Berkelana di Bumi Turki – Day 2

Salam Penuh Damai….

Dengan sedikit kepayahan dan cerita disana mula menjauhkan diri, me cuba sedaya updaya untuk mencatatkan disini dan meninggalkan momen unutk diri me sendiri. Dari dulu, me memang suka bercerita dan berceloteh. Ramai kawan dan teman yang bertanya tentang perkhabaran disana. Me menyusulkan agar mereka membaca saja disini sebab semua orang akan mendapat cerita yang sama.

Tetapi untuk melengkap sebuah cerita, mengambil masa yang boleh tahan lamanya…menaip sangat mudah, tapi process memasukkan pic dan sepadan dengan cerita adalah satu proces yang lambat. Untuk me yang tidak punya banyak masa terluang dan kekangan masa, sedikit kesulitan, tapi itulah cabarannya..

 

Dan…me sambung cerita lagi…

 

Berkelana di Bumi Turki – Day 2

 

Hari ini adalah hari ISNIN.

 

Me bangun seawal jam 4.00am. Alahai….apabila bertukar masa dan cuaca, mata me tidak dapat lelap dengan sempurna. Tidur me pun asyik terjaga. Channel TV pun bukan ada yang me faham, kecuali channel CNN jer…bosan juga me menonton berita terus….

 

Seawal jam 7.30am, me turun ke restaurant untuk breakfast. Menikmati suasana pagi yang mendamaikan.  Melihat warga Turki yang berjalan kaki ke tempat  kerja. Mereka memang suka berjalan kaki. Apa tidaknya, cuaca yang sejuk dan dengan sinaran matahari membuatkan kita selesa dan tidak terasa penat.

 

Today’s schedule…

 

 

 Lokasi Pertama – Masjid Biru

Perjalanan dari Hotel ke Masjid Biru, Cuma mengambil masa 20 minit. Cuaca ketika itu adalah 7’C….mengigil juga me….

Masjid Sultan Ahmed (bahasa Turki: Sultanahmet Camii) adalah masjid bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke 1923). Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Seperti banyak masjid lain, ia mengandungi suatu kubur penemunya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. Masjid Sultan Ahmed telah menjadi salah satu dari tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul.

Masjid ini selalu dikunjungi oleh pelawat dan pelancong dari seluruh dunia.

 

 

 

Kerana kepakaran Mr Morad untuk mencilut, kami berjaya memotong barisan dan berjaya masuk ke dalam tanpa perlu beratur panjang. Me Borad menggunakan alasan yang kami dari Malaysia dan ingin bersolat sunat di masjid tersebut. Dapatlah kami meluangkan sedikit masa dengan melihat kepakaran mereka menghasilkan masjid yang indah.

Menjejakkan kami kesana dan pertama melihat masjid itu sangat unik dan memukau. Masjid itu duikunjungi oleh beribu orang setiap hari. Me terpaku dan terkesima. Perbentukan dan perbuatan dan perghasilan yang sangat indah dan unik.

 

 

Mengikut cerita Mr Borad, kononya ketika Sultan Ahmad memerintah Mehmet Agha untuk membina sebuat masjid yang indah. Baginda telah memerintah agar menara masjid itu diperbuat dari emas. Perkataan emas didalam bahasa Turki adalah “ALTIN”. Dan alkisahnya, Mehmet Agha tersalah dengar perkataan baginda Sultan dan memahami yang baginda ingin sebuah masjid yang mempunyai 6 menara. Perkataan 6 didalam bahasa Turki adalah “ALTI” dan bunyinya adalah lebih kurang sama.

 Apabila Masjid telah siap, Sultan Ahmad telah diperlihatkan hasil pembinaan masjid tersebut dan baginda amat terkejut kerana baginda tidak melihat apa yang baginda mahukan. Walaupun kecewa dengan Mehmet Agha, tetapi baginda amat terpukau dengan keindahan pembinaan masjid tersebut yang mempunyai 6 menara dan kelihatan sangat unik.

 

 

 Gambar ini me ambil masa kat belakang masjid. Ramai orang berkumpul kat sana. Mengikut cerita local guide tuh, begitulah keadaannya saban hari. 

 

LOKASI KEDUA – ISTANA TOPKAPI

Selepas selesai mengambil gambar yang cantik, kami memulakan perjalanan lagi (hanya berjalan kaki) ke tempat ke 2 iaitu Istana Topkapi, yang merupakan istana terbesar di Istanbul. Sejak 1924, istana Topkapi berubah fungsi menjadi museum. Dahulu Topkapi adalah istana tempat tinggal sultan dan merupakan pusat pemerintahan Turki pada masa lalu. Istana Topkapi merupakan bangunan khas Turki yang mempunyai taman-taman indah yang menghubungkan antara satu bangunan dengan bangunan lainnya. Taman-taman yang hijau ini dipenuhi pohon-pohon besar yang rindang. Istana yang kini menjadi museum ini menyimpan banyak hasil karya seni dan peninggalan bersejarah yang tidak ternilai harganya.

Untuk masuk ke sana, memerlukan tiket yang sudah sedia dibeli oleh Mr Borad. Kami semua melalui pengawasan yang ketat iaitu ada pemeriksaan badan dan scanner. Ini mungkin untuk mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini.

Untuk sampai ke sana, me sempat berposing dan mengambil gambar suasana sekeliling.

 

 

Ada juga me jumpa buah berangan, dan ramai yang membeli untuk merasa keunikan rasanya, dan boleh dibeli dengan harga 10Lira (dalam RM20.00)

 

Banyak perkara menarik yang kami lihat disini. Walaupun ramai pengunjung ke sini, tapi suasana terkawal dan teratur dengan kebijaksanaan para pengawal yang menjaga pintu masuk.

Inilah beberapa gambar yang sempat me ambil…sangat cantik…

 

 

 

 

 

 Terdapat beberapa momen penting yang dapat dilihat disana tetapi tidak dapat mengambil gambar.

Antaranya adalah;

  • Kisah terdahulu dizaman pemerintahan Saidina Uthman
  • Turutan pemerintah khalifah sehingga sekarang
  • Kubah Kaabah yang terdahulu juga dipamerkan disana
  • Jubah Anakanda kepada Rasullah juga dipertontonkan
  • Peralatan Nabi Agung, Muhammad juga dipamerkan seperti mangkuk makanan, quran dan sebagainya.
  • Kami juga sempat melihat tapak Nabi Muhammad
  • Kami juga melihat janggut Nabi Muhammad
  • Terdapat juga berlian besar yang dipamerkan

Ini adalah beberapa gambar bangunan yang terdapat didalam Kawasan IStana tersebut.

 

 

Kami juga dibawa ke satu bahagian Istana yang membolehkan kami nampak pemisah antara benua asia dan benua eropah…ada sungai yang memisahkan.

Kalau anda melihat peta, akan nampak permisahnya…

Kami meninggalkan Istana Topkasi dengan seribu kenangan.

Dalam perjalana ke destinasi ke tiga, kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar keadaan sekeliling.

 

 

 

 

Destinasi ke tiga – Museum Hagia Sophia

Daripada Istana Topkasi ke destinasi ke-3, kami juga berjalan kaki, hanya mengambil masa 10 minit.

Museum Hagia Sophia. Banyak ahli sejarah mengatakan bahwa Hagia Sophia dapat dinominasikan sebagai keajaiban dunia ke delapan. Hagia Sophia merupakan bangunan gereja yang dibangun oleh Konstatius pada abad ke-4. Hagia Sophia yang berasitektur Romawi terlihat dari eksterior dan interior bangunan yang mempunyai kubah besar dan megah. Di bawah kepemimpinan Sultan Mahmed Sang Penakluk, Hagia Sophia diubah fungsinya menjadi masjid. Ciri gereja pada masjid ini tidak dihilangkan. Ornamen-ornamen yang menunjukkan Hagia Sophia pernah menjadi gereja tetap terjaga, seperti terlihat pada gambar-gambar ornamen di dalam bangunan.

 


Beberapa ornamen tambahan seperti tulisan kaligrafi, mihrab dan mimbar ikut melengkapi interior bangunan yang telah berubah fungsi menjadi masjid tersebut. Bangunan yang telah berfungsi sebagai gereja selama 916 tahun dan 477 tahun sebagai masjid ini kini berubah menjadi museum di bawah rezim Ataturk.

 

Inilah antara view yang sempat saya rakam. Me berseorangan sanggup menapak ke tingkat 2 semata mata untuk melihat view yang cantik.

 

 

 

 

Kami akhiri waktu tengahari kami dengan menikmati makan tengahari disebuah restoran yang berdekatan dengan museum juga, hanya mengambil masa 10 waktu perjalananan. Waktu itu hujan renyai dan cuaca berubah menjadi sangat sejuk. Tanpa lindungan dari payung, me dan kawan kawan meneruskan perjalanan ke restoran tersebut.

 

 

 

(ini adalah sambal ikan bilis yang dibawa oleh Mr Andy…sangat sedap..dan sambal inilah yang membuat selera kami masih ada…)

 

DESTINASI KE – 4 – KEDAI MENJUAL PAKAIAN KULIT

Apabila selesai makan, kami dibawa melawat satu kilang membuat pakaian kulit di pinggiran bandaraya Instanbul. Apabila tiba disana, kami sajikan dengan pertunjukan fesyen dari model model mereka. Sangat mengujakan…

 

 

 

 

 

Selepas selesai acara pertunjukan, maca biasalah, kami dibawa ke gedung pakaian mereka untuk melihat dan seterusnya membeli koleksi mereka. Tidak dinafikan, semua barangan kulit disitu sangat cantik, tetapi juga sangat mahal. Sangat mahal…

 

 

Satu pakaian panas wanita yang me Tanya, berharga RM700.00 – RM3,000. Memandangkan kita berada di garisan khatulistiwa, jadi pakaian bergitu tidak diperlukan sangat.

 

Ada juga mereka di dalam group me yang membeli…alhamdulilah…untuk mereka..

 

 DESTINASI KE -5 – SHOPPING MALL

 

Kerana mempunyai masa yang sedikit free, kami singgah ke sebuah shopping mall untuk menanti waktu makan malam pada pukul 5.45 petang. Untuk masuk ke shopping mall  mereka, harus melalui pengawalan yang cukup ketat, seperti menempuhi kastan di airport (pengawasan yang tiada di Malaysia).

 

Kami ke sebuah café untuk menikmati coffee mereka. Rasa malas untuk berjalan, tapi waktu itu, banyak barang yang murah (mengikut kiraan duit mereka).

 

Me jumpa dengan anak kecil ini semasa menikmati coffee ini. Sangat comel dan bijak…

 

  

Selesai menjamu mata, kami dibawa ke sebuah restaurant Chinese (untuk Dinner) yang memerlukan kami naik bas. Waktu sudah hampir petang dan cuaca sejuk semakin mencengkam.

 

Inilah view semasa kami  makan …alhamdulilah..kami jumpa nasi setelah 2 hari tak makan nasi…

 

 

 

 

Kami sampai ke hotel pada jam 7.30 malam, dan selepas selesai menunaikan semua kewajipan, saya terus ZzzzzZZZZZZZZ….

 

 Kita berjumpa lagi….

 

Assalamualaikum…

2 thoughts on “Berkelana di Bumi Turki – Day 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s