Isteri Itu Punya Kekasih Gelap….

Salam….

Menjalani kehidupan dizaman yang penuh dengan cabaran, ramai manusia yang tersasar dari jalan yang sebenarnya. Ramai juga yang indin mencuba tetapi terperangkap dengan keinginan sendiri. Ramai juga yang mengaku menjalani hidup dengan cara moden dan hanya untuk melepaskan kesunyian. Ramai juga yang kasihan dengan orang itu dan sekadar ingin mendengar masalahnya…

Alhamdulilah….aku masih teguh dengan semua dugaan Allah. Aku juga masih memandang DOSA yang amat besar sekiranya pekara perkara itu berlaku.

Sebagai seorang yang pemikir, aku tidak akan sekali kali menunding jari kepada isteri isteri diluar sana. Dari sudut lain, aku cuba untuk memahami apa yang mereka rasa. Walaupun aku bukan sesiapa2 dan aku tidak  akan bisa merubah dunia, aku jadikan semua kemungkaran ini sebagai pendinding untuk aku menjadi lebih baik dari hari semalam. Siang dan malam, aku berdoa kepada Allah, jadilah aku seorang isteri yang taat kepada suami. Jadilah aku seorang hamba Allah yang tahu batas batas pergaulan dan apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan sebagai seorang isteri.

Aku boleh dikatakan beruntung kerana setiap masa suamiku akan mengingatkan aku tentang batas batas aku sebagai seorang isteri.  Tentang perlunya aku menjaga airmuka suami dan tentang pandangan orang lain sekiranya isteri berkelakuan seperti tidak sepatutnya. Setiap masa juga, aku merasakan mata suamiku ada dimana mana memerhatikan setiap perlakuanku. Setiap masa juga, aku tidak akan lupa untuk meletakkan maruah suami adalah perkara yang paling utama yanh harus aku jaga.

Apabila aku melihat perkara mungkar dihadapan mata atau melalui penceritaan dari mulut ke mulut, perkara pertama yang aku fikirkan adalah “kesian suami dia” , “adakah suaminya tahu” atau “kenapalah dia kena buat macam tu…”. Itu perkara spontan yang aku akan fikirkan. Mungkin aku tidak tahu yang suaminya juga sama sepertinya, ada perempuan simpanan atau suami kaki pukul, tapi aku tidak melihat si isteri mempunyai kekasih gelap adalah jalan pemyelesaian.

Aku bukan Ustazah yang tahu bacakan dalil dan nas nas dari AlQuran untuk mereka mereka ini.  Tapi semua orang berakal tahu yang perbuatan ini adalah BERDOSA.

Akhir2 ini, kita banyak membaca akhbar yang menceritakan derita suami berhadapan dengan isteri curang. Dunia memang sudah terbalik, sudah berpusing. Kalau dulu, di Mahkamah penuh dengan kes kes isteri yang meminta cerai kerana tidak rela dimadukan, TETAPI sekarang keadaan sudah terbalik. Suami pula yang pergi ke Mahkamah Syariah untuk memohon menceraikan isteri kerana tidak tahan dengan kecurangan isterinya.

Semua orang yang beragama islam didunia ini tahu yang Allah itu Maha Mengetahui. Allah SWT juga Maha Merancang. Tapi kita jangan salahkan takdir untuk semua perkara mungkar yang kita lakukan kerana Allah mengurniakan akal kepada kita untuk berfikir. Akal lah yang membezakan Manusia dan Binatang. Itu juga semua orang tahu.

Untuk mereka mereka yang masih bergelar isteri orang tetapi mempunyai kekasih gelap, pulanglah ke pangkal jalan. Ingatlah DOSA dari kesan perbuatan anda sendiri. Kita juga tahu yang banyak pembalasan yang Allah SWT tunjukkan didunia nyata. Sudah banyak contoh dan cerita yang kita dengar yang kita semua tahu kebenaran cerita tersebut.

Sebenarnya syurga disediakan untuk mereka yang berjaya, dan orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengalahkan nafsu dan mengatasi ujian hidup.

Dosa laksana soalan hidup yang kita kena jawab. Jawapan pula kena ikut skrip al-Quran dan hadis, manakala pemeriksa amalan di akhirat nanti ialah Allah Yang Maha Adil.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang telah takdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Surah Al-Mulk ayat 2)

Sebab kalau sudah memang kebaikan yang kita buat tentu hati kita sudah terisi dengan makruf dan kalau hati sudah terisi dengan kebaikan bagaimana pula mungkar boleh masuk?

Tulisan ini bukan mahu menuduh sesiapa, tetapi mahu mengajak kita sama-sama bermuhasabah berkenaan waktu terluang dan peluang yang sangat banyak untuk kita lakukan ketaatan.

Benarlah firman Allah yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah Al-‘Asr ayat 1-3).

Ada banyak cara untuk kita hindari dosa dan maksiat di kesempatan terbatas ini marilah kita berprinsip, bermati-matian untuk menjauhi dosa.

Selama ini kita banyak bermain-main dalam menjauhi dosa dan maksiat, banyak main dalam beribadat dan taat kepada perintah Allah. Bermati-matianlah dalam bersolat, bermati-matian dalam berdakwah, bermati-matian dalam berzikir dan bermati matian dalam mencari cinta Allah serta mengamalkan sunnah Rasul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s