Suatu hari di Kolam Memancing – D’Kali

Salam….

Memancing memang menjadi hobi hubby me sejak dulu. Sejak dulu dulu lagi….Hobi yang tidak pernah me bangkang. Walaupun me tidak beberapa berkenan sebab melihatkan masa yang panjang dan duit yang boleh tahan banyak, tapi me tidak pernah menghalang kalau itu yang membuatkan hubby me bahagia.

Ha..ha..ha…mmg memancing itu selalu membuatkan dia bahagia. Walaupun tinggalkan me beradu berseorangan, hubby me tidak pernah rasa bersalah (he..he..he…) malah tiada panggilan untuk mengulit tidur me. Tapi saat yang paling enak adalah apabila bangun pagi, me akan bukan SI SEJUK didapur untuk menlihat hasil tangkapan hubby me. Jangan terkejut kalau ada si ikan rohu yang sangat gemuk dan sihat.

Slot ini adalah istimewa untuk me didalam tujuan untuk menghuraikan perasan isteri2 apabila mengikuti suami2 berpergian ke kolam memancing. Kebetulan yang sangat baik adalah persahabatan me dengan kawan2 yang bersuamikan kaki pancing juga. Tabiat atau hobi memancing hubby me dan kawan kawannya sudah lama. Sebenarnya me tak berapa gemar sangat ke kolam pancing. Sebab pertama adalah me cepat boring kalau umpan tidak disentap oleh ikan. Yang keduanya adalah suasana kolam pancing yang tidak selesa dan baunya kurang menyenangkan.

Tapi kali ini me dan sahabat2 me mengagahkan diri untuk bersama sama merasa suasana memancing seperti yang selalu diceritakan oleh hubby me. Kolam pancing itu terletak di Batang Kali, Selangor. Perjalanan kesana mengambil masa 45 minit, melalui Selayang, Ulu Yam dan terus ke Batang Kali.

Apa yang me boleh rumuskan disini, kolam memancing ini menjadi tempat ramai sang suami untuk melepaskan penat lelah berkerja. Dan hasil tangkapan mereka sangat BOLEH TAHAN. Malah me dan sahabat2 tak boleh tahan menyaksikan ikan ikan masuk ke perangkap si pemancing ini.🙂

Gambar ini diambil masa mula mula sampai. Kelihatan hubby me (berseluar hitam dan berbaju hijau), Abang Pian (mengadap kamera), Razmy (membelakangi kamera) dan Kak Ina sedang berbincang mengenai port yang baik untuk memperdaya ikan.

Mat Piah dan Liza (pasangan suami isteri) duduk jauh dari kami. Ntah apalah yang dibincangkannya.🙂

Ini kaunter pendaftaran. kalau tak silap me, 1st 3 hour adalah RM30.00. Tambahan RM10 setiap jam….Tapi me tak berape sure…hubby me bukan nak cakap yang sebenarnya tentang kos memancing, buka apa, takut me marah lah tuh…

Selepas mengambil tempat memancing dan menyediakan joran, inilah momen yang seronok. Acara gentel mengentel. Ini lah umpan ikan . Bau dedak ini jangan ceritalah…dah campur macam macam…

Hubby me yang tersayang dengan Razmy sedang memasang umpan dijoran…

Hubby me sedang ralit….manakala Razmy juga tidak mahu ketinggalan didalam memasang perangkap dijoran.

Inilah Saudara Mat Piah yang mempunyai hobi memancing tahap raban. Sangat gemar memancing. Beliau seorang yang sangat sopan dan bercakap dengan suara yang perlahan. Ha..ha..ha…berlainan dengan isterinya yang bersuara nyaring dan sangat kelakar.

Sangat tekun….

Yeahhhhh…masa untuk melepaskan gian….

Tekun dan Ralit..Mereka2 ini sudah masuk ke alam lain…

Bravooooo…..

Ikan yang pertama…Si ROHU yang sangat besar….

Ini paip air yang menyambungkan air dari sungai. Lupa nak cakap yang kolam memancing ini bersebelahan dengan sungai. So…rasa ikan dikolam ini manis, tiada rasa lumpur atau hangir…

Inilah pemandangan untuk keseluruhan kolam. Kolam ini terdiri dari 2 buah kolam…me pun tak berapa tahu kenapa ada 2 kolam. Walhal kedua dua ikan mempunyai ikan yang sama. iaitu ikan patin dan ikan rohu.

Inilah bawaan dari rumah. Cerek dan dapur gas untuk membuat air…Alhamdulilah…dapat merasa air teh o buatan me yang kurang gula..(itu pun sebab abang pian tak suka manis) tapi hubby me suka yang manis2 sebab me tergolong dalam golongan manis juga (he..he…he….me perasan)

Inilah makanan tambahan untuk anak anak yang ikut. Mereka2 ni 24jam asyik nak makan jer…kalu tak, mereka akan menjadi pelakon tambahan kepada bapa2 mereka dan ini sangat tidak digemari.

Ini juga makanan orang orang yang pertengahan umur. Keropok lekor hubby me beli di Pulau Pangkor masa dia bermotivasi dengan companynya…

Inilah rupa ikan yang kami dapat. jumlah ikan adalah 11 ekor….hubby me dapat 3 ekor, Mat Piah dapat 4 ekor, Abang Pian dapat 3 ekor dan Razmy dapat 1 ekor.

Daripada 11 ekor ikan tuh….2 ekor adalah ikan patin…

Alhamdulilah…daripada petang kami sampai ke kolam, sampailah 12mlm, baru kami keluar dari kolam itu. Selepas mengisi perut diKedai Mamak, kami sampai ke rumah dalam pukul 3 pagi. Walaupun penat, tapi pengalaman yang kami dapat sangat berguna…

Semoga ada peluang lagi untk kami kesana. Terimakasih pada kawan kawan yang turut sama ke sana.

  • Mat Piah dan Isterinya Liza bersama 3 orang anak
  • Hubby and me bersama 3 orang anak
  • Abang Pian bersama isteri dan bersama 3 orang anak
  • Razmy yang datang secara single…

@ Indah dan Bersinar, at Office, 1.55pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s