Dari Katil Hospital

Salam….

Allah SWT tidak akan memberi kita kesihatan yang baik sepanjang zaman. Ada masa kita lemah dengan seribu macam penyakit dan kesakitan. Hubby me tidak terkecuali. Beliau jarang mendapat sakit yang berat. Kalau deman biasa tu, selalu juga, tapi tidak deman yang berhari hari…

Dikisahkan, hubby me mengalami deman yang sangat lama. Sampaikan satu tahap, dia merasa amat tidak berdaya….merasa sakit seluruh sendi dan sakit kepala yang amat sangat. Apabila melangkah ke Hospital, beliau dijemput ke wad kerana ada jangkitan virus di dalam darahnya. Menurut adik me yang juga seorang jururawat di Sungai Buluh, jangkitan kuman tersebut  adalah perkara biasa bagi mereka yang mengalami deman yang lama, tetapi pesakit hendaklah diberi antibiotik untuk mengstabilkan darahnya…

Itu yang terjadi kepada hubby me. 

Gambar ini diambil semasa hubby me tidur selepas penat melayan tetamu. Terimakasih kepada semua yang sudi melawat dan membawa buah tangan. Itu semua amat menceriakan hubby me…

Antara buah tangan yang sempat diambil oleh blackberry me yang tak berapa canggih nih…

Hubby me discharge dari hospital semalam selepas 4 hari ada disana. Walaupun keadaannya tidak berapa sihat, tapi sebab dah bosan dengan hospital, hubby me minta keluar, dan sambung berehat dirumah.

Terimasih kepada semua kawan kawan dan saudara mara yang datang, juga adik adik me yang prihatin. Ucapan istimewa juga untuk Kak Ina dan Abang Pian yang selalu berada disisi dan sanggup menghantar dan mengambil me dan anak anak untuk ke hospital. Tiada kata istimewa cuma TERIMAKASIH daun keladi dan segala budi baik akan dikenang sampai bila bila.

Terimkasih kepada yang sudi melawat

Izan dan anak2

Abang Pian dan Kak Ina dan Anak anak

En Wan Ismail (yang sempat singgah walaupun penat)

Kak Rohaya

Kak Lin

Ida (tukang jahit baju me)

Kak Ramlah

Abang Sahak dan Kak Sarimah

Kak Wan Aishah dan Suami

Kak Kiah dan cucu kesayangannya

Pak Lias dan Mak Usu

Fendy

Adi

Mat Piah (sampai hati tak ajak Liza)

Abang Nuar dan Kak Nora

Mimi

Saadiah

Abang Boy John dan Along

Pak Mail

Abang Dollah

En Samri dan temannya

Adik Ani

Adik Piah dan kekasih hatinya

dan semua lagi yang me tidak senaraikan disini. Terimakasih semua…

Semoga sihat walafiat dan dikurnikan kesihatan yang baik selalu. Amin

Si Kecil Iman Alyssa sudah 8 Tahun….

Apabila sampai detik 25 December setiap tahun, seluruh dunia meraikan Hari Krismas dan Iman Alyssa juga meraikan Hari Jadinya….

Pada 25 December 2002, Iman Alyssa dilahirkan pada jam 4.00 petang di Petaling Jaya. Apabila tiba tarikh itu, kami tidak lupakan untuk meraikan dan bersama sama menikmati hari cuti itu.

Pada 25 December yang lepas, sekali lagi Majlis Meraikan Iman Alyssa dirancang. Dengan bantuan teman teman, majlis berjaya direliasasikan dengan sangat meriah.

3 Hari sebelum majlis bersambung, kad jemputan dihulurkan kepada lebih 40 keluarga yang rapat dengan keluarga kami. Majlis ini lebih kepada majlis keluarga dan majlis santai…

Tema pada majlis kali ini adalah hitam & putih..

Lokasi Majlis adalah dipinggiran Dewan Serbaguna, Taman Wahyu

Gambar diambil sebelum tetamu datang…

Antara lauk untuk hidangan tetamu;

Kari Ayam

Asam Laksa (Terimaksih pada Kak Ina dan Keluarga kerana sponsor)

Bubur Caca + Ubi Kayu

Pulut dengan kelapa

Rojak Buah

Kek Coklat (Terimakasih pada Norliza dan Keluarga sebab sponsor)

Sayur taugeh

Ulam ulaman

Ikan Sambal

Antara Tetamu yang datang

Along dan Alang yang banyak menolong…

Along Niza dan Awai

Keluarga dekat : Along dan Kak Chik bersama jejaka tampan, Luqman

Tulang belakang kepada majlis ini. Terimasih sangat 2 pada Kak Rohaya dan anak2, Kak Ina dan Abang Pian dan keluara, Liza dan anak2 dan keluarga dan Kak Ramlah dan Keluarga sebab bertungkus lumus membuat persiapan daripada A hingga Z. Dan menjadi sempurna

Awai bersama suaminya, Edy dan si handsome, Aryan…

Anak anak Kak Rohaya bersama tunang Rafeeq (berbaju putih)

Mak Saudara Iman, Mak Lang

Ini juga anak anak yang banyak membantu menjayakan majlis. Thanks semua…

Iman Alyssa sebelum memotong kek

Pipinya ada kesan lipstik….ada lah yang cium tuh…

Wajah Kek yang belum di qeqah…

Ini kek yang kami beli

Ini kek pembelian jiran, Kak Zah…mekasih kak…

Bila lagu dinyanyikan dan lilin ditiup…

KakLong yang membawa kan kek dan Abang Ngah yang mendendangkan lagu birthday sambil memetik gitar..

Tunggu Ayah Pian memetik bom kertas. tapi tak jadi2…tapi akhirnya meletup gak…

Memotong kek…

Sapa nak kek? Datanglah….

Tersenyum lebar…

Bergambar bersama kawan kawan

Bersama Along dan Angah

Tetamu sedang menjamu selera…

Angah, Epol, Kak Yang dan Mira mendendangkan lagu dengan petikan gitar….

Iman Alyssa berkaraoke bersama kawan2nya…

Alhamdulilah…majlis tamat tepat jam 12.00 malam. Perhargaan ditujukan kepada kawan kawan yang menjadi tulang belkang kepada majlis ini dan semua tetamu yang hadir. Kesemua tetamu yang hadir adalah yang dekat dihati kami. Semoga ukhwah dan persahabatan antara kita berkekalan dan perpanjangan.

Doa untuk Iman Alyssa,

Mama doakan semoga menjadi anak yang baik dan solehah. Mendapat kawan kawan yang baik dan selalu berusaha untuk menjadi kawan yang baik. Semoga menjadi anak yang berjasa kepada keluarga, agama dan bangsa. Semoga panjang umur dan dirahmati Allah selalu. Amin

Namaku Iman Alyssa

Salam….

Perkahwinan yang sempurna adalah idaman setiap pengantin. Me banyak menolong kawan kawan didalam menyempurnakan perkahwinan mereka.  Bila dah tolong kawan2, anak anak me akan menjadi mangsa untuk menjadi flower girl dan pengapit pengantin. Untuk Majlis Perkahwinan Siti Aisyah dan Abdullah, me MENGARAHKAN anak bongsu me, Siti Nur Iman Alyssa sebagai flower girl bersama Adik Na (anak kepada Sahabat me, Norliza Zenon). Terima kasih semua ya….Terima kasih juga kepada pengantin perempuan yang memberi kepercayaan kepada Acik Siti untuk mengurus dan mengatur majlis untuk menjadi sempurna.

Iman Alyssa diatas pentas pelamin

Senyum simpul

Outdoor Shooting bersama Adeq Na yang comel…..macam best2 jer…

Ini bersama Kaklongnya…sama sama pakai songket putih….

ewah..ewah…sangat bergaya…ntah manalah belajar nih…

Bersama salah seorang sahabat Iman yang turut sama di Majlis Perkahwinan itu

Doa dari mama, semoga Iman Alyssa akan menjadi insan yang berguna apabila besar nanti. Akan disenangi kawan kawan, menjadi contoh kepada orang lain dan selalu positif untuk semua perkara.

@ office, 5.48pm..

Cerita Tentang Seorang Ibu…

Salam….

Setiap orang dimuka bumi Allah ini akan punya IBU. Seorang insan yang dipilih oleh Allah untuk menjadi ibu kita. Beliau mengandungkan kita, membesarkan dan menjadikan kita seorang yang solehah.

Disini, aku sangat teruja untuk berkongsi cerita mengenai  insan yang dipilih oleh Allah untuk menjadi ibuku. Ingat pilihan Allah itu kepanggil EMAK.  Emakku sangat istimewa. Allah kurniakan emakku hati emas, seorang yang sanggup berkorban jiwa dan raga didalam membahagiakan orang lain. Kalau ku ceritakan secara terperinci dan semua kisah emakku, berhari hari pun tidak akan habis.

Melahirkan 9 orang anak dan membesarkan anak anak  didalam suasana yang sangat daif, amat menguji kemampuan emak. Getir yang emak rasa telah bermula sejak dulu..dulu dulu lagi. Kerana ingin memberi laluan kepada adik adiknya, emak tidak pernah ke sekolah. Tidak pernah. Emak harus mengambil tugasan nenek untuk menguruskan adik adiknya. Aku sesekali tidak boleh terima apabila 3 orang adik beradik emak dapat membaca dengan baik. Tapi emakku….BUTA HURUF….sampai hati nenekku melatari emak begitu. Sampai bila2 pun, aku sendiri tidak akan lupa apa yang arwah nenek buat pada emakku.

Emak berjodoh denga ayah semasa berstatus balu (arwah suami pertamanya meninggal kerana sakit) dan ayah pula duda. Peristiwa ini berlaku 45 tahun dulu. Emak berasal dari Manir, Terengganu manakala ayah berasal dari Besut, Terengganu. Alhamdulilah, perkahwinan itu berkekalan hingga kini.

Perkahwinan itu melahirkan kami 9 orang adik beradik. Dengan keadaan ayah yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, kami hidup didalam suasana yang amat daif. Selepas menumpang dirumah nenek di kampung, ayah mengambil keputusan untuk menerokai tanah hutan di Kampung Sungai Ara, Ajil….kami dibawa bersama. Pada masa itu, hanya kami 5 beradik saya yang ada. Yang lain belum dilahirkan lagi.

Disitulah kesusahan yang sebenarnya bermula. Kami bersama sama berusaha untuk hidup dan tidak pernah menyusahkan orang lain. Aku sendiri banyak mengambil tempat ibu membesarkan adik adik, manakala emakolong ayah mengusahakan kebun dan bercucuk tanam. Berbagai bagai tanaman yang ayah dan ibu usahakan.

Emak sangat tabah didalam membesarkan kami adik beradik. Walaupun tidak tahu membaca, emak akan sematkan didalam bebelannya yang anak anak harus menjadi manusia yang berguna, harus menjadi pandai, harus itu dan ini.  Tapi aku hanya berada dekat dengan emak sampai umur 12tahun, sebab selepas itu aku memasuki asrama.

Dulu rumah kami tiada TV dan radio. Emak akan menjadi penghiburlara kami. Emak akan bercerita berbagai bagai hikayat. Aku sendiri masih ingat lagi tentang hikayat Awang Pemalas, 

Hikayat Kuda Putih, Hikayat Putera Bunian dan berbagai cerita lagi. Walaupun emak memperdengarkan cerita yang sama, kami adik beradik tidak pernah jemu. Dalam masa itu juga, emak akan menyanyikan lagu buat kami. Ada satu lagu yang membuatkan aku tersentuh hati hingga kini.

Semasa menidurkan kami, emak akan menyanyikan satu lagu yang sangat merdu. Aku tidak pernah bertanya dimana emak mendapat lagu itu, tetapi apa yang aku sematkan dan percaya yang lagu itu rekaan emak sendiri. Ini kerana aku sendiri tidak pernah mendengar sesiapa yang pernah menyanyikan lagu tersebut. Malah kami adik beradik menghafal lagu tersebut kerana kekerapan ibu mendendangkannya.

Apabila ku berkahwin dan suamiku pula mengemar lagu lagu lama, aku terkesima. Selepas berpuluh puluh tahun aku hidup, aku mendengar lagu yang emak nyanyikan berkumandang di radio. Menitis air mata ku ketika itu. Emak mendendangkan dengan penuh merdu untuk anak anaknya. Baru aku tahu, lagu tersebut memang terkenal dizaman 60an. Sangat terkenal……Emak, anakmu ini sangat bangga denganmu, sangat bangga. Emak membuatkan kami terhibur dengan nyanyi merdu emak. Emak berjaya mencipta dunia kita sendiri. Dunia yang tiada orang lain. Hanya ayah, emak dan anak anak emak.

Ini lah bait bait senikata lagu tersebut;

Kalau tuan pandai menyurat,
Suratkan saya di kertas biru;
Kalau tuan pandai mengubat,
Ubatkan saja hati yang rindu.

Emak sorang yang penyabar dan tertimbang rasa didalam semua perkara. Emak selalu berusaha untuk menjaga kesemua hati anak anaknya. Walau ada diantara anak anaknya yang melukakan hatinya, emak akan cuba untuk berfikiran positif dan mengambil langkah berdiam diri.

Walaupun ada diantara adik adikku yang menentang kata kata emak, tapi akhirnya semuanya pulang kepangkuan emak. Dan mereka tidak akan pernah bertemu dengan ibu sebaik emak. Emak menerima kesalahan anak anak dengan hati yang terbuka dan selalu memberi peluang kepada anak anak untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Disini disenarai anak anak emak yang menjadi kerinduan selalu.

  1. Muhammad Ali Bin Harun
  2. Siti Fatimah Binti Harun – berkahwin
  3. Muhammad Napiah Bin Harun
  4. Siti Zaliha Binti Harun – berkahwin
  5. Muhammad Afiffin Bin Harun – berkahwin
  6. Siti Rohani Binti Harun – just married
  7. Siti Zubaidah Binti Harun – berkahwin
  8. Muhammad Amir Shah Ariff  Bin Harun
  9. Siti Hajar Shazwani Binti Harun

Disebabkan oleh emak buta huruf, adikku telah settingkan speeddail di telefon gengam emak. Speeddail “1” untuk anak pertama dan seterusnya sehingga anak kesembilan. Itu amat menyenangkan emak.

Perselisihan faham antara aku dengan emak tidak dapat di elakkan. Tapi perkara perkara yang tidak menyenangkan akan berlalu dengan cepat dan sebagai anak, aku tidak pernah malu untuk menghulurkan kata maaf kepada emak.

Ini adalah momen indah semasa perkahwinan adikku, Siti Rohani. Emak ada dibelakang dengan senyum melebar seperti anak anak dan cucunya.  Alhamdulilah….semua aman dan damai.

Mak, ingin sekali kami meminjam kecekalan dan kesabaran emak didalam membesarkan anak anak dan mempertahankan keutuhan rumahtangga. Mak doakan ya…doakan kami menjadi cekal dan tabah seperti mak…

Catatan seorang anak, @ kediamanku @ 7.08 mlm

Merisik Si Anak Dara

Salam…

Petang di Adil Adha, kami berkesempatan memenuhi undangan Kak Rohayah untuk merisik Si Anak Dara untuk anaknya, Rustam Ramli. Walaupun tidak dirancang dengan rapi, tapi hajat kami berjaya dengan markah 101%.

Pada jam 3.30pm. kami bertolak dari Taman Wahyu menuju ke Bangi, Selangor. Dengan 3 buah kereta, kami dengan senang hati membawa hajat Rustam untuk merisik kekasih hatinya. Dengan 1 jam perjalanan, kami sampai ke Bangi dan disambut mesra oleh keluarga perempuan. Di dalam suasana hari raya, kami dijamu dengan lemang dan nasi himpit, juga kuih muih….

Hubby me telah diberi kepercayaan oleh Kak Rohayah sebagai jurucakap pihak lelaki untuk misi merisik ini. Walaupun tiada pantun dan madah seloka, hajat kami telah di fahami dan diterima sepenuhnya. Keadaan merisik berjalan dalam suasana yang sangat santai dan pernuh kekeluargaan.

Terimakasih kepada pihak perempuan yang menerima dan melayan kami dengan baik sekali. Ini gambar yang sempat diambil, walaupun kurang jelas, tapi ini bukti yang Si Gadis sudah menjadi kepunyaan Rustam Ramli. Jangan ada sesiapa yang usik ya…dilarang sama sekali tau….

Kak Rohayah dengan senang hati menerima sesiapa saja pilihan hati anaknya. Syabas Kak….

Kami pulang dan akan datang lagi pada 26 December untuk majlis pertunangan. Tunggu ya….

Wsalam. Yang Indah @ 1.40pm @ Office

Meriahnya Aidil Adha

Salam….

Keputusan untuk meraikan Aidil Adha di Kuala Lumpur adalah satu keputusan yang sangat bersinar. Ini kerana bila usia dan meningkat, dan anak anak membesar, me juga teringin untuk memasak juadah hari raya bersama anak anak dirumah sendiri.

Sehari sebelum hari raya, me dan hubby mengambil cuti separuh hari untuk ke pasar basah membeli bahan bahan untuk memasak  juadah hari raya. Kalau ditanya perasaan me, ha..ha..ha…sangat sangat teruja…sama juga dengan hubby me.

Malam raya me dan anak anak bersama sama berdangdut didapur hingga ke tengah malam. Tepat pukul 12.00mlm, semua lauk selesai dimasak. Kami perlu tidur cepat kerana semua harus berkumpul pada jam 7.00am ditempat kerak kereta untuk rombongan cik kiah – solat sunat aidil adha di Masjid Negara.

Pertama kali solat di Masjid Negara, memberi satu pengalaman baru pada kami. Dengan jumlah jemaah yang ramai, rasa seperti berada di Mekah. Selesai solat pada jam 10.00am, kami terus pulang kerana acara makan makan dihari raya akan bermula.

Kami bersama sama megumpulkan hasil masakan pd malam raya dan berkumpul di rumah me untuk acara makan2 bersama sama. Antara menu yang di masak;

me memasak;

  • Nasi dagang bersama gulai ikan tongkol
  • Nasi himpit bersama kuah kacang
  • Rendang ayam pencen

Kak Rohayah;

  • Nasi Tomato
  • Ayam masak merah
  • Jelatah

Kak Harlina;

  • Asam laksa

Kesemua juadah itu dibawa ke rumah me, dan kami mengerjakan bersama sama. Jumlah pemangsa kepada makanan tersebut adalah;

  • Family Me (5 Orang)
  • Family Kak Rohayah (8 orang)
  • Family Kak Harlina (6 orang)
  • Family Kak Sarimah (7 orang)
  • Family Kak Lin (5 orang)
  • Family Pak Usu (4 orang)
  • Family Lan & Lela (8 orang)
  • Family Kak Ramlah (2 orang) – datang lambat

Alhamdulilah….amat mendamaikan sebab dapat berkumpul bersama sama memikmati juadah yang sempat disediakan.  Dalam masa menikmati rezeki, kami sempat merancang untuk tahun depan. Masing masing memasang niat untuk memasak dengan lebih banyak dan menjemput lebih ramai tetamu.

Apa yang terjadi dihari raya sebenarnya tidak dirancang. Apabila masing masing jauh dari ibupaba, idea untuk timbul dengan harapan agar kerinduan pada family di kampung dapat berkurang.

Terimakasih kepada semua kawan kawan dan tetamu yang sudi bersama sama kami di Aidil Adha. Sesungguhnya inilah Aidil Adha kami yang sangat bermakna. Thanks juga pada hubby me yang sangat sporting, melayan tetamu dengan bersemangat dan sudi untuk berkongsi meriah Aidil Adha dengan kawan kawan.

Ucapan Aidil Adha;

” Apa jua pergorbanan yang telah kita lakukan, semoga mendapat hidayah dan pahala dariNya. Salam penuh pengorbanan, keinsafan dan kemaafan dari kami sekeluarga”

 

Harapan me agar ukhwah yang terjalin diantara kawan2 dan jiran tetangga akan kekal perpanjangan dan mendapat hidayah dariNya. Sesungguhnya untuk berjumpa dengan sahabat yang sehati sejiwa sangat sukar…

Salam Pergorbanan

@ 19/11/2010 🙂

Bonda Mertuaku

Salam….

Setiap wanita yang telah berkahwin, pasti mempunyai bonda mertua. Begitu juga dengan me. Berkahwin dengan anak sulung, pastinya mencetuskan satu pengalaman baru pada diri me, iaitu 18 tahun dulu.

Me juga tidak ketinggalan mempunyai kesukaran untuk memahami bonda mertua.  Apatah lagi me berkahwin dengan anaknya yang sulung. walau apa juga dugaan, me tidak pernah terlintas untuk berputus asa.

Me selalu berusaha dan mencuba sedaya upaya untuk memasuki budaya mereka. Me selalu ingat pesan emak me yang berbunyi;

” Jangan pernah kita berharap agar orang akan berubah kerana kita, tapi  kita harus berubah untuk orang itu, sekiranya ganjarannya adalah kebahagian dan kedamaian. Belajar untuk mengajar hati kita agar selalu menjadi baik dan yang penting selalu berbaik sangka”

 

Kata kata itu selalu me sematkan di dalam hati dan me selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik untuknya. Usaha itu berbaloi kerana me dan anak anak amat selesa dengan bonda mertua. Me selalu mendapat layanan yang amat baik dan yang penting, me tidak kekok untuk bercakap dan berbicara.

Apa yang boleh me gambarkan Bonda Mertua me adalah ;

  • Seorang yang sangat sensitif dengan keadaan sekeliling
  • Sangat menyayangi anak anak
  • Selalu berusaha untuk berlaku adil dengan semua anak anak dan cucunya
  • Sangat memahami permasalahan anak anak
  • Cukup pandai menjaga hati menantu menantu
  • Tidak banyak bercakap perkara yang menyakitkan hati dan membuatkan tetamu selesa dengan beliau
  • Banyak lagi …

Ini adalah gambar yang me ambil semasa Bonda Mertua dan kami bersama sama menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Mak Mbong di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Dari gambar ini, boleh mengambarkan kebahagian kami.

Continue reading