Cerekarama : Karma Salina

Salam…

Saya pasti ramai yang menonton drama Karma Salina arahan pengarah tersohor Erma Fatima. Banyak drama arahan beliau yang saya kagumi. Walaupun tidak punya banyak masa untuk menonton TV, tapi saya tidak akan sekali kali melepaskan peluang untuk menonton drama arahannya. Memandangkan TV3 tiada siaran ulangan seperti Astro, mahu atau tidak, saya harus menonton.

Saya bukanlah pakar untuk mengkritik drama seperti penulis tersohor, tapi apa yang saya akan tulis adalah bahagian dari rasa saya sebagai seorang ibu kepada remaja seperti yang digambarkan didalam drama tersebut.

Ini adalah sinopsis drama KARMA SALINA;

Rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada Salina termasuklah Nora Asyikin, peguam yang menerajui Biro Tata Syariah. Nora Asyikin tekad untuk memperjuangkan nasib wanita mengikut hukuman Allah. Ketika Nora mengunjungi keluarga Salina, Intan datang dan menyerahkan surat yang diberikan Salina sebelum dia dijatuhkan hukuman. Barulah mereka mengetahui Salina sebenarnya redha dengan hukuman itu lantaran rasa berdosanya terhadap ibu bapanya, cintanya yang mendalam terhadap Afkar hingga mengizinkan dirinya dianiya oleh suaminya dan menjadi pembunuh. Nora Asyikin tetap membela kematian Salina dan akhirnya masyarakat mula memahami mengapa Salina mati di tali gantung dan betapa mulianya pengorbanan Salina.

 

Kalau anda menonton drama terdahulu mengenai nasib Salina yang menerima hukuman gantung kerana membunuh suami, anda akan teruja untuk menonton drama ini.

Saya sangat tertarik dengan watak seorang ibu yang berusaha untuk menjadi ibu yang baik. Tetapi tanpa didikan agama yang sempurna dan tanpa bantuan daru suaminya, sang ibu gagal didalam menjadikan anak2 seorang anak yang solehah dan taat kepada keluarga dan agama. Sang ibu mempunyai 2 orang anak yang sedang meningkat remaja. Seorang remaja perempuan (masih bersekolah menengah) yang terpengaruh dengan rakan2nya dan seorang remaja lelaki (masih bersekolah menengah) yang suka mencuri. Mereka berdua beradik adalah pakar dalam menipu ibu mereka dan suka ponteng sekolah.

Watak ibu lakonan Sofea Jane amat berkesan. Tekanan yang dihadapi dek kerenah anak anak dan suaminya yang suka menyalahkan amat meruntum jiwa. Sang ibu berada didalam keadaan cemas setiap hari. Beliau sangat takut dengan suaminya yang akan memarahinya sekiranya berlaku perkara buruk kepada anak anaknya dan risau dengan anak anaknya yang kerap pulang lambat dan ponteng sekolah.

Adegan dimana beliau merayu pada anak2 agar jangan keluar dari rumah amat menyentuh jiwa. Sang ibu merayu rayu agar jangan tinggalkan beliau keseorangan dirumah tapi tidak diendahkan oleh anak anaknya malah sang ibu ditengking dan diherdik oleh anak derhaka itu.

Itulah adegan yang banyak terjadi di dunia realiti. Anak anak zaman sekarang sudah tidak tahu menghormati ibu bapa. Mereka bukannya mencari idea bagaimana untuk membahagiakan ibubapa, tapi otak tidak berhenti berfikir bagaimana untuk menipu keluarga didalam melaksanakan agenda mereka.

Lakonan Sang Ibu sangat dekat dengan kita sebagai seorang ibu. Kesedihan, kerisauan dan ketakutannya seolah olah menusuk dan berpadu dengan jiwa saya. Bukan senang untuk membesarkan anak anak dizaman dunia sekarang. Dunia tanpa sempadan. Dunia yang menjanjikan seribu jalan untuk melangkah ke arah kesesatan dan kejahatan.

Saya menitis air mata apabila melihat sang ibu dihalau oleh suaminya hanya kerana mengajak sang suami ke Balai Polis untuk melapurkan kehilangan anak perempuannya. Sang suami yang sememangnya bermasalah telah membalingkan pakaian sang isteri dan anak lelakinya dan menolaknya keluar dari rumah.

Tapi alhamdulilah, Pengarah Erma Fatima telah menunjukkan jalan kepada sang ibu untuk ke Mahkamah Syariah apabila mempunyai masalah dengan suami dan bertemu pula dengan seorang peguam wanita yang sangat serius dalam usaha menuntut keadilan untuk wanita yang dianiaya oleh suami.

Peguam tersebut telah menempatkan Sang Ibu di rumah perlindungan dan diberi nasihat dan jalan keluar dari masalah. Walaupun anaknya dijumpai mati dibunuh dan sang ibu hampir bunuh diri, beliau akhirnya bangun dr kegagalan dan tabah untuk terus hidup. Ini terbukti apabila beliau masih boleh bertenang apabila melihat suaminya datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada anaknya. Suaminya dipenjara 2 tahun kerana terlibat dengan rasuah.

Saya perpendapat yang sokongan suami adalah amat penting didalam membina keluarga yang bahagia dan sempurna. Jangan saling menyalahi diantara satu sama lain sekiranya berlaku sesuatu yang tidak baik dan buruk. Bersama sama membetulkan kesilapan adalah satu langkah yang bijak. Tugas mendidik anak anak bukan dibahu isteri sahaja. Merujuk kepada AlQuran dan jangan tinggal solat adalah amat penting. Sedari kecil, mereka harus dibasuh dengan perkara yang berkaitan dengan dosa dan pahala.

Saya amat berharap agar saya sendiri bisa menjadi ibu yang solehah dan mampu berdiri teguh dan bertenang sekiranya sesuatu yang tidak baik berlaku. Allah tidak akan berhenti menguji kita kerana Allah sayang kepada kita. Amin

@ 24/11/2010, d office

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s