19 Tahun yang mencabar…

Dear Catatanku….

Dalam mencari kedamaian, me melalui berbagai bagai dugaan. Bermacam macam. Ada ketika, me penat sangat…ada ketikanya, me semangat untuk menghadapi semuanya. Suatu ketika dulu, me pernah menyatakan pada diri me, kenapa susah sangat untuk mencapai kegembiraan, kenapa culas sangat untuk berada didalam ketenangan. Kenapa susah sangat untuk mengapai kebahagian.

Tapi me ucapkan tahniah pada diri me kerana mampu mengharungi alam perkahwinan selama hampir 19 tahun pada 18 April yang akan datang. Kadang2 me bersyukur kerana me dan hubby me selalu tabah didalam mengharungi liku2 perkahwinan. Dan ketabahan itu akan me kekalkan untuk selamanya.

Kalau ditanya bagaimana me mempertahankannya selama 19 tahun, jawapannya “AMAT MENCABAR DAN PERLUKAN KESABARAN YANG TINGGI”.  Ramai kawan kawan me gagal didalam mempertahankan perkahwinan mereka. Mereka di uji dengan berbagai bagai ujian getir. Walaupun ada yang sudah tersirat dengan untung nasib seseorang dengan wujudnya Qada & Qadar, tapi me percaya dengan semangat yang keinginan yang kuat untuk mempertahankan sebuah perkahwinan adalah kunci yang paling utama.

Me tidak nafikan anak anak adalah perangsang yang paling utama pada me dan hubby. Walaupun apa2 pun rasa tidak puas hati atau sakit hati, wajah anak anak adalah penawar yang paling mujarab. Mereka banyak melenturkan rasa marah me dan menambahkan rasa sabar me. Begitu juga dengan hubby me, dia banyak bersabar dengan kerenah me seperti mana me bersabar dengan kerenah dia. Kami sama sama cuba untuk memahami hati masing masing sampailah sekarang.

Bukan mudah untuk 2 orang yang dibesarkan dengan cara yang berbeza, dengan minat yang berlainan, dengan pendapat dan pandangan yang berbeza, dengan citarasa yang tidak sama, dengan sudut pandang yang sangat berlainan untuk hidup bersama dan berkongsi segala galanya.

Dari dilihat dari sudut persamaan, me langsung tidak ada persamaan dengan hubby me. Sangat sangat tidak sama. Tapi me banyak belajar apa yang dia suka dan tidak suka dan me jadikan landasan untuk me memahani dia. Seorang pernah berkata yang jangan harapkan orang akan berubah untuk kita, tapi kita harus berubah untuk berada sama tahap dengan dia. Bila me bercakap pasal tahap, bukanlah bermaksud kasta atau kaya dan miskin, tapi lebih kepada cara berfikir. Cara kita berfikir akan membuatkan kita kan menerima dia seadanya.

Me bukan seorang isteri yang sempurna. Me banyak berdosa dengan hubby me. Tapi yang harus me puji dengan diri me adalah me tidak pernah pernah menduakan hubby me dan tidak pernah menyimpan perasaan kepada orang lain.  Me tak nak cakap besar, itu semua kuasa Allah SWT. me tak tahu apa yang akan berlaku esok. Tapi me telah bersatu hati dengan jiwa dan perasaan me yang me tidak akan berbuat perkara begitu. Kalau ditakdirkan Allah jodoh me tak panjang, me akan pastikan itu bukan alasannya. Dan siang dan malam me berdoa agar tetapkan hati me dan me akan berjodoh dengan hubby me sampai ke akhir hayat me…

Me juga selalu berpesan kepada hubby me agar selalu jujur dengan me. Kalau seandainya suatu masa nanti, ada cinta baru yang melekat dihatinya, usahlah berahsia dengan me. Kalau me tahu dari awal, mungkin me boleh berbuat sesuatu yang akan mengembirakan hubby me. Me selalu merasa me tidak sempurna dan hubby me berhak untuk mencari kesempurnaan. Me tidak mahu hubby me tidak bahagia. Kalau ada perkara yang membahagiakan dia, me akan usahakan untuk itu.

Me tidak pernah menghalang hubby me dari berjumpa dengan kawan kawan dia. Minum teh dikedai mamak dan memancing dengan rakan2 yang mempunyai minat dengan dia, me setuju sajer…itu  sebab bukan perkara utama untuk menjadi punca perbahasan.

Me selelalu cuba sedaya upaya untuk selalu memberikan kesenangan kepada orang lain, bukan sahaja hubby me malah semua orang yang me kenal. Berbuat baik kepada orang lain akan melegakan kita.

Didalam menjalani kehidupan seharian, me tidak pernah berangan sesuatu yang diluar kemampuan me dan hubby me. Tidak tidak pernah berangan memiliki rumah besar atau kereta besar kalau itu bukan kemampuan me. Me hidup didalam keadaan bersederhana kerana itu akan menjamin kebahagian me. Me juga tidak pernah ingin berpakaian cantik dan mahal mahal kalau itu juga akan membeban me.

Me dan hubby cuba menipiskan kadar hutang dengan seberapa nipis yang boleh. Me tidak memiliki credit card, me juga tiada apa apa yang disebut sebagai hutang yang akan membebankan. Cuma me dan hubby ada kereta dan rumah yang sememangkan harus berhutang kalau ingin memiliki sebab me bukan orang yang banyak duit untuk membeli secara cash.

Harapan me semoga apa yang me cita citakan tercapai. Me ingin merakamkan ucapan tahniah pada diri sendiri kerana berjaya mengharungi 19 Tahun yang penuh mencabar. Selama ini me berjaya menepis semua dugaan dan angin  dan anasir jahat yang datang. Semoga kebahagian itu akan berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Salam penuh damai  @ 06/01/2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s