Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung!!!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Sama samalah kita menghayati cerita ini…semoga kita dapat mengambil iktibar….

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

 

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

 

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

 

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

 

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

 

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

 

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

 

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, “”Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!”

 

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!

Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

 

“Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh….sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq?

Kalau adik dan abg tak nak….”

 

Pangggggggggggggggggggg….! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

 

“Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh “Razali”, tup tup lekat jadi AZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!”.

 

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

 

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

 

Advertisements

Perlakuan yang biasa berlaku di sekeliling kita

As Salam dan Salam Sejahtera,

Banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita yang biasa kita lihat dan merasakan perkara yang sama. Termasuk me yang biasa juga melihat perkara ini berlaku.

Mari kita senaraikan satu persatu ya….

Ada 10 perkara yang me selalu perhatikan…

1. Bengang konon bila kita tgk tempat parking yg kosong dah ada orang yg menunggu tanpa keretanya, booking awal, kita pun pernah buat gak

2. Kita tergelak tengok orang dalam kereta sebelah bersungguh2 menyanyi dan goyangkan badan sampai terlupa kita pun pernah gak mcm tu

3. Sakit hati apabila ada orang nak potong Q apabila jalan jam, (yang sadis, kita tak kasi potong Q, siap himpit kereta depan) tapi kita biasa nak wat cam tuh, pandai pulak kita mawah orang bila tak kasi kita peluang…hu..hu…hu….

4. Apabila naik train, bengang dengan orang yang ketawa dengan kuat dan cakap dengan kuat, tapi apabila kita melakukan perkara yang sama, kita tidak sedar, orang pun TER bengang cam tuh gak

5. Apabila kita bergurau atau mengena kan orang lain, kita akan ketawa sepuas puasnya, tapi apabila orang mengenakan kita, kita tidak boleh terima dan menuduh orang itu melampau

6. Bengang apabila mendekati kawan kawan yang rancak berbual dan bergossip, tapi kita mendekati mereka, mereka akan diam dan menukar topik perbualan.

7. Suami suka menyalah isteri apabila berlaku perkara buruk di dalam keluarga, semua tertanggung kepada isteri, walhal suamilah ketua keluarga

8. Setiap kali pilihanraya, akan banyak perkara yang dirasmikan dan masa itu juga, banyak bantuan yang di hulurkan.

9. Melihat dengan ralit dan nak terkeluar biji mata apabila ada gadis atau yang sewaktu dengannya yang memakai seksi dan menunjukkan apa yang patut disimpan

10. Hairan dengan mereka yang bawak kereta dengan perlahan, tapi tergamak berada di line lajuu…bila kita dah kasi lampu atau hon..wat bodoh jer…

Inilah ragam kita…kamu, me dan mereka2 itu…santai ya….

Apa itu twitter?

Assalamualaikum & Salam sejahtera…

Hari ini kita cakap mengenai TWITTER ya….satu laman sosial yang me sangat suka dan tertarik. Satu laman sosial yang sangat popolar dimasa kini. Semua orang bercakap pasal twitter.

Kita kenal dulu dengan Twitter…

Twitter adalah social networking dan microblogging yang membolehkan pengguna untuk menhantar dan membaca mesej sebagai tweets. Tweets adalah text-based post, iaitu pesanan kita sendiri.. seperti menulis surat sehingga 140 patah perkataan dan dipaparkan didepan muka profail seterusnya dihantar secara automatik kepada semua rangkaian yang telah dihubungkan kepada follower. Jadi secara jelasnya Twitter ni seperti blog juga, tapi dia adalah microblog.. sesuai untuk kita update sesuatu dalam kepala terus ke dalam internet dengan pantas dan ringkas.
 
Apa yang sangat jelas, Twitter sangat berguna kepada golongan artis. Melalui twitter juga, mereka akan memberitahu peminat mereka tentang perkembangan terbaru mereka.
 
Perkembangan yang dimaksudkan seperti: 
  • Apa filem/drama yang mereka lakonkan
  • Waktu saran drama lakonan mereka
  • Penjelasan tentang sesuatu gossip
  • Untuk mempopular mereka
  • kalau mereka punya business, inilah masanya untuk promosi
  • meluahkan apa yang terbuku dihati mereka 
  • menjawap pertanyaan daripada peminat dengan berbagai isu
Semua orang boleh ada twitter, seperti facebook dan blog, tetapi twitter sangat ringkas dan padat. Setiap orang yang ada account dengan twitter boleh mengikuti sebanyak mana orang lain yang dikenali sebagai following. Orang lain yang mengikuti kita pula dikenali sebagai follower.
 
Me mengambil contoh seorang artis yang terkenal di Indonesia iaitu Baim Wong…
 
 
 
Daripada sini, kita boleh lihat 2 perkara yang paling penting,
 
  • Baim Wong mempunyai pemgikut atau followers seramai 87,464 orang.
  • Baim Wong pula mengikuti 436 orang lain.

Setiap status yang diposkan oleh Baim Wong akan sampai ke timeline seramai 87,464 orang.  Semua followers beliau akan dapat mengetahui apa yang dilakukan oleh beliau…ini akan mendekatkan beliau dengan peminat dan seterusnya akan memberi kesan kepada status beliau di arena seni…

Ini pula contoh status yang diposkan oleh artis kita….

 

Inilah sahaja yang dapat me share apa yang dinamakan TWITTER…apa yang paling memberi manafaat pada kita adalah apabila kita menjadi followers kepada yang yang twitter yang penting seperti:

  • SuratKhabar (BeritaHarian, HarianMetro, The Star, Sun, AgendaDaily)
  • Orang Politik
  • Institusi Kerajaan
  • Ketua Kerajaan (PM, TPM, bla..bla..bla…)
  • Stesen Televisyen
  • Mereka yang penting dalam hidup kita

Salam Penuh Damai….

 

15 Perkara yang selalu berlaku didalam Sinetron Indonesia

As Salam….

Me percaya ramai antara kita, rakyat Malaysia yang tergila gilakan sinetron Indonesia yang sekarang ini memenuhkan siaran TV kita. Ini termasuk me yang kadang kadang tidur lewat semata mata hendak menonton sambungan sinetron yang disiarkan lewat malam.

Untuk pengetahuan kita semua, indonesia mempunyai sejumlah besar pelakon yang cantik/kacak dan berbakat besar.  Selain mempunyai bakat yang besar, mereka amat mesra peminat dengan menyapa peminat2 mereka di Twitter dan facebook, juga blackberry messanger….Me sendiri ada mengenali beberapa nama pelakon yang mempunyai nama besar disana. Malah ketika punya masa terluang, me akan google untuk mencari info tentang mereka.

Banyak sudah sinetron mereka yang me tonton. Walaupun ada karya yang bagus, ada juga yang macam sampah. Maaf jika me kata begitu kerana jalan ceritanya sangat biasa dan bersimpang siur. Me yakin ramai diluar sana yang menyokong pendapat me. Walaupun banyak sinetron mereka yang menyalin drama korea, tapi ada juga karya mereka yang asli dan menyentuh jiwa. Banyak juga air mata me tumpah kerana karya mereka.

Apa yang menbezakan sinetron mereka dengan drama bersiri kita adalah mereka membuat product separuh siap dan ditayangkan di TV mereka dan melihat rating penonton. Sekiranya selepas beberapa episod, ratingnya jatuh dan tidak tersenarai antara sinetron yang ramai penonton, mereka akan ciptanya penamat kepada sinetron tersebut. Hebat kan? Sekiranya sinetron tersebut meletup dan rating mencanak tinggi, episod akan menjadi panjang dan jalan cerita akan bertambah panjang. Pernah ada sinetron mereka yang mempunyai jumlah episod sebanyak 232 episod.

Tetapi sangat berlainan dengan drama bersiri di  Malaysia. Kita membuat product siap dan menjual kepada Stesen TV. Walaupun tidak siap sepenuhnya, tapi skrip dan jalan cerita sudah confirm dan jarang dirombak kembali, walaupun ada diubah sedikit. Dan drama bersiri kita tidak pernah ada yang mencapai siri atau episod yang banyak.

Antara sinetron Indonesia yang saya tonton (antara yang saya suka jugak):

  1. Intan
  2. Cahaya
  3. Sekar
  4. Cinta dan Anugerah
  5. Benci Bilang Cinta
  6. Sejuta Cinta Marshanda
  7. Kejora dan Bintang
  8. Putri Yang Terbuang
  9. Aqso Dan Madina
  10. Liontin

 

Ini diantara pelakon sinetron yang saya terbiasa melihat dan mengikut episod sinetron lakonan mereka di TV. Mereka ini antara barisan pelakon yang selalu sinetron mereka ditayangkan di Malaysia. Saya juga percaya yang ramai antara kita yang biasa dengan mereka dan seterusnya meminati mereka.

Dude Harlino

 Naysila Mirdad

 Baim Wong

Glenn Alinskie

Marshanda

Giovan

Rionaldo

15 Perkara yang selalu berlaku didalam Sinetron Indonesia,

  1. Hero/Heroin akan hilang ingatan dan lupa dengan kisah cinta mereka
  2. Kalau watak penjahat tu, sangat jahat dan ada yang tidak logik
  3. Kalau watak baik pulak, sangat baik sampaikan macam tiada perasaan
  4. Akan ada adegan jatuh gaung atau jatuh ke lembah
  5. Akan juga ada adegan di kuburan
  6. Akan ada adegan pesta pernikahan
  7. Si kaya dan bercinta dengan Si Miskin dan sebaliknya
  8. Cinta akan mendapat halangan dan tentangan secara habis habisan
  9. Anak yang dipelihara oleh orang lain semasa kecil
  10. Anak yang hilang semasa kecil
  11. Si Hero dan Si Heroin akan menyangka mereka adik beradik
  12. Pertukaran anak dan ibu bapa kehilanngan anak
  13. Orang yang sama membawa watak jahat
  14. 2nd Heroin/hero akan berjaya mempegaruhi si hero walaupun hero/heroin itu seorang yang berpendidikan tinggi dan kaya raya
  15. Walaupun watak hero/heroin dan confirm meninggal dunia, akan ada watak yang mempunyai wajah yang sama, dah last episod akan terbukti si hero/heroin tadi belum meninggal

(ketawa)…ini semua adalah hiburan semata mata ya…

Salam penuh ceria @ 1.55pm

 

Kisah Pilu NATRAH

Salam Kasih dan Sayang,

Sudah lama saya terpikat dengan kisah Natrah yang berlaku pada tahun 1950an dulu. Pada saya, kisah ini adalah satu kisah yang sangat menyayat hati. Sangat menyentuh perasaan. Tambah dekat dihati saya adalah kerana Che Aminah (ibu angkat Natrah adalah orang Terengganu dan kisah Natrah banyak berlaku di Kemaman.

Beberapa hari juga saya surf internet, mencari susur galur kisah Natrah ini. Dari sini, saya amat percaya dengan takdir dr Allah SWT. Inilah perkisahan yang telah membuka mata ramai pihak. Walaupun saya menyokong Che Aminah, tapi dalam masa yang sama, saya memahami apa yang dirasai oleh ibu kandung Natrah. Tapi saya ingin merakamkan ucapan tahniah kerana berusaha mempertahankan Natrah sehingga ke akhirnya. Itulah yang dinamakan takdir yang sudah tersurat.

Saya tidak ingin membalas kisah yang dianggap amat terkesan kepada kita umat islam. Tidak ingin juga mengubah sejarah. Saya banyak mendapat maklumat ini dari beberapa blog yang saya rasakan boleh berkongsi dan intipati dan faktanya juga benar.

http://onniye-occuke.blogspot.com/2010/07/sayang-si-natrah.html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_13.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Natrah

Inilah wajah Natrah yang berusia 13 tahun sewaktu peristiwa itu berlaku.

————————————————————————————————

1937 24 Mac :: Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh

Disember 1942 :: Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.

Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

15 November 1945 :: Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

1945 :: Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

September 1949 :: Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

19 Ogos 1949 :: polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman. :: Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

12 April 1950

22 Mei 1950 :: Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura

24 April 1950 :: Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura

28 April 1950 :: Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C Goho & Co.

19 Mei 1950 :: peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.

28 Julai 1950 :: Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

1 Ogos 1950 :: kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad , Siti Aisyah.

2 Disember 1950 :: Ketua Hakim mengeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.

Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

12 Disember 1950 :: Hakim menjatuhi hukuman – Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.

12 Disember 1950 :: Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950 :: Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950 :: Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’. Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.

Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?’. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952 :: Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951 :: Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 :: Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951 :: Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953 :: Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh.

25 Januari 1953 :: Surat Mansor Adabi kepada Natrah

20 Julai 1953 :: Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.

1954 :: Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

26 Januari 1956 :: Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956 :: Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

15 Februari 1957 :: Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.

20 Januari 1959 :: Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.

3 Februari 1959 :: Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

25 November 1975 :: Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru danpeguam , hidup mewah.

16 Ogos 1976 :: Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru – tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.

26 Disember 1976 :: Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976 :: Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 :: Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans – lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983 :: Natrah bercerai dengan Tom Ballermans

1984 :: Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984 :: Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga …? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.

Natrah tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
Kisah ini diabadikan dalam buku ‘Tragedi Natrah’ dan ‘Maria Hertogh riots’ di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda……

1992 :: kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.

9 Julai 2009 :: Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.

———————————————————————————————-

Dari pencarian saya di internet, ada satu nama penting yang saya jumpa iaitu Datin Fatini Yaacub. Beliau yang banyak mencari asal usul Natrah dan berjaya menjejaki Natrah dan menulis sebuah buku yang bertajuk Cinta, Rusuhan, Air Mata.

Nota Kaki….

Untuk post yang akan datang, saya akan share kan beberapa cerita atau perkisahan dari kaca mata Datin Fatini Yaacub…

Harap kita sama sama mengambil iktibar dengan apa yang telah terjadi kepada Natrah…apabila seorang ibu menyerahkan anaknya kepada orang lain yang berbeza dari semua perkara, agama, bangsa, budaya dan segalanya…

titik disini…. 😀