Kerjaya Guru – Jangan banyak meminta

 Salam….

Alhamdulilah kerana kerajaan telah membuka mata mereka tentang kepayahan dan kesukaran pendidik yang melalui perbagai cabaran didalam mendidik anak anak bangsa kita. Saya amat tahu kerana ramai mereka yang saya sayangi menjadi guru.

Guru adalah bukan kerjaya yang senang. Dari menyiapkan semua persiapan mengajar sehingga ke perkara perkara yang kecil, mereka harus melakukan tanpa alasan. Belum lagi dengan pelajar pelajar yang bermasalah dan harus menyelesaikan masalah pelajar. Belum lagi majlis majlis persekolahan. Belum juga kelas tambahan dan study group dengan pelajar untuk kecemerlangan pelajar.

Cuma kerjaya perguruan sedikit untung kerana punya masa yang terluang apabila hujung tahun. Jadi mereka boleh menganggap yang kerja keras selama ini, akan berbaloi dengan cuti yang panjang tanpa diganggu.

Jadi me sangat tidak bersetuju apabila guru guru ini merungut dengan beban kerja mereka tanpa mengingati dengan kesenangan yang mereka dapat.

Mereka harus mula belajar cara untuk menerima dan berfikir dengan positif….agar kehidupan harian akan menjadi senang dan berjalan lancar. Tiada keuntungan apabila mereka selalu bersungut dan melakukan tindakan harian dengan penuh emosi.

 

Apabila memperkatakan tentang GURU, saya sangat tertarik dengan petikan dibawah ini. Petikan ini saya ambil dari Utusan Malaysia yang bertarikh 20 March 2010.

Tulisan oleh Saudara Wahid Hashim.

 

SAYA mencemburui guru muda kerana gaji permulaan mereka sekarang berada dalam ranking ketiga selepas doktor dan jurutera awam. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2,500 hingga RM2,700 – termasuk beberapa elaun – maka gaji pokok mereka sebenarnya mengatasi sebahagian besar pendapatan eksekutif syarikat swasta.

Kalau di pedalaman, mereka cuci kaki kerana kerajaan menyediakan rumah, televisyen katil tilam, dapur, malah khabarnya set televisyen dan ‘mangkuk’ Astro di bumbung! Bukan itu sahaja, guru juga ada elaun khas, dengan jumlahnya bergantung kepada tafsiran pedalaman tempat mereka mengajar.

Memang mereka bekerja keras. Tetapi, seribu satu pengumuman tentang kenaikan, elaun, kebajikan, kemuliaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan guru sepatutnya telah meletakkan profesion itu pada tahap yang sepatutnya sekarang.

Seperti kata Abraham Lincoln: ”Jangan fikir apa yang negara boleh beri kepada kita, tetapi fikirkanlah apa sumbangan yang boleh kita berikan kepada negara.”

Maksud tokoh itu, jangan seperti seekor burung yang keluar pagi balik petang, sekadar mahu mengisi perut sendiri dan untuk anak-anaknya. Berfikirlah lebih daripada itu. Perjuangan lebih penting.

Jadi, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu bersemuka dengan ahli kesatuan dan beberapa guru yang terlalu ghairah memperjuangkan nasib guru, maka saya ingin mengingatkan ‘kepala-kepala’ persatuan dan kesatuan ini supaya bersedia dengan fakta dan hujah yang waras dan logik atau laras senapang mungkin akan menghala ke arah kepala anda sendiri!

Dua isu besar yang selalu dibangkitkan ialah kerja perkeranian nan remeh temeh sehingga menambah beban seorang guru, dan kedua kenaikan gred atau mata gaji yang terlalu lembap oleh guru, apabila dibandingkan dengan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

Memang isu yang pertama selalu bermain di bibir, tetapi tidak ada kes, data atau contoh yang boleh dijadikan asas kukuh untuk Kementerian Pelajaran melakukan tindakan susulan.

Kita perlu perhalusi bukti dan fakta. Kalau dikatakan kerja berlebihan, maka kerja lebih yang bagaimana, apa dan di mana? Nyatakan bukti dan skop. Lakukan analisis keperluan atau analisis jurang profesion. Kemukakan kertas lengkap kepada pejabat Menteri Pelajaran.

Apakah berlebihan seandainya seorang guru diminta membuat plan tindakan kecemerlangan pelajar kalau pelan itu boleh membantu meningkatkan prestasi sesebuah sekolah?

Kini sudah terdapat seramai 400,000 guru yang mendidik anak-anak kita di seluruh negara. Dalam setandan, ada sebiji yang rosak. Bukan semua. Kita faham benar dengan kekecewaan guru khususnya apabila isu tentang kenaikan gaji yang lembap disuarakan.

Memang benar kenaikan sebahagian besar gaji memang lembap berbanding PTD. Seorang ibu yang sudah 25 tahun menjadi guru mungkin baru menikmati mata gaji DG48, berbanding anaknya, pegawai PTD yang baru lima tahun berkhidmat sudah menikmati tangga gaji itu.

Untunglah kalangan guru yang cepat naik pangkat, kerana cepat jugalah kenaikan tangga gaji mereka. Bagi yang di bawah Khusus Untuk Penyandang (KUP) atau mengikut tempoh perkhidmatan, maka terpaksalah menunggu sehingga beranak, bercucu dan bercicit.

Tetapi perlulah juga diingatkan bahawa bagi setiap kenaikan gaji, maka ada beban tanggungjawab yang menyusulinya.

Maksudnya, mereka ini mungkin perlu diikat dengan konsep bai’ah. Pengetua dan guru besar mungkin sudah biasa dengan konsep bai’ah, tetapi belum bagi guru.Di bawah konsep bai’ah, pengetua atau guru besar membuat perakuan dan bersetuju bahawa dalam tempoh tiga tahun perlu ada peningkatan prestasi di sekolah mereka mengajar. Jika gagal, mereka mungkin ‘dipencenkan’ lebih awal.

Sekarang, guru tidak mempunyai komitmen atau akujanji terhadap pencapaian prestasi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka goyang kaki.

Memang kita faham benar akan beban kerja guru dan pada masa yang sama masyarakat menuntut guru melakukan yang terbaik untuk mendidik anak bangsa. Namun, kalau kita percaya bahawa perbuatan baik dan kerja yang ikhlas akan dibalas dengan perkara yang baik juga, maka pasti kepentingan perjuangan kita akan mengatasi habuan dunia yang sementara ini.

 

Sama samalah kita mengambil iktibar dan pedoman dari tulisan tersebut.

Sekian…

Berkelana di Bumi Turki – Day 1

Salam….

Alhamdulilah……bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana punya waktu terluang sedikit untuk melakarkan catatan perjalanan ke Negara Turki….

Ini adalah impian me sejak dulu….teringin sangat untuk mengabadikan satu cerita tentang perjalanan me….menceritakan suka dan duka dan pandangan peribadi me tentang sesuatu tempat itu.

Perjalanan ke Bumi Turki – DAY 1

Hari itu hari Sabtu…

Hari itu juga, suami me tidak berkerja dan anak anak juga tidak bersekolah….Mereka bangun seawal jam 5.00am untuk menghantar me ke KLIA. Mengikut Mr Andy dari Mayflower, me harus ada di KLIA pada jam 8.30am….

Rasa berat hati mula singgah di hati kecil me…apabila melihat suami dan anak anak yang tidak henti memesan pada me agar pandai jaga diri dan jangan lupakan mereka. Airmata me bergenang….ntah kenapa timbul rasa tidak sedap hati.

Tapi me tabahkan hati..kerana peluang ke sana tidak akan datang lagi. Itu me sangat pasti….Hubby me dan anak anak cuma hantar pintu masuk, tanpa singgah ke dalam kerana parking tiada. Selepas mengucapkan selamat tinggal , me menyorong luggage sendirian ke dalam.

Tidak susah untuk mencari Mr Andy kerana beliau telah menghubungi me dan memberitahu tentang tempat untuk berkumpul. Semua registration dan luggage diuruskan oleh Mayflower, me hanya menunggu dengan sabar.

Apabila semua orang didalam group telah sampai, kami masuk ke dalam. Pertama kali me akan duduk dalam flight selama 11 jam (lebih kurang).

Dari KL —— Doha – 11.5 jam

Doha —- Instanbul – 4.5 jam

(Jumlah – 16 jam)

Pandangan peribadi me tengan QATAR Airlines

(Tiada bahasa yang lebih baik….semua cabin crew nya sangat cantik dan mesra. Senyuman mereka tidak lekang dibibir. Sangat membantu dan berjiwa menolong. Mereka datang dari perbagai Negara. Uniform mereka juga sangat menutup aurat. Tidak seksi dan manis pada pandangan mata me. Berseluar panjang dan blaus…apabila mula fly, mereka menyarung kot yang berwarna biru muda. Tahniah kerana mereka berjaya membuat me selesa)

Sesiapa yang pernah melalui perjalanan yang jauh, apabila bersempitan di dalam kapal yang terbang, macam dalam bas express juga. Cuma disetiap seat, ada monitor yang kita boleh menonton movie dan mendengar lagu. Semua movie dari serata dunia dan lagu juga dari perbagai bahasa. Cuma dari dr Malaysia aje yang kurang dan movie dari Malaysia cuma ada CICAKMAN the Movie.

 

Macam yang me agakkan, me tak boleh tidur….tapi bersyukur kerana di monitor itu, me jumpa alunan AlQuran yang membolehkan me tidur walaupun sekejap. Dapatlah me tidur 2 jam sebelum mereka kejutkan untuk makan.

Selepas makan, me bersedia untuk melihat movie. Ha..ha..ha…kerana pengaruh Korean yang begitu kuat, jadi dengan senang hati, me menekan monitor dan mencari apa yang sesuai dengan jiwa me.

Alhamdulilah…me jumpa juga….

MAN FROM NO WHERE…

 

 Kami sampai ke Doha pada jam 6.45ptg (waktu Malaysia) / 12.45pm (Waktu Qatar)

Kami tidak sempat untuk meneroka Airport Doha kerana sesampai kesana, flight ke Instanbul dan sedia menunggu. Tapi sempat melihat tiada pun pokok yang tumbuh di sana, Cuma padang pasir. Me pernah melihat kemajuan dan kemodenan Doha Airport di Internet. Sangat mengagumkan dan alhamdulilah….kerana kerajaan mereka punya akal yang sangat bijak.   Apabila kami mula terbang dari Doha ke Instanbul, kami masih menggunakan Qatar Airlines tapi kali ini dengan kapal terbang yang lebih kecil. Cuma 3 + 3 sahaja tempat duduknya. Kali ini jiwa me sedikit tenang….

Me dapat duduk ditepi tingkap. Dapatlah me melihat view Doha Airport. Sangat first class…ala ala tersusun gitu….

Kali ini me tengok movie lagi…kali ini dari Philippines….cerita yang menarik juga….

 

Hidangan dari Doha ke Instanbul…

 

Satu pengalamam baru bagi me apabila sampai ke negara empat musim. Apabila di malaysia, keadaan awan dari atas sangat berlainan dengan keadaan awan di sana. Me sempat ambil gambar dari atas. Masa nak landed pun, kapal terbang sempat bergegar sebab melanggar awan. Sangat menyeramkan sampai ada orang yang termenjerit….tapi alhamdulilah….

 

 Alhamdulilah seklai lagi….tepat jam 7.30pm waktu Instanbul, kami sampai ke sana. Wahhhh….angin sejuk yang menghempus menusuk ke tulang. Kami semua ketawa apabila bercakap pasal cuaca yang sejuk…Sangat berlainan dengan Malaysia….

   

Disinilah bermula cerita tentang bumi Turkey….bumi yang sangat istimewa.

 Aktiviti pertama kami apabila stop di sebuah Restoran untuk menikmati makan malam.

Ha..ha..ha..ha…ada NASI tauuuuuu…….(walaupun sangat sedikit dan sedikit berminyak)

 

Boleh tahanlah rasa makanan disana…walaupun banyak berbeza dengan kita, tapi untuk 6 hari yang akan datang, kenalah ikut cara pemakanan mereka.  Bukan masalah yang besar pun kan…. 🙂

Inilah keadaan di restoran yang sempat me ambil gambar.

 

Cuaca kat Instanbul sangat sejuk – dalam 3’C…..Mengigil juga kami….

Selepas makan, bas membawa kami ke Kota Instanbul. Kebetulan kami sampai pada malam minggu. Sangat ramai warga Turki yang keluar bersiar siar. Local Guide kami yang bernama Mr Borad berceloteh sambil memceritakan perihal Turki dan Bandar Instanbul.

Apa yang diberitahu oleh Mr Borad sangat mengejutkan saya secara peribadi…apa yang saya expect terdapat dibumi Turki sangat meleset. Tiada seorang pun pada malam itu yang saya jumpa bertudung atau berpakaian seperti muslim sejati.

Dan polisi negara mereka membenarkan meminum  arak dikhalayak ramai dan menerima budaya gay dengan seikhlas hati. Kedai2 disana boleh menjual arak kepada mereka yang beragama islam tanpa dikenakan tindakan undang2.

Jadi, inilah yang dinamakan ISLAM Sekular. Tradisi kuat sekularisme di Turki bermula sejak seabad yang lepas. Republik Turki adalah sebuah negara sekular sejak 1937 di bawah ideologi Kemalis dan pembaharuan Ataturk. Walaupun masih banyak penduduknya yang patuh pada ajaran Islam, negara ini tidak mempunyai agama rasmi ataupun mempromosikan mana-mana agama, dan ia secara aktif memantau kegiatan keagamaan.

Untuk  sampai ke Taksim (seperti Bukit Bintang di Malaysia), bas yang membawa kami melalui satu jambatan yang tidak beberapa panjang. Terdapat ramai orang memancing disitu. Walaupun pada waktu itu jam sudah menunjukkan jam 8.30pm, sangat ramai warga Turki yang sanggup menahan cuaca sejuk  untuk mendapat nikmat memancing. According to Mr Borad, ikan pun boleh tahan banyak.

Apabila melalui Bandar Taksim, sangat ramai warga Turki yang keluar mencari hiburan. Menurut Mr Borad, malam minggu adalah malam untuk mereka keluar dating, minum dan ke disko. Jangan terkejut yang Taksim dipenuhi oleh anak anak muda Turki yang mencari hiburan.

Akhirnya kami sampai ke Hotel Crystal yang terletak di tengah2 bandar. Apa yang berada di benak me adalah TIDUR. Hampir 14 jam berada di awan, me sangat penat dan sangat ingin berehat.

Apabila Mr Andy membahagikan kunci, me tiada rakan kongsi dibilik dan berseorangan. Alangkah selesanya rasa sebab me bebas…tidak perlu bercakap dan berborak, hanya bercakap dengan angin dan bermimpi hubby dan anak anak me.

Inilah rupa bilik me…. 

 

 Sesiapa yang pernah sampai ke mana mana selain dari Malaysia, voltan adalah berbeza. Me telah menyiapkan semuanya agar camera dan blackberry me masih boleh disentuh dan dibelai….

 

 Disebabkan oleh masa yang berbeza dengan Malaysia, me tidak dapat pejam mata dengan rapat..tapi dapatlah me berehat.

Kita sambung cerita lagi ya….

Salam paling manis….

Lambaian Bumi Turki

Salam…..

Apabila mendapat perkahabaran akan mengikuti pergembaraan ke Turki, me sangat sangatlah teruja….Apatah lagi apabila mendapat lampu hijau daripada suami me….

Seminggu sebelum me berangkat, me google tentang sejarah Turki. Apa yang me tahu, Turki adalah Negara yang mengamalkan ajaran sekular….. Walaupun banyak membaca tentang Turki, me membayangkan negara Turki  dan begini. Apabila sudah dicanang sebagai Negara Islam, me masih membayangkan yang me akan berjumpa dengan mereka yang berjubah tapi dengan cara yang moden dan sekular….

Seminggu sebelum ke sana juga, Mr Anday from MayFlower menghubungi me untuk brief tentang perkara perkara yang perlu dibawa dan peringatan tentang cuaca yang tidak sama dengan Malaysia.

Mr Andy banyak mengingatkan me tentang cuaca disana yang sejuk….agar membawa baju panas yang sesuai dengan cuaca disana.

  

Good thing from MayFlower….semua perkara dicatatkan sebagai perkara perkara penting yang harus diambil berat….

 Ini jadual perjalanan kami…. 

 

Ini adalah itinerary kami masa gi sana…. 

  

Insyaalla…kalau punya waktu dan diizinkan Allah, akan me catatkan semua perjalanan me ke sana dengan satu persatu….apa perkara yang me belajar dan buruk dan baiknya.

Tapi selepas balik dari Turki, apa yang rasakan adalah,

“Utk pertama kali, sy rasa sgt bersyukur dilahirkan di Malaysia dan sebagai muslim. Agama islam sebagai agama rasmi dan mempaktiskan ajaran islam, azan boleh di laungkan bila² masa, dan muslim dilarang minum arak dan berjudi..ada negara islam lain yg muslim meminum arak dijalanan dan hanya 0.01% wanitanya bertudung. Azan juga tidak kedengaran wlpn masjidnya gah dan indah..syukran..”

– catatanctie-

Sejarah Bumi Turki

Salam Penuh Damai….

Rasanya sudah lama me tinggalkan catatanctie ini. Kerana jauh perjalanan dan tidak punya cukup waktu, me tiada kesempatan untuk mengemaskininya.

Tapi hari ini me akan menceritakan tentang sebuah negara yang indah dan ditakdirkan punya rakyat yang kacak dan cantik iaitu Turki. Berkesempatan sampai ke sana dengan izin Allah, me akan menceritakan apa yang terjadi sepanjang perjalanan me ke sana. Ada yang baik, dan tentunya ada yang buruk. Tiada negara yang sempurna disini, dan me mengangap perjalanan me kesana lebih mendekatkan me dengan Allah SWT.

Terimakasih kepada suami me yang mengizinkan me kesana, dan anak anak yang memahami dan tentunya mereka yang memberi kesempatan emas ini.

———————————————————————————————————————

Ok…ini sejarah negara TURKEY….

 

 Ini merupakan negara dua benua. Sekitar 95 persen dari wilayah seluas 780.580 km2 ini berada di Asia, selebihnya masuk ke kawasan Eropah. Di Instanbul adalah pemisah kepada 2 benua tersebut. Selatan Asia dan Selatan Eropah adalah tertemu di Instanbul.

 

Ada yang percaya  bangsa Hittiti yang menjadi penduduk pertama di kawasan ini, berasal dari Eropah. Dugaan yang lebih popular memperkisahkan orang Hittiti berasal dari Asia Tengah. Namun demikian, dalam banyak hal Turki lebih berkiblat ke Barat dibandingkan mengadaptasi sosio-politik dan kebudayaan Timur dari Asia.


Memasuki tahun pertama Masehi, wilayah Turki yang saat itu bernama Kerajaan Bizantium memang dikuasai Romawi selama empat abad. Kekuasaan Romawi dijatuhkan kaum Barbar. Pada masa inilah ibukota kerajaan dipindahkan dari Roma ke Konstantinopel (sekarang Istambul). Pada abad ke-12 Bizantium jatuh ke dalam kekuasaan Kerajaan Ottoman yang dipimpin Raja Osman I. Inilah masa keemasan Turki Ottoman.


Pada masa inilah pemerintahan Turki Ottoman memperoleh pengaruh Islam yang kuat. Bahkan sepeninggal Khulafaur Rasyiddin, Turki menjadi Khilafah Islamiyah di bawah dinasti Utsmaniyah. Wilayahnya meliputi jazirah Arab, Balkan, Hongaria hingga kawasan Afrika Utara. Namun kekhalifahan itu hancur akibat perebutan kekuasaan di dalam yang melibatkan intervensi sejumlah negara asing.


Bermula dari perlawanan terhadap campur tangan asing yang dipimpin Musthofa Kemal, aksi perjuangan berubah menjadi penentangan terhadap kekuasaan Khalifah. Moment kehancuran Khilafah Islamiyah sendiri terjadi saat rakyat Turki melalui wakil-wakilnya mengeluarkan Piagam Nasional (Al Mitsaq Al Wathoni). Sejak itu, Turki menjadi sebuah negara tersendiri, terpisah dari wilayah-wilayah yang dulu merupakan kesatuan Khilafah Islamiyah. Khalifah Abdul Majid yang terakhir berkuasa, terusir ke luar Turki.


Pada 1923, disepakatilah berdirinya negara Turki dengan wilayah wilayah seperti sekarang. Laut Hitam di utara; Irak, Suriah dan Laut Tengah di selatan; Laut Aegea di barat dan Iran serta Rusia di timur. Negara republik dengan ibukota Ankara itu, pertama kali dipimpin oleh Musthofa Kemal.

 

 Ia melakukan modernisasi besar-besaran dengan berkiblat ke Barat. Ia mengganti penggunaan huruf Arab dengan Latin, poligami dilarang dan wanita diberi kebebasan yang sama dengan lelaki.  Kemal pun beroleh gelar Bapak Bangsa Turki (Attaturk) sehingga dikenal sebagai Kemal Attaturk.

 

Mustafa Kemal Atatürk (12 Mac 188110 November 1938) atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.

Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia I. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentera Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.

Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi “Kemalisme”. Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara.

———————————————————————————————————————————-

Untuk post yang akan datang, me akan mencatatkan perjalanan me ke sana. Semua me akan catatkan tanpa meninggalkan satu ayat pun.

Semoga menjadi pedoman dan hidayat kepada kita, sebagai muslim….

Bersyukur kepada Allah @ Office @ 1.45pm

Touching Story

Salam…

Seorang teman baik menghantar email pada me dengan bersertakan kisah ini. Sangat menyentuh perasaan dan menginsafkan….

Mari kita bersama sama menghayatinya…

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.


Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

 

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja  yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.


Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya.

 

Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t ida k berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.


Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.


Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.


“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”


Dia terkejut dan wajahnya berubah.


“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya


“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”


” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”


Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,

“Maafkan cikgu, …….”


Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Nota Kaki….

 Bila kita didalam kesusahan, ingatlah ada orang lain yang lebih susah dari kita…

 Salam dari me @ 01 April 2011

Kenapa Korean Drama!!!????

Salam….

Me suka dengan drama korea??? Suka tak???  Ha..ha..ha…tanpa rasa malu dan segan, dan dengan bangganya me nak cakap yang me suka dengan drama Korean tahap raban. Dikelilingi dengan kawan kawan yang memang  :hantu” juga, menjadikan hobi me lebih advance. Banyak dah drama Korea yang me tonton dan Hayati. Banyak juga masa me habis dan tidak terkecuali bnayak juga air mata me tumpah.

Satu perkara yang me dapat dari drama korea adalah cara kasih sayang yang dipamerkan. Kasih sayang antara ibu dan anak, anak dan keluarga, yang muda dan yang tua, antara adik beradik dan tentunya kasih sayang antara suami dan isteri. Cara mereka mengambarkan kasih sayang itu sangat unik. Me terpegun dengan budaya mereka dan bagaimana mereka membawa diri.  

Drama korea pertama yang me tonton adalah WINTER SONATA. Masa tu tahun 2000, di TV3. Kalau tak silap me, semua orang tengok drama tu….masa tu excited giler. Siap surf internet nak tahu kesudahan dan synopsis. Memang jadi fenomena pada masa itu.  Pada me, WINTER SONATA masih menjadi lagenda dalam hidup me. Drama yang sangat menyentuh perasaan.

Antara drama Korean yang telah me layan,

 Summer Scent – happy ending

Antara drama yang me suka…lagu dr drama ni sangat menyentuh perasaan. walaupun kita tak pernah faham bahasa mereka, tapi apabila sampai ke halwa telinga, masih enak dan menghiburkan…

Stairway to Heaven – Sad Ending

Drama ni pernah disiarkan di TV3 dan channel korean di Astro….

Me suka juga dengan drama ni…

Spring Waltz

Ini juga sangat menyentuh perasaan. Lagunya juga menyentuh jiwa. Hampir kesemua lagunya sedap dan menghiburkan

 

Only You…Thanks tu Yana sebab kasi pinjam CD nya ….

 

 

My Name is Kim Sam Soon

Ada satu lagu dari drama ni yang sangat me suka….

(sapa yang baru nak berjinak2, me rekomen citer nih…)

My Girl – Thanks Juga kat Yana yang kasi pinjam DVDnya….

Semua lagu didlm drama ni me boleh layan…

 

Mr Good Bye – Sad Ending

Jalan citernya sangat menyentuh perasaan. Logik dan lain dari yang lain.

mengisahkan seorang lelaki yang menderma spermanya ke Tabung Sperma Negara dan sperma telah dibeli oleh kawannya sendiri (tanpa mengetahuinya). Dan ceritanya bermula disitu. walaupun yang membeli sperma itu bukan heroin dalam drama ni, tapi …………..

 

Love Story in harvard

 

LOVERS

Ini antara citer yang paling me suka…citer gangstar yang jatuh cinta dengan seorang doktor. Sangat menghiburkan dan romantik.

 

Goong

 

FullHouse…..

semua orang tahu pasal citer nih kot…semua lagunya juga sedap..suka dengan rain dan heroin tuh…sepadan…

 

 Coffee Prince

 Boy Before Flower

A Love to Kill

 

Winter Sonata

mmmmm…..me sangat inlove dengan drama nih…sampai sekarang…

Sangat berterimakasih pada kawan kawan yang menjadi teman dan tempat untuk me share dan saling meminjam DVD nya….

Thanks to Yana, Wani & Wawa yang sangat update pasal drama korea ni.

Ada beberapa drama yang masih belum ada masa nak tengok

  1. Biscuit Teacher
  2. Secret Garden
  3. Marry me Marry
  4. I am Sam

 

Kalau ada masa, nnti me akan mengulas setiap drama.

Salam Damai & 2.00pm