Kerjaya Guru – Jangan banyak meminta

 Salam….

Alhamdulilah kerana kerajaan telah membuka mata mereka tentang kepayahan dan kesukaran pendidik yang melalui perbagai cabaran didalam mendidik anak anak bangsa kita. Saya amat tahu kerana ramai mereka yang saya sayangi menjadi guru.

Guru adalah bukan kerjaya yang senang. Dari menyiapkan semua persiapan mengajar sehingga ke perkara perkara yang kecil, mereka harus melakukan tanpa alasan. Belum lagi dengan pelajar pelajar yang bermasalah dan harus menyelesaikan masalah pelajar. Belum lagi majlis majlis persekolahan. Belum juga kelas tambahan dan study group dengan pelajar untuk kecemerlangan pelajar.

Cuma kerjaya perguruan sedikit untung kerana punya masa yang terluang apabila hujung tahun. Jadi mereka boleh menganggap yang kerja keras selama ini, akan berbaloi dengan cuti yang panjang tanpa diganggu.

Jadi me sangat tidak bersetuju apabila guru guru ini merungut dengan beban kerja mereka tanpa mengingati dengan kesenangan yang mereka dapat.

Mereka harus mula belajar cara untuk menerima dan berfikir dengan positif….agar kehidupan harian akan menjadi senang dan berjalan lancar. Tiada keuntungan apabila mereka selalu bersungut dan melakukan tindakan harian dengan penuh emosi.

 

Apabila memperkatakan tentang GURU, saya sangat tertarik dengan petikan dibawah ini. Petikan ini saya ambil dari Utusan Malaysia yang bertarikh 20 March 2010.

Tulisan oleh Saudara Wahid Hashim.

 

SAYA mencemburui guru muda kerana gaji permulaan mereka sekarang berada dalam ranking ketiga selepas doktor dan jurutera awam. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2,500 hingga RM2,700 – termasuk beberapa elaun – maka gaji pokok mereka sebenarnya mengatasi sebahagian besar pendapatan eksekutif syarikat swasta.

Kalau di pedalaman, mereka cuci kaki kerana kerajaan menyediakan rumah, televisyen katil tilam, dapur, malah khabarnya set televisyen dan ‘mangkuk’ Astro di bumbung! Bukan itu sahaja, guru juga ada elaun khas, dengan jumlahnya bergantung kepada tafsiran pedalaman tempat mereka mengajar.

Memang mereka bekerja keras. Tetapi, seribu satu pengumuman tentang kenaikan, elaun, kebajikan, kemuliaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan guru sepatutnya telah meletakkan profesion itu pada tahap yang sepatutnya sekarang.

Seperti kata Abraham Lincoln: ”Jangan fikir apa yang negara boleh beri kepada kita, tetapi fikirkanlah apa sumbangan yang boleh kita berikan kepada negara.”

Maksud tokoh itu, jangan seperti seekor burung yang keluar pagi balik petang, sekadar mahu mengisi perut sendiri dan untuk anak-anaknya. Berfikirlah lebih daripada itu. Perjuangan lebih penting.

Jadi, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu bersemuka dengan ahli kesatuan dan beberapa guru yang terlalu ghairah memperjuangkan nasib guru, maka saya ingin mengingatkan ‘kepala-kepala’ persatuan dan kesatuan ini supaya bersedia dengan fakta dan hujah yang waras dan logik atau laras senapang mungkin akan menghala ke arah kepala anda sendiri!

Dua isu besar yang selalu dibangkitkan ialah kerja perkeranian nan remeh temeh sehingga menambah beban seorang guru, dan kedua kenaikan gred atau mata gaji yang terlalu lembap oleh guru, apabila dibandingkan dengan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

Memang isu yang pertama selalu bermain di bibir, tetapi tidak ada kes, data atau contoh yang boleh dijadikan asas kukuh untuk Kementerian Pelajaran melakukan tindakan susulan.

Kita perlu perhalusi bukti dan fakta. Kalau dikatakan kerja berlebihan, maka kerja lebih yang bagaimana, apa dan di mana? Nyatakan bukti dan skop. Lakukan analisis keperluan atau analisis jurang profesion. Kemukakan kertas lengkap kepada pejabat Menteri Pelajaran.

Apakah berlebihan seandainya seorang guru diminta membuat plan tindakan kecemerlangan pelajar kalau pelan itu boleh membantu meningkatkan prestasi sesebuah sekolah?

Kini sudah terdapat seramai 400,000 guru yang mendidik anak-anak kita di seluruh negara. Dalam setandan, ada sebiji yang rosak. Bukan semua. Kita faham benar dengan kekecewaan guru khususnya apabila isu tentang kenaikan gaji yang lembap disuarakan.

Memang benar kenaikan sebahagian besar gaji memang lembap berbanding PTD. Seorang ibu yang sudah 25 tahun menjadi guru mungkin baru menikmati mata gaji DG48, berbanding anaknya, pegawai PTD yang baru lima tahun berkhidmat sudah menikmati tangga gaji itu.

Untunglah kalangan guru yang cepat naik pangkat, kerana cepat jugalah kenaikan tangga gaji mereka. Bagi yang di bawah Khusus Untuk Penyandang (KUP) atau mengikut tempoh perkhidmatan, maka terpaksalah menunggu sehingga beranak, bercucu dan bercicit.

Tetapi perlulah juga diingatkan bahawa bagi setiap kenaikan gaji, maka ada beban tanggungjawab yang menyusulinya.

Maksudnya, mereka ini mungkin perlu diikat dengan konsep bai’ah. Pengetua dan guru besar mungkin sudah biasa dengan konsep bai’ah, tetapi belum bagi guru.Di bawah konsep bai’ah, pengetua atau guru besar membuat perakuan dan bersetuju bahawa dalam tempoh tiga tahun perlu ada peningkatan prestasi di sekolah mereka mengajar. Jika gagal, mereka mungkin ‘dipencenkan’ lebih awal.

Sekarang, guru tidak mempunyai komitmen atau akujanji terhadap pencapaian prestasi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka goyang kaki.

Memang kita faham benar akan beban kerja guru dan pada masa yang sama masyarakat menuntut guru melakukan yang terbaik untuk mendidik anak bangsa. Namun, kalau kita percaya bahawa perbuatan baik dan kerja yang ikhlas akan dibalas dengan perkara yang baik juga, maka pasti kepentingan perjuangan kita akan mengatasi habuan dunia yang sementara ini.

 

Sama samalah kita mengambil iktibar dan pedoman dari tulisan tersebut.

Sekian…

5 thoughts on “Kerjaya Guru – Jangan banyak meminta

  1. Salam..
    “Cuma kerjaya perguruan sedikit untung kerana punya masa yang terluang apabila hujung tahun. Jadi mereka boleh menganggap yang kerja keras selama ini, akan berbaloi dengan cuti yang panjang tanpa diganggu.”..

    tuh ur statement..di sini i just nk betolkan…based on my experience tgk my mom n dad yg juga guru di sekolah rendah..mereka bekerja 7 hari seminggu..even weekend…5 hari bekerja mereka bekerja dari pagi sampai malam..kerana ape…kerana extra clazz for students..ade juga extra class yang tidak berbayar untuk students2 yang kurang mampui..n hujung tahun juga sama..sehinggakan tiap kali balik kerumah musim cuti, memang susah untuk spend masa holiday wif my parents..so kalau yang mana rasa guru tuh relax ke ade masa hujung tahun ke memang SILAP BESAR…

    • noted…satu info yang sangat berguna…saya ada juga adik yang berkerjaya guru, mereka suami dan isteri…jumpa bila ada cuti panjang sahaja….tapi saya percaya dengan saudara/saudari….itulah pergorbanan guru…

  2. Salam sejahtera, coor-bussiness guru adalah MENGAJAR…tafsiran mengajar adalah dalam keadaan bersemuka dengan pelajar, mengaplikasikan pelbagai teknik2 dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yg membolehkan pelajar memahami seterusnya mengaplikasikan pula bahan yg dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. Masalah yg timbul sekarang ini ialah, jika saban waktu malahan setiap hari, guru diarah membuat perancangan akademik, laporan prestasi murid, kelas tambahan, ko-kurikulum pada waktu petang…bila pula masanya guru2 ini utk menambah baik kaedah2 dan teknik2 pengajaran dan pembelajaran? Ini lah yg dimaksudkan oleh kaum guru “terbeban” dgn kerja2 perkeranian. Ada pula saudara2 yg menyarankan, buat kerja perkeranian itu petang atau malam…masalahnya…petang guru2 menjalankan kelas tambahan, mesyuarat, bengkel, atau gerak kerja kokurikulum…malam?? tak kan x masa untuk family pula? rata2 guru2 di malaysia ini x ada pembantu rumah, so bila la pula masa nak memasak, mgemas rumah? PENGORBANAN….ya memang…rata2 guru2 di malaysia ini bnyk berkorban…dek kerana nak berkorban, kebanyakn bahan bantu mengajar, memperindah kelas, ditanggung sendiri oleh guru…jgan pula ada yg kata, guru mengajar ni….bercakap semata2….seiring dengan perkembangan zaman, guru diarahkan utk menggunakan bahan yg boleh membantu meningkatkan prestasi pelajar. contoh : nak mengajar deria rasa dalam sains…kena ada ais, air panas/suam, limau, gula, susu, kopi,,,,yg semuanya disediakan oleh guru itu sendiri. itu belum termasuk jika sekolah mengalami kerosakan mesin fotostat dan razor, maunya guru itu sendiri memperbanyak lembaran kerja yg berhelai2 di kedai fotostat pula. bayangkan…3 mata pelajaran, 12 keping darab dengan 3, 4 atau 5 kelas…dlm 1 kelas 35 org murid….nak claim RM dri sekolah? cuba buat kajian, berapa kerat sangatlah sekolah yg mampu membayar claim guru2…o ya…itu belum termasuk dengan hiasan/bahan bantu belajar utk d kelas. alas meja, langsir, tikar getah, kertas A4, kad huruf, kad gambar, laminate. Kami warga guru faham…sangat2 faham dengan erti pengorbanan….nak korban bagaimana lagi agaknya yaa….kami bukan merungut x tentu pasal tau…atau x bersyukur dgn cuti….kadang kala…yang melihat itu…hanya luaran sahaja…biarpun ada adik beradik, ibu bapa atau anak yg menjadi guru. Cuma seorang guru sahaja yang tahu, beban sebenar yg ditanggung….jadi, tolonglah…kami kaum guru, tidak akan berkata begini, x akan merungut, kalau masyarakat menghormati lebih sedikit profesion perguruan, jangan kerana anak anda diberi kerja rumah, atau tidak diberi kerja rumah, senang2 saja datang nak komplen…..guru tinggikan suara sikit sudah komplen…apatah lagi kalau guru turun tangan…hah…1 negara mengutuk guru tersebut…ingat mudah sangat ke nak membentuk manusia? alangkah baiknya jika profesion perguruan ini kembali ke zaman 70-an dan 80-an….di mana murid2 masih menghormati guru, ibu bapa pun menyanjung profesion ini….bayangkan kisah benar ini…seorang guru sedang berjumpa dengan ibu bapa yg berurusan berkaitan masalah pelajaran anaknya. oleh kerana sudah smpi waktu kelasnya, guru itu buru2 mta izin untuk ke kelas. malangnya, kelas guru itu terletak di tingkat atas, maka terlewatlah dia 1,2 minit. seorang murid di kelas tersebut baru balik dr tandas, demi melihat gurunya naik ke kelas, buru2 berlari di tangga, lalu terjatuh, kening cedera sedikit. esoknya, ibu bapa murid yg jatuh dtg sekolah bawa parang, menuduh guru itu lambat masuk kelas, mnyebabkan anaknya keluar kelas lalu cedera. malang lagi, guru besar pun x mahu menyiasat perkara itu kerana takut. akhirnya guru yg malang itu dipindahkan dr sekolah tersebut, dgn nama yg telah buruk, tanpa sempat disiasat kebenaran perkara itu…alangkah kasihannya seorang GURU

    • saya menerima banyak komen mengenai post ini, ada yang menghantar terus ke email saya. Saya menerima banyak feedback dari guru yang rata2 menjelaskan dengan lebih terperinci kerjaya guru dari sudut yang berbeza. Saya setuju dengan pendapat puan. Bahu yang memikul tidak akan sama dengan mata yang melihat. Semoga Puan akan terus bersemangat mendidik anak bangsa kita dan saya doakan yang terbaik untuk Puan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s