Kita TIDAK akan dapat semua yang kita MAHU…

Salam….

Saya percaya kita semua pernah menjumpai banyak situasi yang menampakkan sangat jelas tentang ketidaksempurnaan manusia yang boleh menginsafkan kita. Dalam menjalani kehidupan harian, saya menjadi seorang pemikir yang sangat serius. Apa yang Allah SWT lakukan, saya melihat dengan mata hati dan alasan untuk membuat hambaNya menjadi sedar dan insaf…

Kita tidak boleh memilih untuk menjadi seorang yang sempurna kerana itu adalah pengurnianNya….Manusia tidak sempurna..sangat sangat tidak sempurna…bukan semua yang cantik dan baik ada pada seorang manusia. Allah tidak akan memberi semua perkara baik kepada satu orang…Allah akan memberi juga yang tidak sempurna, untuk membolehkan kita tahu diri…

Saya pernah mendengar ceramah melalui radio oleh seorang Ustaz (dah lupa namanya)…berbunyi begini…

“apabila kita memandu kereta besar, apa yang kita fikirkan apabila ada orang yang membawa motosikal dengan membawa 3 orang anak sekaligus? Pasti kita merasa kesian dengan mereka. Kannn?? Atau yang busuk hati sikit akan cakap, hidup pemalas, sebab itulah boleh membeli motosikal jer..tengok aku…sebab aku kerja keras, aku boleh duduk dengan selesa. Perkara yang harus meresap kedalam hati kita adalah mensyukuri apa Allah SWT kurniakan pada kita. Berbesar hati dengan semua kurnian Allah SWT. Dan berdoa dengan segera agar Allah membuka pintu rezeki kepada pemandu motosikal tadi agar dapat hidup senang dengan anak2nya”

“Pertama kedua yang sepatutnya meresap didalam hati kita adalah adakah kita seperti orang lain juga. Mungkin kita punya kereta besar, tidak basah apabila hari hujan, tapi mungkin dari sudut lain, kita lebih miskin dari lelaki bermotosikal itu. Mungkin lelaki itu bahagia kerana punya anak yang pandai dan taat kepada Allah dan IbuBapa, tapi bagaiman dengan anak anak kita??? “

“…….Jadi Allah mengurniakan perkara yang tidak sama untuk semua manusia. Alasannya adalah supaya kita belajar dan mencontohi mana mana yang baik dan menjadi teladan kepada perkara yang tidak baik dan tidak molek”

 

Mari kita senaraikan apa yang saya selalu fikirkan ketidaksempurnaan itu ya…

Ada mereka yang sangat cantik (dari semua segi) tapi apabila berkahwin, tidak mempunyai anak atau mendapat suami yang tidak sempurna

Ada mereka yang sangat cantik juga – tapi lemah didalam pelajaran

Ada mereka yang tidak cantik (hodoh dan gemuk) tapi pintar dalam pelajaran

Ada kawan saya yang mendapat suami yang sangat baik, hidup sempurna dengan ramai anak, TETAPI kesemuanya anak anak adalah lelaki…

Ada kawan saya yang pintar dalam perbahasan/pintar dalam membuat keputusan, tapi Allah mengurniakan anak yang tidak sempurna kepada beliau

Ada kawan saya yang mempunyai anak yang sangat pintar didalam pelajaran, tapi suaminya meninggakkannya dan berkahwin dengan wanita lain.

Ada kawan saya yang mendapat suami yang kaya, dan mempunyai pekerjaan yang hebat, tetapi tidak mempunyai anak dan doktor mengesahkan tidak akan mendapat anak kerana rahimnya lemah

Ada anak kawan saya yang sangat pintar dan cantik, tetapi mempunyai sifat amarah yang sangat ketara dan tiada kawan2 yang ingin dekat dengannya.

Ada juga mereka yang saya kenal, sangat baik hati dan murah hati, selalu bersedekah, tapi punya isteri yang bermulut tempayan, suka menceritakan keburukan orang dan sangat memalukan suaminya

Ada juga mereka yang saya kenal, sangat bangga mempunyai isteri cantik dan tidak suka berpergian ke mana mana, tapi isterinya sangat sombong dan masuk dalam katogeri sombong bodoh

Ada juga yang saya tahu, seorang yang sangat bermulut celupar, suka menegur kesalahan orang lain tanpa segan silu, tapi tidak pernah meninggalkan solat dan bersedekah. Pantang mendengar kesusahan kawan2, beliau yang pertama menghulurkan pertolongan.

Mereka yang hendak sangat anak, Allah SWT tidak memberi anak, manakala yang tidak mahu anak, itulah orang yang mendapat anak.

Banyak lagi yang kita tahu tentang perkara ini. Sangat biasa berlaku di sekeliling kita. Ini membuktikan Allah itu Maha Adil…

Semoga enti ini menjadi renungan yang sangat berguna kepada kita…Adalah baik kalu kita menjadi seorang yang pemikir kerana itu akan menginsafkan kita.

Bersama samalah kita….

 

@ Salam penuh damai @2.00pm @ 10 March 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s