Cerita ini adalah cerita gembira, penuh ketawa dan banyak juga momen yang tidak boleh move on.
Group kami 7 orang, tidak ramai, kami bukan sangat karib, tapi kami rapat kerana korea yang mengabungkan kami. Korea? yes, drama korea. kami sama sama minat dengan drama korea, saling bergossip dan bercerita jika ada cerita baru. Dalam ws group tu, kami jadi diri sendiri, saling memuji actor korea yang kami minat dan saling share video yang latest or yang kelakar.
Kami biasa akan berjumpa di cafe level 5, breakfast bersama dan saling bercerita tentang gossip semasa. Tiada yang penting, tapi apabila bersama, kami rasa masa itu penting.
kami bukan teenager, bukan juga anak dara, bukan juga wanita 20an, tapi kami semua sudah sangat senior. Yes, yang paling senior adalah 48 tahun, dan paling muda adalah 32 tahun.. Usia tidak menjadi masalah kerana kami saling memahami dan tahu batas batas yang perlu kami jaga.
Ada yang sudah berkahwin, ada juga yang masih bujang. Kali ini, kami meraikan Ecah yang akan berkahwin pada 16 September di Muar.
Bride to be diraikan.. seri wajah pengantin sudah kelihatan.
Thanks semua sebab menjadikan satu hari yang sangat bahagia.
masing masing tak berkira, bawak makanan dan meriahkan meja.. kenyang dengan gelak ketawa dan gurau senda, sambil menjamu selera.
Dalam session yang bahagia itu, Ecah kena cerita bagaimana beliau bertemu bakal suaminya, bagaimana cinta itu terjalin dan cerita disebalik tabir yang buatkan kami gelak besar.
Yang senior juga memberi tip bagaiman utk menghadapi malam pertama, bagaiman utk menjadi isteri yang baik dan so on… saling berkongsi tip dan selebihnya adalah sessi kelakar spontan yang buatkan semua tidak kering gusi.
Prop pun simple but very nice…
Habis sudah cerita semalam. Masih tak boleh move on. Hehehehe
Dear Ecah,
kami tumpang bahagia dengan perkahwinan yang akan berlangsung another 10 days.
Doakan kami semoga Ecah bahagia, dirahmati Allah dan menjadi isteri yang baik.
Jangan lupa saat manis ketika dilanda badai, jangan bercakap ketika hati tengah marah, jangan bertindak melulu ketika otak tidak boleh berfungsi normal, juga jangan membuat keputusan ketika hati tidak tenang.
Jagalah maruah suami dan bertindaklah dengan izin suami.
Semoga Ecah dapat menjalani semua process itu dengan jayanya dan jangan lupa pesan kami ya… step by step..tutup lampu.. (haaa..tepokkkk)
we love you Ecah..