifat cemburu dan sentiasa was-was kepada isteri. Begitu juga isteri. Namun, ia perlu berada pada keadaan terkawal dan tidak memudaratkan diri sendiri serta hubungan suami isteri.

“Kedua-dua pihak harus menjaga hubungan dengan sebaiknya untuk mengelak masalah cemburu ini,” katanya.

Panduan elak pasangan cemburu

1. Memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian supaya suami tidak syak wasangka.

2. Mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan antara kedua belah pihak.

3. Jika hubungan jarak jauh, sering kali berhubung menggunakan telefon, sistem pesanan ringkas (sms), atau e-mel untuk mengeratkan kasih sayang

4. Bercerita apa saja yang berlaku sama ada di tempat kerja atau dengan rakan.

5. Elak melakukan perkara yang membawa kepada cemburu pasangan.

6. Kenalkan rakan pejabat dan kenalan rapat anda kepada pasangan.

Sebagai pasangan, kita masih perlu ambil tahu apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan dengan siapa mereka berjumpa. Tidak salah jika kita bertanya dengan baik, bukan dengan nada yang penuh curiga. Sering ungkapan kata manis dan kata sayang supaya pasangan sedar tentang tanggungjawab terhadap keluarga dan menjaga batasan pergaulan.

coretan dr hati yang paling ikhlas@mykatil@29/12/2010

Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2010

Salam Semua….

Mula mula me nak ketawa dulu…ha…ha…ha…ha…ha…sebab tak tahu kenapa, me teruja sangat nak komen juga pasal Piala AFF nih…walhal sebelum nih, bukan suka sangat pun bola bola nih….

Yang benarnya, me jadi terusik dengan mereka dari seberang yang sangat agresif dengan team bola mereka. Seolah olah, kalu kalah, datang lagi sekali tsunami….yang lebih gah lagi….

Jujur juga, me berasa bangga dengan team bola kita. Baru me merasa auranya selepas mereka hanya suam suam kuku aje selama ini. Me bukan kenal sangat dengan pemain pemain kita, malah me akan kacau hubby dan anak me untuk tahu siapa nama pemain yang sumbat gol…malah hubby me membebel2 sebab tak boleh fokus dengan bola yang sebiji tuh…

Me pun terkesan dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh jurulatih Malaysia yang tidak pernah mendabik dada dengan semua kejayaan yang dirangkul oleh anak buahnya. Siapa yang berani menafikan yang percaturan Mr Rajagopal adalah yang terbaik.

Me juga terkejut dengan berita TV3 pada pukul 8mlm tadi. Penginapan pemain Malaysia diganggu gugat dengan kedatangan peminat fanatik Indonesia yang bermaksud untuk menganggu emosi pemain. Malah yang sangat kelakar, ada 40 ribu peminat “sepakbola” Indonesia yang menunggu dipadang latihan team Malaysia. Terpaksalah team Malaysia pergi ke padang yang lain yang mengambil masa 1 jam untuk sampai kesana. Benar benar menduga kesabaran. Apa akan jadi kalau team Malaysia menang??? Bolehkan team Malaysia keluar dari Stadium??

Apabila melihat keadaan yang sedikit panas, me teringat dengan layanan kita kepada pasukan mereka. Malah me bangga yang rakyat Malaysia sangat berhemat dan tahu untuk menjaga nama baik negara. Rakyat kita tahu bagaimana untuk menghormati tetamu. Rakyat kita juga tahu untuk menerima kekalahan. Bukan kita tidak pernah kalah sebelum ini, tapi kita lebih optimis dan memberi peluang kepada pemain untuk membuktikan kehebatan mereka.

Indonesia oh Indonesia….

Melalui laman twitter dan facebook, mereka mengecam Malaysia dan mengelarkan Malaysia dengan gelaran yang sangat terhina. Malah facebook Bunkface juga diserang gara2 tidak berpuas hati apabila Indonesia kalah.

Malah laman twitter #malaysiacheatlaser juga wujud untuk membahaskan isu laser dan memburuk2 Malaysia dan mengelarkan Malaysia dengan nama yang sangat tidak enak didengar…

Secara peribadi, me merasa sangat simpati dengan peminat finatik Indonesia. Dengan jiwa yang lemah dan mungkin tidak mempunyai fikiran yang bagus dan tahap yang tidak dapat berfikir dengan waras, mereka mengeluarkan kata kata nista yang semestinya terkena mereka sendiri. Dengan pelakuan itu, kita semua dapat mengambarkan mereka spesis yang bagaimana, tahap berfikir dengan waras dan keupayaan mereka untuk menjadi manusia yang terpuji.

Dengan merebut bola yang hanya sebiji, mereka memperkatakan tentang batik, budaya mereka, dan bermacam macam lagi. Rasanya mereka tidak faham sejarah atau tiada subject sejarah didalam silibus pembelajaran mereka. Kesian…..

Coretan ini tamat disini. Me doakan yang terbaik untuk Pasukan Malaysia. Go Rajagopal…Go adik adik me yang berjiwa kental ….dan Go Malaysia…Malaysia BOLEH…..

@ katil busyuk me @ 12am

Aku Anak Malaysia

Semasa bersekolah dulu, setiap pelajar harus mempelajari Geografi…..kalu dulu Ilmu Alam…tiada pilihan, itu adalah subjek wajib. Apabila mempelajari geografi, me dan teman seangkatan akan diluaskan pengetahuan tentang peta dunia. Kami akan diterangkan dengan terperinci tentang dimana letaknya Malaysia dan negara Asean yang lain. Ketika kecil, me selalu berkata kata yang kenapa Malaysia tidak besar macam Australia, tidak banyak pulau macam Indonesia dan tiada salji macam negara Eropah. Dari situ, Cikgu explain tentang sebelum terbentuk Malaysia, bangaiman keadaan Asean dan dibawah jajahan siapa. Itu sudah masuk bab Sejarah Malaysia.

Apabila me meningkat dewasa dan pandai menyayati Negara sendiri,  me merasa sangat beruntung. Sangat sangat beruntung. Pertamanya me bersyukur kerana dilahirkan di Malaysiam dan keduanya me merasa bangga bagaimana pembentukan Malaysia itu sendiri.

Kalau dikaji dan ditenung, cara Malaysia DIBESARKAN tidak sama dengan negara lain. Banyak perkara yang tiada di negara lain ada di Malaysia. Banyak perkara perkara yang dipandang remeh di negara lain, tapi menjadi perkara yang harus diambil berat di Malaysia. Me berasa beruntung kerana dengan kepimpinan yang jitu, pembentukan Malaysia menjadi utuh dan dihormati oleh negara lain.

Antara perkara yang dipandang rapi oleh Malaysia adalah;

Kebebasan bersuara oleh Akhbar Malaysia

Dalam memperkatakan kebebasan menulis, akhabar Malaysia sangat berhati hati dalam membangkit isu yang sensitif dalam memperkatakan atau membahaskan sesuatu isu. Kita bukan tidak boleh membalas apa yang akhbar Indonesia lakukan pada Malaysia, tapi apa yang kita dapat. Bukan kedamaian tapi keadaan akan menjadi bertambah tegang. Kerana sikap diam atau “silent mode” , keadaan dapat dipulihkan dengan cepat. Ini juga hasil yang baik daripada Pemerintah kita. Wartawan kita amat memahami dan “understanding” itu adalah satu bonus kepada Malaysia.

Me melihat kebebasan bersuara yang diamalkan dinegara jiran banyak mengundang padah. Ini kerana bukan semua berita yang ditulis adalah benar. Hanya mendengar khabar angin, mereka sudah mencanang dimuka depan akhbar mereka. Ini yang membangkitkan perasaan marah rakyat mereka. Pada pengiraan me, akhbar mereka lebih mementing keuntngan daripada bagaimana untuk menanam semngat kecintaan dan berbaik baik dengan jiran tetangga.

Tahniah me ucapkan kepada akhbar arus perdana Malaysia yang banyak menyumbang kepada pembentukan negara dan rakyatnya. Pembentukan negara demokrasi dan rukun damai.

Rakyat yang Memahami

Alhamdulilah, walaupun negara kita berbilang bangsa, tapi kita dapat hidup dengan aman. Dewasa ini, tiada rusuhan kaum dan agama yang terjadi. Tidak pernah ada stadium kita dibakar atau perkara perkara yang sama berlaku di negara jiran. Kita dapat menerima baik dan buruk negara kita dengan damai…penyokong pembangkang juga masih ada tatasusila dan sopan santun. Walaupun ada juga kepincangan dari pihak kerajaan, tapi kita lebih menjurus kepada hasil dan result yang diberi.

Me mengakui, banyak perkara yang me tidak berapa berkenan dengan kerajaan kita, tapi me tetap bangga mengakui kerajaan kita masih terbaik kalau nak dibandingkan dengan negara lain.  Kerajaan kita akan membuat keputusan yang terbaik sekiranya berlaku sesuatu perkara yang membabitkan sensitiviti kaum dan membabitkan hubungan 2 hala dengan negara lain.

Kemudahan Awan untuk Rakyat

Memang kemudahan kita tidak setanding dengan negara maju seperti Jepun dan negara yang sewaktu dengannya, tapi kita masih yang terbaik dari segi ganjangan kepada kemajuan. Me dan family pernah sampai ke nagara jiran, dan me sangat berbangga dengan jalan jalan raya di Malaysia. Kerajaan kita mengambil berat tentang itu.  Dan semua orang tahu yang keadaan kita akan bertambah baik dari masa ke semasa.

Banyak kemudahan yang kita ada yang tiada dinegara lain yang tidak perlu me listkan disini.

Catatan ini ditulis kerana hati me terusik dengan perang siber yang berlaku sekarang ini antara Malaysia dan Indonesia. Banyak perkataan2 yang tidak enak dibaca. Hati mana yang tidak sakit apabila dituduh Malingsia, Anjing, babi dan berbagai lagi.

Hati kecil me berkata yang tiadakah rasa berterimakasih mereka kepada kita. Bukan me hendak mendabik dada, tapi ini adalah kenyataan yang tiada siapa pun boleh menafikan. Dengan kebanjiran rakyat Indonesia yang berkerja disini, dengan terbukaan kerajaan Malaysia dengan kedatangan mereka dan banyak lagi perkara baik dan manis yang telah kita buat mereka.

Me ingin berkata benar yang me jarang pergi ke Chowkit kerana me merasa seperti di Jakarta. Ramai rakyat mereka disana. Me tidak pernah tahu apa status mereka samada DENGAN IZIN atau TANPA IZIN, tapi mereka dilayan sangat baik. Mereka sangat selesa berada di negara Malaysia (walhal teman2  mereka disana menuduh kita negara SIAL).

Me tidak akan berkata yang tidak baik tentang mereka, tapi me selalu berharap agar mereka belajar untuk  menghargai. Belajar untuk mengenal apa itu BALAS BUDI, apa itu BERSIH HATI.

Nota Kaki….tiba2 me jadi sangat bersemangat untuk memberitahu yang Me adalah ANAK MALAYSIA.

titik @ 2.00pm @ 28/12/2010

Isteri Itu Punya Kekasih Gelap….

Salam….

Menjalani kehidupan dizaman yang penuh dengan cabaran, ramai manusia yang tersasar dari jalan yang sebenarnya. Ramai juga yang indin mencuba tetapi terperangkap dengan keinginan sendiri. Ramai juga yang mengaku menjalani hidup dengan cara moden dan hanya untuk melepaskan kesunyian. Ramai juga yang kasihan dengan orang itu dan sekadar ingin mendengar masalahnya…

Alhamdulilah….aku masih teguh dengan semua dugaan Allah. Aku juga masih memandang DOSA yang amat besar sekiranya pekara perkara itu berlaku.

Sebagai seorang yang pemikir, aku tidak akan sekali kali menunding jari kepada isteri isteri diluar sana. Dari sudut lain, aku cuba untuk memahami apa yang mereka rasa. Walaupun aku bukan sesiapa2 dan aku tidak  akan bisa merubah dunia, aku jadikan semua kemungkaran ini sebagai pendinding untuk aku menjadi lebih baik dari hari semalam. Siang dan malam, aku berdoa kepada Allah, jadilah aku seorang isteri yang taat kepada suami. Jadilah aku seorang hamba Allah yang tahu batas batas pergaulan dan apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan sebagai seorang isteri.

Aku boleh dikatakan beruntung kerana setiap masa suamiku akan mengingatkan aku tentang batas batas aku sebagai seorang isteri.  Tentang perlunya aku menjaga airmuka suami dan tentang pandangan orang lain sekiranya isteri berkelakuan seperti tidak sepatutnya. Setiap masa juga, aku merasakan mata suamiku ada dimana mana memerhatikan setiap perlakuanku. Setiap masa juga, aku tidak akan lupa untuk meletakkan maruah suami adalah perkara yang paling utama yanh harus aku jaga.

Apabila aku melihat perkara mungkar dihadapan mata atau melalui penceritaan dari mulut ke mulut, perkara pertama yang aku fikirkan adalah “kesian suami dia” , “adakah suaminya tahu” atau “kenapalah dia kena buat macam tu…”. Itu perkara spontan yang aku akan fikirkan. Mungkin aku tidak tahu yang suaminya juga sama sepertinya, ada perempuan simpanan atau suami kaki pukul, tapi aku tidak melihat si isteri mempunyai kekasih gelap adalah jalan pemyelesaian.

Aku bukan Ustazah yang tahu bacakan dalil dan nas nas dari AlQuran untuk mereka mereka ini.  Tapi semua orang berakal tahu yang perbuatan ini adalah BERDOSA.

Akhir2 ini, kita banyak membaca akhbar yang menceritakan derita suami berhadapan dengan isteri curang. Dunia memang sudah terbalik, sudah berpusing. Kalau dulu, di Mahkamah penuh dengan kes kes isteri yang meminta cerai kerana tidak rela dimadukan, TETAPI sekarang keadaan sudah terbalik. Suami pula yang pergi ke Mahkamah Syariah untuk memohon menceraikan isteri kerana tidak tahan dengan kecurangan isterinya.

Semua orang yang beragama islam didunia ini tahu yang Allah itu Maha Mengetahui. Allah SWT juga Maha Merancang. Tapi kita jangan salahkan takdir untuk semua perkara mungkar yang kita lakukan kerana Allah mengurniakan akal kepada kita untuk berfikir. Akal lah yang membezakan Manusia dan Binatang. Itu juga semua orang tahu.

Untuk mereka mereka yang masih bergelar isteri orang tetapi mempunyai kekasih gelap, pulanglah ke pangkal jalan. Ingatlah DOSA dari kesan perbuatan anda sendiri. Kita juga tahu yang banyak pembalasan yang Allah SWT tunjukkan didunia nyata. Sudah banyak contoh dan cerita yang kita dengar yang kita semua tahu kebenaran cerita tersebut.

Sebenarnya syurga disediakan untuk mereka yang berjaya, dan orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengalahkan nafsu dan mengatasi ujian hidup.

Dosa laksana soalan hidup yang kita kena jawab. Jawapan pula kena ikut skrip al-Quran dan hadis, manakala pemeriksa amalan di akhirat nanti ialah Allah Yang Maha Adil.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang telah takdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Surah Al-Mulk ayat 2)

Sebab kalau sudah memang kebaikan yang kita buat tentu hati kita sudah terisi dengan makruf dan kalau hati sudah terisi dengan kebaikan bagaimana pula mungkar boleh masuk?

Tulisan ini bukan mahu menuduh sesiapa, tetapi mahu mengajak kita sama-sama bermuhasabah berkenaan waktu terluang dan peluang yang sangat banyak untuk kita lakukan ketaatan.

Benarlah firman Allah yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah Al-‘Asr ayat 1-3).

Ada banyak cara untuk kita hindari dosa dan maksiat di kesempatan terbatas ini marilah kita berprinsip, bermati-matian untuk menjauhi dosa.

Selama ini kita banyak bermain-main dalam menjauhi dosa dan maksiat, banyak main dalam beribadat dan taat kepada perintah Allah. Bermati-matianlah dalam bersolat, bermati-matian dalam berdakwah, bermati-matian dalam berzikir dan bermati matian dalam mencari cinta Allah serta mengamalkan sunnah Rasul.

20 Alasan Tak Perlu Lafaz Maaf…

 

Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara kamu yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat, kamu yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana kamu yang memikul kesalahannya ataupun kamu yang menyerah diri walaupun tahu yang kamu tidak bersalah?

Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari kamu, adalah menjadi hak kamu untuk tidak meminta maaf. Kami telah mengenal pasti 20 sebab mengapa kamu tidak perlu meminta maaf.

1.   Perasaan Kamu

Apa yang kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak kamu. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang kamu rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain.
Kamu berhak mempertahankan pendapat kamu kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kamu menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kamu, selain dari diri kamu sendiri.

2.   Lebih Berkebolehan

Mungkin gaji kamu lebih tinggi dari kekasihmu ataupun kamu lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika
ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan kamu, pedulikan saja!! Kamu harus sentiasa berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang kamu miliki dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Kalau ada yang mempertikaikan kebolehan itu, katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan kamu yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!

3.   Masa Lalu

Jangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu laksanakan dimasa lalu. Ia adalah kerana apa jua  keputusan yang kamu lakukan bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kamu lakukan, jangan cepat tersentuh. Ingat! Kamu tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan kamu dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?

4.   Menjadi Perhatian

Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa kamu yang dipilih berbanding dengan orang lain. Kamu tidak perlu
meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kamu yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika kamu ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar kamu berjaya menghindarinya. Jangan melibatkan orang lain jika kamu tidak mahu diri dipersalahkan.

5.   Memutuskan Cinta

Kalau kamu rasa bukan berpunca dari silap kamu, kamu berhak meminta putus. Untuk apa kamu terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan kamu juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang kamu ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!

6.   Berkata Jujur

Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Kamu tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri kamu. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara kamu
dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran kamu ataupun tidak.

7.   Berterus Terang

 Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, kamu sudah tertarik pada orang lain sedangkan kamu baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin
kamu tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada kamu terus menipu si dia dan diri kamu sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa kamu tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada kamu terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik kamu bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.

8.   Tidak Menepati Cita Rasa

Bukanlah perkara yang mustahil untuk kamu mementingkan cita rasa kamu sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang kamu pilih langsung tidak menepati cita rasa kamu.
Sudah tentu kamu mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu kamu sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang kamu impikan. Walaupun tidak secara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri si dia.

9.   Terus Bertanya

Untuk mendapatkan kepastian, tentu kamu harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah kamu tidak akan berpuas hati. Kamu mahu bertanya
sehinggalah kamu faham. Jangan rasa bersalah kalau kamu harus bertanya berulang-ulang kali. Ada kalanya pertanyaan kamu itu boleh membuatkan seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui
kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.

10.   Minta Naik Gaji/Pangkat

Tak salah kalau kamu meminta agar gaji/pangkat kamu dinaikkan setanding dengan usaha yang telah kamu laksanakan selama ini. Sudah tentu kamu berusaha bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasi dan kualiti
kerja semata-mata untuk syarikat. Jadi tidak salah kalau kamu meminta imbuhan. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, kamu juga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak. Tapi kamu perlu yakin dan
lebihkan usaha di masa akan datang.

11.   Masih Solo

Inilah hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah kamu. Terpulang pada diri kamu sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika kamu memilih untuk bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.

12.   Tentang Kegemaran

Setiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi kamu. Pertahankan hobi kamu itu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan
malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.

13.   Bijak Dan Aktif

Orang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras
rupa. Kamu patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan dan kamu juga seorang yang aktif.

14.   Meminta Bantuan

Kalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau kamu memerlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang boleh membantu kamu menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan kamu kerana perkara kecil pun kamu tidak tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung!

15.   Bukan Berpunca Dari Kamu

Ada seorang teman memarahi kamu kerana rahsianya terbongkar, sedangkan kamu bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah kamu. Berterusteranglah pada si dia yang kamu tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama kamu. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan kamu. Yakinkan dirinya yang kamu seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan kamu benar-benar tidak bersalah!

16.   Pandu Berhati Hati

Salah satu perkara normal yang diperkatakan ialah pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena hon. Katakan saja pada diri sendiri yang kamu ini pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kalau ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, pedulikan saja. Janji kamu tidak melanggar peraturan lalu lintas. Kalau setiap kali kamu meminta maaf jika ada yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, tentu
nanti ada pula yang mengambil kesempatan di atas ‘kebaikan’ kamu itu.

17.   Orang Menuduh Kamu
Jika memang bukan kamu yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa kamu mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu kamu agak gelabah kerana digertak, jangan
cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Kalau kamu mengaku, alamatnya kamu akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati kamu meronta-ronta mengatakan bahawa kamu tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.

18.   Tidak Terlalu Mementingkan Penampilan

Jangan merendah diri jika ada yang memperkatakan penampilan kamu tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Jangan terlalu mengikut telunjuk orang dan ini membuatkan diri kamu hipokrit. Jangan takut-takut untuk membantah kalau ia tidak bersesuaian dengan jiwa kamu. Tapi kalau kamu membantah, ucapan meminta maaf bukan cara terbaik untuk dilafazkan. Ikut prinsip kamu dan jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain.

19.   Tidak Sama Haluan

Kamu mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang kamu tidak boleh melakukan bersamanya iaitu kamu suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang.
Jika percanggahan ini berlaku, kamu harus bijak menanganinya. Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Kamu tidak boleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah minta maaf walaupun ada kalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti, pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama lain.

20.   Dipaksa

Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang kamu tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana kamu tidak melakukan tugasan tersebut.

Nota Kaki…

20 Alasan yang sangat munasabah…saya petik artikel ini dari satu laman web lain, dan saya share disini untuk kita bersama sama memahami sesuatu yang kita anggap payah…

Wassalam @16/12/2010

MAHA 2010

Salam….

Pada 04 December, me bersama family dan Kak Rohaya bersama anak anaknya (Rizwana, Aida & Rehana) meluangkan masa untuk memahami apa itu MAHA. Alhamdulilah…boleh dikatakan setiap tahun me dan family akan ke sana. Banyak pelajaran dan pengetahuan yang boleh dikutip di Pameran MAHA. Ianya sangat berguna untuk anak anak kita yang tidak pernag merasai dan memahami apa itu PERTANIAN. Bagaimana beras dihasilkan dan mendapatkan terus hasil pertanian dr ladang.

Cuma untuk MAHA 2010, me tidak berpuas hati dengan lokasinya. Kalau sebelum ini, MAHA diadakan di The Mines & kesemuanya pamerannya adalah SETEMPAT. Berlainan pula dengan MAHA 2010. Disebabkan oleh lokasi yang sangat jauh dan berada didalam kawasan UPM, untuk pergi ke tempat2 pameran harus menggunakan kenderaan yang disediakan. Sangat melambatkan dan memakan masa yang lama. walaupun begitu, kami berjaya pergi kesemua tempat.

Seperti biasanya, hubby me sangat teruja dengan hal hal pertanian. Dia akan menikmati semua pekakasan dan hasil hasil yang dipamerkan. Sampaikan kaki me sudah kebas semata mata untuk merasakan dan memahami apa itu MAHA2010.

Ini petikan dari Laman Web Rasmi MAHA 2010.

MAHA International & HPPNK 2010
 

Tempat : Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, (MAEPS), Serdang Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tarikh : 26 November 2010 – 5 Disember 2010

Siri pameran dwitahunan MAHA International & HPPNK 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA International & HPPNK 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA International & HPPNK 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA International & HPPNK 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.

OBJEKTIF MAHA

  1. Untuk mengubah Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pembangunan pertanian dan industri asas tani. Pameran ini adalah bagi menarik penyertaan pelabur persendirian dari dalam dan luar negara dalam sektor pertanian Malaysia
  2. Untuk mempromosikan industri pertanian sebagai satu pelaburan yang menguntungkan serta menjamin pulangan masa depan bagi menarik pelabur, usahawan dan generasi muda.
  3. Untuk mempamerkan inovasi dan teknologi terkini yang terdapat di pasaran antarabangsa dengan harapan ia boleh diaplikasikan dalam sektor pertanian Malaysia. Dengan ini, sektor pertanian negara akan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih viable dari segi komersial. Dengan demikian, taraf hidup dan pendapatan kumpulan sasaran turut ditingkatkan.
  4. Untuk menyediakan peluang kepada Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan / Kerajaan Negeri, Syarikat persendirian dari dalam dan luar negara, usahawan dan kumpulan sasaran lain bagi mempamerkan produk, penemuan terkini, peluang pelaburan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
  5. Menyediakan wadah pertemuan bagi penjual dan pembeli, pencipta teknologi dengan perkhidmatan sektor pertanian tempatan dan antarabangsa

Bersambung dengan cerita me tentang pengalaman ke MAHA.

Semasa bergelak ketawa didalam kereta, kami terkejut dengan konvoi kereta kereta yang mencecah jutaan ringgit. Inilah pic yang sempat me ambik.

Apabila sampai ke MAHA, Ya Allah…seramai ramai manusia dan yang menjadi perkara baru adalah, pengunjung kena parking jauh dan naik kenderaan yang disediakan…aduhai….

Inilah rupa umat manusia yang pergi sana. Kami dh dapat rasa kepenatan mengharungi lautan manusia, tapi budak2 yang sangat teruja, kami mengagahkan juga.

Kenderaan yang membawa pengunjung ke tapak pameran. ha..ha..ha…rasa gerun sbb mana pernah naik traktor cam gitu…

inilah gerai yang pertama kami kunjungi. Tanaman cilipadi yang sangat segar dan bugar, menggunakan teknologi elektronik sebagai menyuburkan tanah. Tapi apabila kami tanya tentang harga, boleh tahan jugak mahalnya, lebih kurang RM40 – RM50 sepokok (pokok yang telah berbuahkan cili)

Inilah rupa pokok cili dan teknologi yang digunakan.

Kak Rohaya dan anaknya, Aida serta Iman yang teruja dengan buah cilipadi yang merah.

Inilah rupa manusia yang sangat ramai. Berpusu pusu beratur untuk ke tapak lokasi yang lain.

Anak me, Iman Alyssa macam biasa, sangat suka bergaya dengan kamera.

Buah2an yang kami jumpa, segar dan bugar…bulat dan montel…

Bunga Orkid yang menyamankan mata memandang, dan sangat mahal. Kalau pergi Sungai Buluh pun rasanya boleh dapat lagi murah…

Inilah hubby me yang sangat meminati hal hal yang berkaitan pertanian. Dialah yang beria ria mengajak me dan anak anak bersantai ke sana. Sanggup beratur dan meredah jalan sesak sebab hendak menambahkan pengetahuan tentang teknologi pertanian dan perusahaan kecil.

Gaya anak anak dan Kak Rohaya. Mcm biasa, , me tak de dalam gambar sebab selalu jadi tukang ambil gambar.

Ini lah rupa pokok pokok yang biasa kita nampak, tapi tak tahu nama. Perlahan me belajar banyak perkara.

Kami sampai ke rumah dalam pukul 11.00 malam. Penat jangan ceritalah…sangat2 penat…nasib baik esok hari Ahad, ada masa untuk berehat lagi…..Bye MAHA 2010…jumpa next year…

@ Office, 16/12/2010