Apa kata saya – Khairul Fahmi vs Elia

Salam Penuh Hormat dan Selamat Berpuasa

 

Saya tertarik dengan kisah yang menimpa mereka.  Di waktu usia yang masaih muda, mereka melalui tempoh sukar, yang boleh memberi kesan yang berpanjangan kepada hati dan jiwa mereka.

Ini adalah komen saya di blog http://beautifulnara.com/saya-bersyukur-diberi-ujian-sebegini

Dari mula lagi, saya dah nampak yang hubungan mereka tidak akan kemana. Bukan ada buruk sangka atau ada perasaan lain, tapi sebenarnya usia mereka yang terlalu muda. Pada usia 22 tahun, kaum lelaki belum betul2 menikmati apa yang dinamakan kenikmatan hidup. Apatah lagi si jejaka itu adalah terkenal dan menjadi kaguman seluruh rakyat Malaysia. Saya tidak terkejut dengan berita yang Elia dimadukan oleh Apek. Kalau dia tidak cari perempuan, akan ramai perempuan yang akan datang pada dia.

Cuma selera dia pada perempuan yang BEGITU, yang kita sedikit sedih…

Pastinya ramai mereka2 disekeliling APEK yang tidak akan membiarkan dia mempunyai tali yang bakal mengikat dia. Kerana masa depan dia masih panjang dan masih jauh.

Perkara ini tidak salah sesiapa. Tapi saya tabik spring dengan ketabahan dan kecekapan Elia dalam “handle’ apa yang dinamakan MASALAH. Walaupun ada seribu cerita buruk yang dia ada, tapi dia memilih untuk SIMPAN dan zip kemas2.

Tapi apabila Apek memutuskan pertunangan menggunakan perkidmatan surat kabar, itulah yang melambangkan keperibadian sebenar Apek. Saya percaya, Elia pasti terpukul dan malu besar dengan tindakan itu. Putuskan ikatan suci dengan surat Khabar?

Sudahlah…memang itu adalah petunjuk dari Allah SWT. Bagaimana sebenarnya kebusukan dia. Elia mmg bertuah kerana mendapat petunjuk awal dari DIA. Ada pasangan lain yang berkahwin bertahun2, barulah tahu kebusukan pasangan anda.

Untuk Elia, belajarlah bersungguh2, jadi lah insan yang berjaya dan berpelajaran. Jangan jadi insan yang berjaya, tapi tidak berpelajaran.

Wassalam

 

Dari peristiwa ini, kita semua banyak belajar dengan warna kehidupan. Banyak pengajaran yang kita sama sama boleh ambil sebagai ikhtibar.  Satu perkara yang patut disyukuri oleh Elia adalah Allah SWT telah membuka jalan dan menerangi apa yang gelap. Elia patut sujud syukur. Biarlah Elia menangis dan meraung sekarang, sebelum apa apa yang lebih besar terjadi, daripada menangis semasa sudah mempunyai anak dan harta pencarian bersama.

Saya percaya yang mereka berdua mempunyai salah dan silap. Kesilapan yang paling ketara adalah bertunang di usia yang terlalu muda. Di usia 22 tahun, belum ramai lelaki yang sanggup memikul tanggungjawab dan diikat oleh sang isteri. Sudahlah Si Tunang mempunyai jutaan peminat dan menjadi igauan sang gadis. Kalaupun si tunang bukan spesis yang melayan perempuan, mungkin perempuan dan gadis gadis akan datang kepadanya. Mungkin yang datang bukan seorang, mungkin ramai. Dan saya percaya yang datang itu jauh lebih moden dan lebih gedik dan mengoda. Apatah sangat dengan Khairul Fahmi, sedangkan yang alim pun boleh tergoda.

Banyak sejarah dan cerita yang menyatakan tentang sifat buaya darat mereka yang terkenal. Bukan saja dari sukan, tapi dari semua platfrom kemasyuran. Mereka terdedah dengan perkara bagitu.

Tetapi sebagai seorang ibu yang mempunyai anak gadis, saya sangat kecewa dengan tindakan KF memutuskan pertunangan dengan memgunakan media massa. Sebelum itu, sudah kecur air liur orang mengata dan mengossip beliau mempunyai orang lain. Apa yang KF harus ingat adalah dunia ini tidak besar mana. Beliau juga orang terkenal, jadi “lu fikirlah sendiri”.  Apa salahnya minta tolong keluarga untuk berjumpa dengan keluarga Elia, dan berbincang apa yang perlu.

Saya percaya yang KF sudah berserabut dan tidak dapat bertahan dengan tekanan yang diberikan oleh Elia. Sebab itulah dia memberi kata penamat. Selesaikan semua. Yang lain, biar keluarga yang fikirkan. Sangat senang kan?

Semua orang percaya dengan Qada dan Qadar dan pembalasan daripada Allah SWT. Allah Maha Mengetahui apa yang DIA lakukan. Insyaallah…kalau panjang umur, KF dan Elia akan merasa yang sebaliknya.

Saya percaya yang pembalasan kepada Elia adalah mendapat seseorang yang baik dan boleh membimbing Elia ke jalan yang lebih baik dan diredai Allah. Itulah yang sebaik baiknya.

Yang baik itu datang dari Allah, dan yang tidak baik itu datang dari saya. Wassalam