OMBAK RINDU – Dari kacamata Seorang Aku….

Salam Semua,

Novel hebat karya penulis Fauziah Ashari telah me baca 10 tahun dulu. Secara peribadi, me sangat menyukai garapan jalan cerita novel itu kerana keaslian jalan ceritanya. Me juga mengkagumi gaya penulisan penulis ini. Beliau membuat kan me hanyut ke dalam kisah hebat itu dan tidak sabar untuk membelek helaian novel itu sampai ke penamat.

Sekalung  tahniah kepada penulis kerana penghasilan yang hebat dan bermutu.

Apabila Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Tarantella Pictures Sdn Bhd ingin memterjemahankan ke filem, me sangat teruja. Dari tahun lepas, me tidak sabar untuk menunggu detik menonton filem OMBAK RINDU. Siapa yang tidak teruja kalau naskah yang hebat ingin difilemkan.

Bak kata Sutradara Osman Ali, bukan senang untuk adaptasi dari novel ke filem. Kalu nak masukkan semua, mahu makan masa lama. Jadi apa yang penting dan beliau pastikan yang jalan cerita tak lari, starting & ending. Hmmmmm…me berkesempatan ke panggung, untuk melihat hasil adaptasi itu. Memang me teruja sangat, membawa harapan yang tinggi dan tidak sabar untuk melihat lakunan hebat MAYA KARIN, AARON AZIZ & LIZA SURIHANI.

Ini me sertakan synopsis Ombak Rindu,

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Filem Ombak Rindu, dari Kaca Mata Me….

Macam mana nak mulakan ulasan ni eh…..me addkan numbering lah….

  1. Keseluruhan Filem

Hebat…….sangat hebat, lokasi, music latar, pelakon…semua tip top…Selepas menonton file mini, me  melihat Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani dari sudut yang sangat berbeza. Terutamanya Maya Karin, walaupun sekali sekala, keluar gaya pertututuran dia yang ala ala mat salih, tapi Maya dapat bercakap dengan gaya Izzah, seorang yang lemah lembut. Dia dapat membawa watak gadis kampung dengan baik dan watak itu sesuai dengan beliau. Dan amat memeranjatkan apabila ada beberapa scene yang beliau berkembang. Me tak espect yang Maya Karin akan berkembang, tapi faham kerana itu adalah tuntutan jalan cerita. Me terfikir, bagaimanalah kalau terlucut? Mesti kelakar kan? Scene yang jemur kain tu, rasanya beliau tak perlu berkemban pun x per kot…mungkin boleh jemur kain selepas selesai memakai baju. Hmmmmm…..overall lakonan Maya Karin menjadi dan ada ketika membuat me mengalir air mata. Nampak ketulusan hati beliau dalam membawa watak Izzah.

Secara keseluruhan, Maya dapat membawa watak Izzah seperti yang dituntut oleh cerita. Seorang yang mementingkan agama, sangat menghormati suami dan selalu pasrah dengan dugaan hidup. Tahniah pada Maya Karin, beliau dapat keluar dari watak gadis Bandar, lain sangat dari watak dalam cerita CUN…

Selama ini, me kurang mengambil tahu pasal Aaron Aziz, walaupun me tahu beliau adalah jejeka idaman semua gadis (walaupun takkkan mungkin lah sbb Aaron dah kahwin punnn). Lakonan hebat sebagai sebagai Seth Tan belum pun habis orang memperkatakan, ini pulak beliau menjadi Hariz. Pada hemat me, not bad, tapi Aaron boleh buat lagi baik dari itu…Aaron Aziz ni kurang banyak memek muka, tapi berkesan. Masa scene dia memarahi Izzah sbb dia sangka Izzah mengandung, itu yang paling me suka, sbb muka macho, jadi ganas lak…tu yang sweet…Adegan dia risaukan Izzah, yang paling menjadi kot…dan masa dia kejar Izzah sbb nak expain pasal salah faham tu…that was cute….

(Apabila melihat secara keseluruhan filem tu, me tabik spring dengan isteri Aaron Aziz, tidak semua wanita boleh melihat scene romantic suaminya dengan orang lain walaupun itu cuma lakunan samata mata. Arrhhhhggggg….dalam hati berkata, tabahlah kamu wahai isteri Aaron Aziz kerana itu cuma lakunan, tiada kena mengena dengan hidup atau mati. Dah berharap agar Aaron Aziz akan melihat pergorbanan isteri beliau. Bukan semua isteri akan sanggup menghadapi situasi begini. Doa me semoga Aaron Aziz dan isteri beliau akan aman dan bahagia selamanya)

Me melihat Lisa Surihani sebagai gadis baik dan amat menjaga tingkah laku beliau. Maksudnya bukan seorang gadis yang lepas laku. Dari permakaian dan percakapan, beliau sangat berhati hati.

Tapi didalam filem Ombak Rindu, anda akan melihat sesuatu yang berbeza. Beliau menjadi MILA yang suka mendesak dan pemarah. Harap En Osman Ali jangan marah kalau me katakan yang Lisa tidak sesuai membawa watak tersebut. Lisa banyak memaksa diri untuk menjadi Mila dan kadang kadang nampak macam tidak real. Dalam erti kata lain, Lisa tidak sesuai dengan watak itu. Banyak adegan menjerit dalam watak beliau. Dalam novel pun, mmg banyak scene yang kena menjerit dan marah marah. Walau pun begitu, me kagum dengan Lisa kerana mencuba dengan bersungguh sungguh.

  1. Jalan Cerita

Oleh kerana me obsess dengan karya ni, me sangat frust sebab banyak momen yang ada dalam novel, tiada dalam filem ni, yang pada me sangat penting. Dan pada fikiran me, rugi kalau momen yang penting itu tidak masuk. Ada juga yang tidak sama dengan filem.

Ini me listkan beberapa adegan yang ada dalam novel, tapi tiada dalam filem;

–      Dalam novel, Hariz ada adik yang nama Hazirah, tapi dalam filem takde

–      Dalam novel, Datuk Sufiah meninggal di ending cerita, tapi beliau tidak digambarkan meninggal dalam filem.

–      Dalam novel, Izzah keguguran semasa dia cuba mengejar Hariz, tapi kandungan beliau selamat di dalam filem.

–      Dalam Novel, Izzah belajar di kolej di Kuala Lumpur, dihantar dan diambil oleh pemandu, dan berhenti apabila Hariz cemburu dengan lelaki yang cuba mendekati Izzah, tapi dalam filem, scene tu langsung tiada.

–      Dalam Novel, Izzah melanjutkan pelajaran di Johor, tapi Izzah tidak pergi kemana mana university.

–      Diakhir cerita, sepatutnya Hariz dan Izzah bertandang ke rumah Ayahnya dan berjumpa dengan ibunya yang sebenar, tapi dalam Filemm bahagian itu tergantung.

 Sebenarnya banyak yang tidak masuk ke dalam filem. Untuk mereka yang tidak membaca novel, mungkin mereka boleh tidak terlalu memikirkan, tapi kalau kita sudah membaca novel, inilah yang terjadi. Secara auto, kita akan membandingkan antara novel dan filem.

Lokasi filem

Me amat teruja dengan lokasi dan persekitaran dalam filem Ombak Rindu. Dengan sawah padi yang luas terbentang, gunung ganang yang menghijau, suara ayam berkokok, burung menyanyi riang menambahkan romantikan file mini. Rumah yang diduduki oleh Izzah juga sangat cantik dan dekat dengan pantai. Pergayaan dan pembinaan rumah tersebut juga sangat romantic.

Tahniah pada pencari Lokasi untuk filem tersebut. Itulah suasana kampung yang sebenarnya.

OST filem Ombak Rindu

Me teruja juga…suara Adira & Hafiz yang membuatkan filem Ombak Rindu menjadi banyak bintang.

 

 Cadangan Me untuk semua pengemar Novel Ombak Rindu…

Ayuh…Ayuh….gi pawagam, support filem melayu…me dah mula muak dengan citer gaduh2 dan citer hantu….Dapat menonton citer nih…rasa romantiknya dan tenang…

Tahniah semua..tahniah semua….

Advertisements

Tak Payah Seth Tan Sangat laaaa !!!!

Ha..ha…ha…ha….macam poyo jer tajuk dia kan?

 

Me jadi gini sebab kat opis me sekarang ni semua orang tengah tergila gilakan Seth Tan….mula mula me pun tak tahu apa benda yang dinamakan Seth Tan tu….

Tapi apabila me mula menonton drama tu (seperti saranan mereka), me takde lah sampai angau….Alah…..watak itu adalh ciptaan manusia. Penulis tuh…jadi untung nasib watak tu berada ditangan dia (si penulis itu….)

Ramai kawan me dan blogger yang mempersoalkan kewajaran watak Seth Tan itu…adakah ada lelaki BAIK cam tu didunia dan zaman sekarang lak tuh…Jawapannya adalah ADA…dan pastinya RAMAI….

Orang yang baik tak kan muncul didepan mata semua orang. Hanya isteri mereka yang tahu kebaikkan suami mereka.  Di Majalah dan SuratKhabar Harian juga selalu memperkatakan dan memceritakan tentang ini. Cuma apabila dipaparkan di drama dan di lakonkan oleh seorang pelakon yang kacak dan berkarisma, kita akan cepat terpegun dan tersusuk ke dalam hati….

Tahniah kerana En Aaron Aziz telah melakonkan watak itu dengan baik.

 

 

 

 Dan semua orang tahu yang drama itu adalah adaptasi dari novel KASIH YANG SUCI karya dari Saudari Meen Zulaikha…..

 

 

 Mari kita baca sinopsis Novel tersebut

 

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru.

 

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.


“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

 

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

 

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa.saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

 

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

 

Dari Kacamataku : Filem PENSIL

 

Semalam me sampai ke rumah sudah hampir jam 9.00malam. Kebetulan anak me menonton filem PENSIL di Astro Citra – 131. Filem tu baru nak bermula…

Kalau tak silap me, tayangan filem tersebut pada Tahun 2008….baru sekarang me dapat tengok. Banyak kali juga ada ulangan tayang di Astro..tapi tak berkesempatan nak menonton.

Mari kita review filem tersebut….

 Pengarah:
M.SubashTenaga Karyawan
Pelakon:
1.M.Subash – Pelakon Utama
2.Rominah Sidek- Pelakon Utama
3.Khatijah Tan- Pelakon Pembantu
4.Maimon Mutalib- Pelakon Utama
5.Jalil Hamid- Pelakon Pembantu

Pengarah dan penulis:
1.M.Subash (fdam)

 

 
 
 
 
 
 

 

Komen me….

Selama ini me memang dekat dengan golongan OKU. Alhamdulilah…anak anak me lahir dengan cukup sifat dan akal yang sihat. Tapi dari dulu, jiwa me memang cepat tersentuh dengan golongan ini. Ada kawan kawan me yang mempunyai anak OKU dan berkerja dengan NGO yang menguruskan OKU. Kalau ada program yang melibatkan OKU, ada juga kawan me mengajak me dan kawan2 yang lain.

Apa yang me perhatikan, mereka mempunyai jiwa besar dan hati yang sangat bersih. Oleh kerana mereka kekurangan sifat, orang yang terdekat bertanggungjawap sepenuhnya untuk membentuk mereka menjadi lebih baik.

Berbalik kepada Filem Pensil, ianya mengisahkah Badrul yang dipelihara oleh ibu tirinya sedari kecil. Kerana mengalami deman panas, Badrul cacat dan terencat. Ayahnya meninggal didalam kemalangan jalan raya ketika kehospital untuk berubat Badrul. Kerana kecelakaan itu, ibu tirinya sering menyalahkan Badrul kerana menyebabkan kematian Ayahnya.

Sifat badrul sangat tulus. Walaupun penderaan dan kebencian dari ibu tirinya, kasih pada ibunya sangat besar. Dalam keadaan yang tidak cukup sifat, beliau berusaha untuk memcari rezeki dengan menjual keropok dan membuat bubur kacang. Bubur kacangnya sangat laku dan ibunya mengambil semua duitnya.

Badrul seorang yang pandai melukis…dengan pensil dan kertas lukisan, beliau melakar gambar ibunya. Bakatnya disedari oleh neneknya.

Jalan cerita filem ini membuatkan anda mengalirkan air mata. Kesungguhan seorang OKU yang berjiwa besar dan berusaha untuk mencari rezeki halal dan meolong ibunya sangat menyentuh perasaan. Tiada satu adegan pun yang membuat kita leka. Semua adegan membuatkan kita terpegun dan merasa sangat kasihan dengan beliau.

Tahniah kepada M. Subash Abdullah yang mempunyai bakat yang besar. Teruskan perjuangan dan teruskan menghasilkan filem yang berbentuk begini. Ianya boleh menyedarkan masyarakat supaya bersyukur dengan semua kurnian dari Allah SWT. Belajar menghargai kekuranagan dan kelebihan dan Insyallah kita akan menjadi insan yang lebih prihatin. Amin

Salam penuh keinsafan @ 2.00pm @ 18March2011

Cerekarama : Karma Salina

Salam…

Saya pasti ramai yang menonton drama Karma Salina arahan pengarah tersohor Erma Fatima. Banyak drama arahan beliau yang saya kagumi. Walaupun tidak punya banyak masa untuk menonton TV, tapi saya tidak akan sekali kali melepaskan peluang untuk menonton drama arahannya. Memandangkan TV3 tiada siaran ulangan seperti Astro, mahu atau tidak, saya harus menonton.

Saya bukanlah pakar untuk mengkritik drama seperti penulis tersohor, tapi apa yang saya akan tulis adalah bahagian dari rasa saya sebagai seorang ibu kepada remaja seperti yang digambarkan didalam drama tersebut.

Ini adalah sinopsis drama KARMA SALINA;

Rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada Salina termasuklah Nora Asyikin, peguam yang menerajui Biro Tata Syariah. Nora Asyikin tekad untuk memperjuangkan nasib wanita mengikut hukuman Allah. Ketika Nora mengunjungi keluarga Salina, Intan datang dan menyerahkan surat yang diberikan Salina sebelum dia dijatuhkan hukuman. Barulah mereka mengetahui Salina sebenarnya redha dengan hukuman itu lantaran rasa berdosanya terhadap ibu bapanya, cintanya yang mendalam terhadap Afkar hingga mengizinkan dirinya dianiya oleh suaminya dan menjadi pembunuh. Nora Asyikin tetap membela kematian Salina dan akhirnya masyarakat mula memahami mengapa Salina mati di tali gantung dan betapa mulianya pengorbanan Salina.

 

Kalau anda menonton drama terdahulu mengenai nasib Salina yang menerima hukuman gantung kerana membunuh suami, anda akan teruja untuk menonton drama ini.

Saya sangat tertarik dengan watak seorang ibu yang berusaha untuk menjadi ibu yang baik. Tetapi tanpa didikan agama yang sempurna dan tanpa bantuan daru suaminya, sang ibu gagal didalam menjadikan anak2 seorang anak yang solehah dan taat kepada keluarga dan agama. Sang ibu mempunyai 2 orang anak yang sedang meningkat remaja. Seorang remaja perempuan (masih bersekolah menengah) yang terpengaruh dengan rakan2nya dan seorang remaja lelaki (masih bersekolah menengah) yang suka mencuri. Mereka berdua beradik adalah pakar dalam menipu ibu mereka dan suka ponteng sekolah.

Watak ibu lakonan Sofea Jane amat berkesan. Tekanan yang dihadapi dek kerenah anak anak dan suaminya yang suka menyalahkan amat meruntum jiwa. Sang ibu berada didalam keadaan cemas setiap hari. Beliau sangat takut dengan suaminya yang akan memarahinya sekiranya berlaku perkara buruk kepada anak anaknya dan risau dengan anak anaknya yang kerap pulang lambat dan ponteng sekolah.

Adegan dimana beliau merayu pada anak2 agar jangan keluar dari rumah amat menyentuh jiwa. Sang ibu merayu rayu agar jangan tinggalkan beliau keseorangan dirumah tapi tidak diendahkan oleh anak anaknya malah sang ibu ditengking dan diherdik oleh anak derhaka itu.

Itulah adegan yang banyak terjadi di dunia realiti. Anak anak zaman sekarang sudah tidak tahu menghormati ibu bapa. Mereka bukannya mencari idea bagaimana untuk membahagiakan ibubapa, tapi otak tidak berhenti berfikir bagaimana untuk menipu keluarga didalam melaksanakan agenda mereka.

Lakonan Sang Ibu sangat dekat dengan kita sebagai seorang ibu. Kesedihan, kerisauan dan ketakutannya seolah olah menusuk dan berpadu dengan jiwa saya. Bukan senang untuk membesarkan anak anak dizaman dunia sekarang. Dunia tanpa sempadan. Dunia yang menjanjikan seribu jalan untuk melangkah ke arah kesesatan dan kejahatan.

Saya menitis air mata apabila melihat sang ibu dihalau oleh suaminya hanya kerana mengajak sang suami ke Balai Polis untuk melapurkan kehilangan anak perempuannya. Sang suami yang sememangnya bermasalah telah membalingkan pakaian sang isteri dan anak lelakinya dan menolaknya keluar dari rumah.

Tapi alhamdulilah, Pengarah Erma Fatima telah menunjukkan jalan kepada sang ibu untuk ke Mahkamah Syariah apabila mempunyai masalah dengan suami dan bertemu pula dengan seorang peguam wanita yang sangat serius dalam usaha menuntut keadilan untuk wanita yang dianiaya oleh suami.

Peguam tersebut telah menempatkan Sang Ibu di rumah perlindungan dan diberi nasihat dan jalan keluar dari masalah. Walaupun anaknya dijumpai mati dibunuh dan sang ibu hampir bunuh diri, beliau akhirnya bangun dr kegagalan dan tabah untuk terus hidup. Ini terbukti apabila beliau masih boleh bertenang apabila melihat suaminya datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada anaknya. Suaminya dipenjara 2 tahun kerana terlibat dengan rasuah.

Saya perpendapat yang sokongan suami adalah amat penting didalam membina keluarga yang bahagia dan sempurna. Jangan saling menyalahi diantara satu sama lain sekiranya berlaku sesuatu yang tidak baik dan buruk. Bersama sama membetulkan kesilapan adalah satu langkah yang bijak. Tugas mendidik anak anak bukan dibahu isteri sahaja. Merujuk kepada AlQuran dan jangan tinggal solat adalah amat penting. Sedari kecil, mereka harus dibasuh dengan perkara yang berkaitan dengan dosa dan pahala.

Saya amat berharap agar saya sendiri bisa menjadi ibu yang solehah dan mampu berdiri teguh dan bertenang sekiranya sesuatu yang tidak baik berlaku. Allah tidak akan berhenti menguji kita kerana Allah sayang kepada kita. Amin

@ 24/11/2010, d office