Bonda Mertuaku

Salam….

Setiap wanita yang telah berkahwin, pasti mempunyai bonda mertua. Begitu juga dengan me. Berkahwin dengan anak sulung, pastinya mencetuskan satu pengalaman baru pada diri me, iaitu 18 tahun dulu.

Me juga tidak ketinggalan mempunyai kesukaran untuk memahami bonda mertua.  Apatah lagi me berkahwin dengan anaknya yang sulung. walau apa juga dugaan, me tidak pernah terlintas untuk berputus asa.

Me selalu berusaha dan mencuba sedaya upaya untuk memasuki budaya mereka. Me selalu ingat pesan emak me yang berbunyi;

” Jangan pernah kita berharap agar orang akan berubah kerana kita, tapi  kita harus berubah untuk orang itu, sekiranya ganjarannya adalah kebahagian dan kedamaian. Belajar untuk mengajar hati kita agar selalu menjadi baik dan yang penting selalu berbaik sangka”

 

Kata kata itu selalu me sematkan di dalam hati dan me selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik untuknya. Usaha itu berbaloi kerana me dan anak anak amat selesa dengan bonda mertua. Me selalu mendapat layanan yang amat baik dan yang penting, me tidak kekok untuk bercakap dan berbicara.

Apa yang boleh me gambarkan Bonda Mertua me adalah ;

  • Seorang yang sangat sensitif dengan keadaan sekeliling
  • Sangat menyayangi anak anak
  • Selalu berusaha untuk berlaku adil dengan semua anak anak dan cucunya
  • Sangat memahami permasalahan anak anak
  • Cukup pandai menjaga hati menantu menantu
  • Tidak banyak bercakap perkara yang menyakitkan hati dan membuatkan tetamu selesa dengan beliau
  • Banyak lagi …

Ini adalah gambar yang me ambil semasa Bonda Mertua dan kami bersama sama menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Mak Mbong di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Dari gambar ini, boleh mengambarkan kebahagian kami.

Bonda Mertua me…..

Me dan 2 orang anak me bersama wan mereka.

Me and anak me, Siti Nur Ain Fatiha

Menantu dan Mertua….Temban dan Kurus

Anak Lelaki, Muhammad Shafiq bersama Wan nya……

Semoga keutuhan dan kesefahaman antara keluarga mertua akan berkekalan sampai bila bila. Me tidak mengharapkan intan dan berlian, cuma selalu berdoa agar semuanya akan kekal normal.

Wasalam…

@ kediaman me, 09.31pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s