PERKAHWINAN ITU SATU CABARAN

Tidak banyak yang saya tahu tentang perkahwinan apabila mengambil keputusan untuk berkahwin di usia yang terlalu muda, 20 tahun dulu. Saat itu, saya menyerahkan semuannya kepada Allah SWT. Dengan izin daripada ayah dan emak, saya manyusuri kebahagiaan. Dalam usia 20 tahun, saya meniti hari dengan seribu cabaran dan tidak putus putus mengapai kesempurnaan. Tidak lokek untuk saya mencurahkan tenaga dalam mencari kebahagian. Sudah banyak juga duri sudah saya tepis, berkarun juga awan hitam saya hembuskan ketepi, usahlah ceritalah sakitnya hati apabila berantakan dan tidak lupa kebahagiakan apabila berkasih sayang.

 

 

 

Dan pada tarikh 18 April 2012 lalu , genap sudah 20 tahun usia perkahwinan saya. Propa kalau saya katakan yang semuanya berjalan lancar. TIDAK!!! Kami mengharungi alam perkahwinan dengan penuh kesabaran dan sangat mensyukuri dengan nikmat ketahanan dan kesabaran kurniaan daripada Allah SWT.

 

Saya bersyukur dengan cahaya cinta dan kasih sayang dari suami yang tidak pernah surut. Malah kekadang, saya tidak tahu dimana harus di isikan semua cinta dan kasih sayang itu…kerana ianya tidak pernah habis.  

 

Selepas selama 20 tahun mengharungi detik bahagia dan badai yang tidak pernah surut, banyak perkara yang saya telah pelajari dengan erti sebuah perkahwinan.

 

Secara peribadi, ianya sangat SUKAR dan sangat mencabar…..

 

Semua pasangan yang melalui alam perkahwinan akan tahu apa yang saya maksudkan. Bukan senang untuk bahagia. Ketahanan MENTAL adalah sesuatu yang harus ada pada diri suami dan isteri. Bersikap positif dan merungkai kesalahan diri juga satu perkara yang harus ada pada suami/isteri.

 

Beberapa perkara yang saya selalu ambil kira apabila hati saya ingin menberontak;

 

ü  Kita datang daripada latar belakang yang berbeza. Cara didikan, cara pembesaran, persekitaran yang berlainan dan pembentukan yang berbeza. Adalah sangat benar apabila dewasa, kita mempunyai cukup akal dan fikiran yang waras, tetapi sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara dan perlakuan kita dengan pasangan kita. Kadang kadang dia akan menyakiti pasangan kita.

 

ü  Sedangkan didalam keluarga pun ada perselisihan faham dan pergaduhan. Adik beradik yang dibesarkan bersama selama bertahun tahun boleh bermasam muka, dah ada juga yang putus saudara, inikan pula suami atau isteri. Jadi kita menjadi perkara pelik kalau kita geram dengan pasangan kita

 

ü  Selalu meneliti kesalahan sendiri dan TIDAK malu untuk meminta maaf. Biarpun pasangan kita tidak pernah tahu erti meminta maaf, jangan sesekali memandangkan mereka seperti pesalah hanya kerana itu. Jangan memaksa pasangan kita menjadi apa yang kita mahu, tapi berkorban menjadi apa yang mereka mahukan.

 

ü  Berlaku jujur dengan pasangan kita.  Saya tidak pernah keluar dengan kawan perempuan dan bersantai dengan mereka. Bukan tidak boleh, tetapi saya memandang perkara itu bukanlah sangat perlu didalam mencari ketenangan. Ramai  kawan saya yang memandang remeh kepada kepercayaan suami mereka. Tetapi saya selalu percaya, setiap suami dan isteri mempunyai tahap kepercayaan mereka sendiri. Ada suami/isteri yang tidak kisah jika pasangan mereka berkaraoke bersama teman teman lelaki/wanita yang lain.  Biarpun ramai yang mengelarkan saya tidak tahu bersosial, saya tidak pernah kisah. Kepentingan suami dan anak anak adalah perkara yang paling utama.

 

ü  Tetapkan hati dan CINTA pada pasangan kita. Samada suami dan isteri adalah sama. Setiap ketika, saya bawakan mata suami saya di mana mana. Dengan itu, dengan sendiri, saya akan menjaga perlakuan dan tahu diri. Saya sangat sedih apabila melihat ramai kaum isteri yang mengkhianati pasangan mereka. Bukannya ingin menyorok atau rasa malu dengan perkara terlarang, tapi menunjuk nunjuk pula. Ada pula yang sampai ketahap melakukan dosa besar.

 

 

ü  Jangan bercakap semasa kita sedang marah. Jangan sesekali membuka mulut apabila darah naik ke kepala. Diam dan membatukan diri adalah perkara yang paling wajar. Kerana lidah lebih tajam dari pedang. Perkataan kesat yang kita katakan semasa marah akan menjadi bom yang akan meletup apabila tiba masanya. Ingatlah….berdiam bukan bererti kalah.

 

 

Tiada yang indah apabila kita bangun dari tidur, suami masih di sisi dan tidur dengan lena dan selesa. Tiada yang lebih bahagia dari itu.

 

Indah juga apabila dapat bersama sama mengecat rumah apabila tiba hari bahagia, bersama sama makan di gerai atau di restoran dan menghitung hari bahagia untuk membawa anak anak ke percutian keluarga.

 

TETAPI…..

 

Sekiranya anda dipilih Allah SWT untuk merasai keperitan bermadu atau yang seumpama dengannya, tiada nasihat dari saya. Jujurnya, saya tidak pernah merasai itu. Ramai juga kawan kawan yang menangis dibahu saya kerana kecurangan suami mereka,  apa yang saya boleh katakan adalah bersabar dan bertenang. 

 

Saya noktahkan disini untuk kali ini. Salam penuh kesempurnaan dari saya.

 

 

 

 

 

Leave a comment