Cerita Tentang Seorang Ibu…

Salam….

Setiap orang dimuka bumi Allah ini akan punya IBU. Seorang insan yang dipilih oleh Allah untuk menjadi ibu kita. Beliau mengandungkan kita, membesarkan dan menjadikan kita seorang yang solehah.

Disini, aku sangat teruja untuk berkongsi cerita mengenai  insan yang dipilih oleh Allah untuk menjadi ibuku. Ingat pilihan Allah itu kepanggil EMAK.  Emakku sangat istimewa. Allah kurniakan emakku hati emas, seorang yang sanggup berkorban jiwa dan raga didalam membahagiakan orang lain. Kalau ku ceritakan secara terperinci dan semua kisah emakku, berhari hari pun tidak akan habis.

Melahirkan 9 orang anak dan membesarkan anak anak  didalam suasana yang sangat daif, amat menguji kemampuan emak. Getir yang emak rasa telah bermula sejak dulu..dulu dulu lagi. Kerana ingin memberi laluan kepada adik adiknya, emak tidak pernah ke sekolah. Tidak pernah. Emak harus mengambil tugasan nenek untuk menguruskan adik adiknya. Aku sesekali tidak boleh terima apabila 3 orang adik beradik emak dapat membaca dengan baik. Tapi emakku….BUTA HURUF….sampai hati nenekku melatari emak begitu. Sampai bila2 pun, aku sendiri tidak akan lupa apa yang arwah nenek buat pada emakku.

Emak berjodoh denga ayah semasa berstatus balu (arwah suami pertamanya meninggal kerana sakit) dan ayah pula duda. Peristiwa ini berlaku 45 tahun dulu. Emak berasal dari Manir, Terengganu manakala ayah berasal dari Besut, Terengganu. Alhamdulilah, perkahwinan itu berkekalan hingga kini.

Perkahwinan itu melahirkan kami 9 orang adik beradik. Dengan keadaan ayah yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, kami hidup didalam suasana yang amat daif. Selepas menumpang dirumah nenek di kampung, ayah mengambil keputusan untuk menerokai tanah hutan di Kampung Sungai Ara, Ajil….kami dibawa bersama. Pada masa itu, hanya kami 5 beradik saya yang ada. Yang lain belum dilahirkan lagi.

Disitulah kesusahan yang sebenarnya bermula. Kami bersama sama berusaha untuk hidup dan tidak pernah menyusahkan orang lain. Aku sendiri banyak mengambil tempat ibu membesarkan adik adik, manakala emakolong ayah mengusahakan kebun dan bercucuk tanam. Berbagai bagai tanaman yang ayah dan ibu usahakan.

Emak sangat tabah didalam membesarkan kami adik beradik. Walaupun tidak tahu membaca, emak akan sematkan didalam bebelannya yang anak anak harus menjadi manusia yang berguna, harus menjadi pandai, harus itu dan ini.  Tapi aku hanya berada dekat dengan emak sampai umur 12tahun, sebab selepas itu aku memasuki asrama.

Dulu rumah kami tiada TV dan radio. Emak akan menjadi penghiburlara kami. Emak akan bercerita berbagai bagai hikayat. Aku sendiri masih ingat lagi tentang hikayat Awang Pemalas, 

Hikayat Kuda Putih, Hikayat Putera Bunian dan berbagai cerita lagi. Walaupun emak memperdengarkan cerita yang sama, kami adik beradik tidak pernah jemu. Dalam masa itu juga, emak akan menyanyikan lagu buat kami. Ada satu lagu yang membuatkan aku tersentuh hati hingga kini.

Semasa menidurkan kami, emak akan menyanyikan satu lagu yang sangat merdu. Aku tidak pernah bertanya dimana emak mendapat lagu itu, tetapi apa yang aku sematkan dan percaya yang lagu itu rekaan emak sendiri. Ini kerana aku sendiri tidak pernah mendengar sesiapa yang pernah menyanyikan lagu tersebut. Malah kami adik beradik menghafal lagu tersebut kerana kekerapan ibu mendendangkannya.

Apabila ku berkahwin dan suamiku pula mengemar lagu lagu lama, aku terkesima. Selepas berpuluh puluh tahun aku hidup, aku mendengar lagu yang emak nyanyikan berkumandang di radio. Menitis air mata ku ketika itu. Emak mendendangkan dengan penuh merdu untuk anak anaknya. Baru aku tahu, lagu tersebut memang terkenal dizaman 60an. Sangat terkenal……Emak, anakmu ini sangat bangga denganmu, sangat bangga. Emak membuatkan kami terhibur dengan nyanyi merdu emak. Emak berjaya mencipta dunia kita sendiri. Dunia yang tiada orang lain. Hanya ayah, emak dan anak anak emak.

Ini lah bait bait senikata lagu tersebut;

Kalau tuan pandai menyurat,
Suratkan saya di kertas biru;
Kalau tuan pandai mengubat,
Ubatkan saja hati yang rindu.

Emak sorang yang penyabar dan tertimbang rasa didalam semua perkara. Emak selalu berusaha untuk menjaga kesemua hati anak anaknya. Walau ada diantara anak anaknya yang melukakan hatinya, emak akan cuba untuk berfikiran positif dan mengambil langkah berdiam diri.

Walaupun ada diantara adik adikku yang menentang kata kata emak, tapi akhirnya semuanya pulang kepangkuan emak. Dan mereka tidak akan pernah bertemu dengan ibu sebaik emak. Emak menerima kesalahan anak anak dengan hati yang terbuka dan selalu memberi peluang kepada anak anak untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Disini disenarai anak anak emak yang menjadi kerinduan selalu.

  1. Muhammad Ali Bin Harun
  2. Siti Fatimah Binti Harun – berkahwin
  3. Muhammad Napiah Bin Harun
  4. Siti Zaliha Binti Harun – berkahwin
  5. Muhammad Afiffin Bin Harun – berkahwin
  6. Siti Rohani Binti Harun – just married
  7. Siti Zubaidah Binti Harun – berkahwin
  8. Muhammad Amir Shah Ariff  Bin Harun
  9. Siti Hajar Shazwani Binti Harun

Disebabkan oleh emak buta huruf, adikku telah settingkan speeddail di telefon gengam emak. Speeddail “1” untuk anak pertama dan seterusnya sehingga anak kesembilan. Itu amat menyenangkan emak.

Perselisihan faham antara aku dengan emak tidak dapat di elakkan. Tapi perkara perkara yang tidak menyenangkan akan berlalu dengan cepat dan sebagai anak, aku tidak pernah malu untuk menghulurkan kata maaf kepada emak.

Ini adalah momen indah semasa perkahwinan adikku, Siti Rohani. Emak ada dibelakang dengan senyum melebar seperti anak anak dan cucunya.  Alhamdulilah….semua aman dan damai.

Mak, ingin sekali kami meminjam kecekalan dan kesabaran emak didalam membesarkan anak anak dan mempertahankan keutuhan rumahtangga. Mak doakan ya…doakan kami menjadi cekal dan tabah seperti mak…

Catatan seorang anak, @ kediamanku @ 7.08 mlm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s