Apa itu twitter?

Assalamualaikum & Salam sejahtera…

Hari ini kita cakap mengenai TWITTER ya….satu laman sosial yang me sangat suka dan tertarik. Satu laman sosial yang sangat popolar dimasa kini. Semua orang bercakap pasal twitter.

Kita kenal dulu dengan Twitter…

Twitter adalah social networking dan microblogging yang membolehkan pengguna untuk menhantar dan membaca mesej sebagai tweets. Tweets adalah text-based post, iaitu pesanan kita sendiri.. seperti menulis surat sehingga 140 patah perkataan dan dipaparkan didepan muka profail seterusnya dihantar secara automatik kepada semua rangkaian yang telah dihubungkan kepada follower. Jadi secara jelasnya Twitter ni seperti blog juga, tapi dia adalah microblog.. sesuai untuk kita update sesuatu dalam kepala terus ke dalam internet dengan pantas dan ringkas.
 
Apa yang sangat jelas, Twitter sangat berguna kepada golongan artis. Melalui twitter juga, mereka akan memberitahu peminat mereka tentang perkembangan terbaru mereka.
 
Perkembangan yang dimaksudkan seperti: 
  • Apa filem/drama yang mereka lakonkan
  • Waktu saran drama lakonan mereka
  • Penjelasan tentang sesuatu gossip
  • Untuk mempopular mereka
  • kalau mereka punya business, inilah masanya untuk promosi
  • meluahkan apa yang terbuku dihati mereka 
  • menjawap pertanyaan daripada peminat dengan berbagai isu
Semua orang boleh ada twitter, seperti facebook dan blog, tetapi twitter sangat ringkas dan padat. Setiap orang yang ada account dengan twitter boleh mengikuti sebanyak mana orang lain yang dikenali sebagai following. Orang lain yang mengikuti kita pula dikenali sebagai follower.
 
Me mengambil contoh seorang artis yang terkenal di Indonesia iaitu Baim Wong…
 
 
 
Daripada sini, kita boleh lihat 2 perkara yang paling penting,
 
  • Baim Wong mempunyai pemgikut atau followers seramai 87,464 orang.
  • Baim Wong pula mengikuti 436 orang lain.

Setiap status yang diposkan oleh Baim Wong akan sampai ke timeline seramai 87,464 orang.  Semua followers beliau akan dapat mengetahui apa yang dilakukan oleh beliau…ini akan mendekatkan beliau dengan peminat dan seterusnya akan memberi kesan kepada status beliau di arena seni…

Ini pula contoh status yang diposkan oleh artis kita….

 

Inilah sahaja yang dapat me share apa yang dinamakan TWITTER…apa yang paling memberi manafaat pada kita adalah apabila kita menjadi followers kepada yang yang twitter yang penting seperti:

  • SuratKhabar (BeritaHarian, HarianMetro, The Star, Sun, AgendaDaily)
  • Orang Politik
  • Institusi Kerajaan
  • Ketua Kerajaan (PM, TPM, bla..bla..bla…)
  • Stesen Televisyen
  • Mereka yang penting dalam hidup kita

Salam Penuh Damai….

 

Advertisements

15 Perkara yang selalu berlaku didalam Sinetron Indonesia

As Salam….

Me percaya ramai antara kita, rakyat Malaysia yang tergila gilakan sinetron Indonesia yang sekarang ini memenuhkan siaran TV kita. Ini termasuk me yang kadang kadang tidur lewat semata mata hendak menonton sambungan sinetron yang disiarkan lewat malam.

Untuk pengetahuan kita semua, indonesia mempunyai sejumlah besar pelakon yang cantik/kacak dan berbakat besar.  Selain mempunyai bakat yang besar, mereka amat mesra peminat dengan menyapa peminat2 mereka di Twitter dan facebook, juga blackberry messanger….Me sendiri ada mengenali beberapa nama pelakon yang mempunyai nama besar disana. Malah ketika punya masa terluang, me akan google untuk mencari info tentang mereka.

Banyak sudah sinetron mereka yang me tonton. Walaupun ada karya yang bagus, ada juga yang macam sampah. Maaf jika me kata begitu kerana jalan ceritanya sangat biasa dan bersimpang siur. Me yakin ramai diluar sana yang menyokong pendapat me. Walaupun banyak sinetron mereka yang menyalin drama korea, tapi ada juga karya mereka yang asli dan menyentuh jiwa. Banyak juga air mata me tumpah kerana karya mereka.

Apa yang menbezakan sinetron mereka dengan drama bersiri kita adalah mereka membuat product separuh siap dan ditayangkan di TV mereka dan melihat rating penonton. Sekiranya selepas beberapa episod, ratingnya jatuh dan tidak tersenarai antara sinetron yang ramai penonton, mereka akan ciptanya penamat kepada sinetron tersebut. Hebat kan? Sekiranya sinetron tersebut meletup dan rating mencanak tinggi, episod akan menjadi panjang dan jalan cerita akan bertambah panjang. Pernah ada sinetron mereka yang mempunyai jumlah episod sebanyak 232 episod.

Tetapi sangat berlainan dengan drama bersiri di  Malaysia. Kita membuat product siap dan menjual kepada Stesen TV. Walaupun tidak siap sepenuhnya, tapi skrip dan jalan cerita sudah confirm dan jarang dirombak kembali, walaupun ada diubah sedikit. Dan drama bersiri kita tidak pernah ada yang mencapai siri atau episod yang banyak.

Antara sinetron Indonesia yang saya tonton (antara yang saya suka jugak):

  1. Intan
  2. Cahaya
  3. Sekar
  4. Cinta dan Anugerah
  5. Benci Bilang Cinta
  6. Sejuta Cinta Marshanda
  7. Kejora dan Bintang
  8. Putri Yang Terbuang
  9. Aqso Dan Madina
  10. Liontin

 

Ini diantara pelakon sinetron yang saya terbiasa melihat dan mengikut episod sinetron lakonan mereka di TV. Mereka ini antara barisan pelakon yang selalu sinetron mereka ditayangkan di Malaysia. Saya juga percaya yang ramai antara kita yang biasa dengan mereka dan seterusnya meminati mereka.

Dude Harlino

 Naysila Mirdad

 Baim Wong

Glenn Alinskie

Marshanda

Giovan

Rionaldo

15 Perkara yang selalu berlaku didalam Sinetron Indonesia,

  1. Hero/Heroin akan hilang ingatan dan lupa dengan kisah cinta mereka
  2. Kalau watak penjahat tu, sangat jahat dan ada yang tidak logik
  3. Kalau watak baik pulak, sangat baik sampaikan macam tiada perasaan
  4. Akan ada adegan jatuh gaung atau jatuh ke lembah
  5. Akan juga ada adegan di kuburan
  6. Akan ada adegan pesta pernikahan
  7. Si kaya dan bercinta dengan Si Miskin dan sebaliknya
  8. Cinta akan mendapat halangan dan tentangan secara habis habisan
  9. Anak yang dipelihara oleh orang lain semasa kecil
  10. Anak yang hilang semasa kecil
  11. Si Hero dan Si Heroin akan menyangka mereka adik beradik
  12. Pertukaran anak dan ibu bapa kehilanngan anak
  13. Orang yang sama membawa watak jahat
  14. 2nd Heroin/hero akan berjaya mempegaruhi si hero walaupun hero/heroin itu seorang yang berpendidikan tinggi dan kaya raya
  15. Walaupun watak hero/heroin dan confirm meninggal dunia, akan ada watak yang mempunyai wajah yang sama, dah last episod akan terbukti si hero/heroin tadi belum meninggal

(ketawa)…ini semua adalah hiburan semata mata ya…

Salam penuh ceria @ 1.55pm

 

Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan

As Salam,

Sudah lama me mencari senikata lagu ini. Amat Puitis sekali……

Lagu hasil tulisan lirik Lukhman S ini amat menyentuh jiwa. Memberi gambaran yang sangat jelas tentang perasaan amarah dan kecewa dengan seseorang yang tidak pernah surut, sampaikan mendengar nama pun menjadi beban yang amat berat.  Tertutup sudah pintu hati dek kerana kisah silam yang amat menyentuh jiwa dan penuh dengan kepahitan dan amat menghiris perasaan. Umpama dengan pinggan yang retak tidak elok untuk hidangan.

 
Elly Mazlein (Azmeer / Lukhman S)

Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan

Tak sanggupku berdepan
Tak ingin memandang
Tergambar kepahitan semalam
Terhiris perasaan
Ku pernah dibiarkan
Tiada khabar yang kau kirimkan

Pinggan untuk perhiasan rupanya pecah di tepi
Tidak elok andainya dibuat hidangan
Apa pula kata tetamu yang datang
Itulah umpama kisah silam
Usah diungkit sengaja dibesarkan
Demi menutup kesilapanmu
Demi memohon kemaafanku

Tertutup sudah pintu hatiku
Tak usah engkau memujuk rayu
Biarpun berpisah nyawa dan badan
Sudah bersumpah tidak berdepan

Mendengar namamu bagai memikul beban
Mendidihlah kemarahan yang terpendam
Itu belum lagi kita berdepan
Lebihlah elok jika dibiarkan
Kemarahanku reda sendiri
Usah ditambah bara yang tersimpan

Walaupun berbagai rencana engkau lakukan
Sedikit pun tidak melembutkan hati
Malah makin tebal kebenciaanku
Serta marahku tiada berkesudahan
Biarlah aku menanggung sendiri
Segala dosa kerana membencimu

Nota Kaki,

Me mengalami sesuatu yang amat serupa dengan lirik ini. Persahabatan yang sememangnya me harapkan sampai ke akhir hayat, tapi berkubur di tengah jalan. Mungkin me terlalu mengikut hati sampaikan mendengar namanya juga menjadi satu beban yang amat berat. Bukan tidak ramai sahabat lain yang ingin mendamaikan me, tapi pintu hati me tertutup sangat rapat. Bukan tiada maaf lagi, tapi me lebih suka biarkan masa yang menentukan apa yang akan terjadi pada masa hadapan.

Me juga amat redha dengan semua ketentuan Allah SWT. Allah Maha mengerahui, Allah SWT juga sangat sangat Arif tentang apa yang terbaik untuk me.  Biarkan amarah me sejuk sendiri dan me juga biarkan peraturan alam yang menentukan hala tuju persahabatan me. Kalaupun peraturan alam mengatakan me tidak akan berbaikd dengan mereka2 itu sampai akhir hayat me, me redha…..

Maaf, me mungkin bersalah tapi me tidak boleh terima apa yang terjadi. Me juga bukan berlagak bagus, tapi me senantiasa menjadi yang lebih baik dari hari ke hari. Me juga bukan perasan me tidak boleh ditegur, tapi me marah kerana teguran itu adalah dibelakang me. Dan mereka2 yang lain menyampaikan pada me. Jadi..begitulah….dunia selalu berpusing, ada sejuk dan panas, ada manis dan masin dan bermacam macam kejadian.

Salam penuh damai @ 1.43pm

 
 
  

 

Mengenal Diri atau Tahu Diri….

Salam….

Anda kenal siapa diri anda?

Bagaimana perlakuan anda?

Bagaimana perangai anda? 

Apa kata teman anda mengenai anda?

Bagaimana anda menghadapi kemarahan?

Atau anda seorang yang suka menjaga tepi kain orang lain?

Dan semestinya anda tidak suka orang mengambil tahu hal anda?

Atau anda tahu yang anda salah, tapi anda marah apabila ada orang menegur anda?

Pernahkan anda cemburu pada orang lain yang tidak cantik, tapi mempunyai kelebihan dari anda?

Bagaimana anda menghadapi amarah apabila mereka yang anda sayang mengata anda?

Bagaimana anda menghadapi amarah apabila mereka yang anda sayang mengutuk anda?

Walhal anda rasa anda sudah cukup baik dengan mereka?

Adakah anda seorang yang suka mengungkit kebaikan anda kepada orang lain?

Adakah anda merasa anda yang paling bagus atau perasan bagus?

Adakah anda merasakan yang anda boleh hidup tanpa teman2 yang rapat?

Bagaimana anda menghadapi situasi apabila anda berkawan dengan mereka yang tidak sama taraf pemikiran dengan anda?

Bagaimana pula dengan anda apabila mempunyai adik adik yang tidak mempedulikan anda?

———————————————————————————————

Saya sangat percaya yang kita semua menghadapi situasi ini setiap hari atau detik. Saya juga percaya yang ramai diantara kita yang sangat payah untuk mengnoktahkan persoalan ini……sudah lama saya teringin untuk mengupas persoalan ini. Nanti nanti ya….dah pukul 2pm…harus sambung kerja….

Salam Penuh Kasih Sayang….

Tolong Ingatkan Aku

Salam….ini antara lirik lagu yang paling me suka. Bait bait puisinya sangat puitis….kekadang kita terlupa siapa kita, dan kalau ada orang yang tolong ingatkan kita tentang keberadaan kita…

Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa ditebus hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku
kisah kita

Nota Kaki..semoga kita semua jauh dari sifat lupa diri dan jangan pernah “panas” apabila ada mereka mereka yang akan ingtakan kita. Amin
 

Koleksi Photo dari DSLR Canon ku…

Salam…..

Apa khabar teman2 me yang budiman….

Hari ini kita citer pasal camera. Me percaya ramai orang suka dengan camera….ha..ha…me memang sangat teruja bila berjaya memiliki camera Canon EOS 1000D DSLR Kit 18-55mm lebih kurang setahun yang lalu. Walaupun rasanya dah lama bergantung dileher me, masih lagi belajar untuk mendapatkan shoot yang terbaik. Masih lagi membelek2 dan belajar….

Inilah rupa camera me..yang banyak berjasa…

Apa yang me beli adalah sangat basic….nantilah…ada juga angan angan nak besarkan dan beratkan camera tuh…doakan eh….

Ini antara pic me yang paling me suka sangat….

 

 

jom…jom…nasi lemak and teh tarik…

ha..ha…ha….licin..sehingga menjilat sudu…

inilah yang kami soru masa kami melawat Cameran Highlands…masa tu sejuk mengigil….hujan lak….

Limau suam satu!!!!!………………SIAP………….

yummy…..

Kita noktah disini untuk kali ini….nnati kita share lagi eh….

titik @ 09.30pm