Permata Hati

Salam…

Anak dalam keluarga adalah permata hati, labuhan jiwa dan harapan masa depan. Pada diri orang tua, anak adalah muara kecintaannya. Sebuah perasaan yang fitrah dari orang tua terhadap anak-anaknya, datang sebagai naluri.

Alhamdulilah, Allah menghadiah me rasa menjadi seorang ibu. Kalau ditanya apa perasaan menjadi seorang ibu, jawapannya amat mencabar. Mendidik anak anak di zaman yang tiada sempadan adalah cabaran yang amat besar.

Semasa melihat bonda dan ayahanda membesarkan me dan adik adik, keadaan amatlah berlainan. Sangat sangat berlainan. Ayah seorang yang sangat garang, tapi emak pula sangat lembut dan penuh diplomasi.

Melihat cara emak membesar anak anak, me banyak menceduk idea dari situ, tapi penambahan cara sangat penting. Mempunyai 3 orang permata hati adalah satu rahmat. Ada teman me yang sangat sangat mengharapkan anak, tapi Allah masih menguji dengan mereka.

Doa me semoga permata hati me menjadi insan yang sangat berguna dan menjadi anak yang solehah.

Anak2 Mama,

Siti Nur Ain Fatiha Binti Sahabudin
Muhammad Shafiq Binti Sahabudin
Siti Nur Iman Alyssa Binti Sahabudin

Setiap selepas solat, Mama akan mendoakan kesejahteraan dan kegembiraan anak2 Mama. Semoga menjadi Hamba Allah yang selalu dirahmati dan mendapat Hidayah dari Allah SWT selalu. Cuba bersikap jujur dan jauh perkara2 yang mengundang dosa. Sekiranya kita hidup di bawah payung rahmat, kita akan mendapat perkara2 yang baik sahaja, dan sekiranya ada perkara yang menyakitkan berlaku, itu adalah ujian dari Allah SWT.

Jangan terlalu percaya dengan apa yang bernama CINTa, kerana banyak orang binasa kerana CINTA. Belajar untuk menyayangi diri sendiri dahulu, sebelum menyayangi orang lain. Bukan semua orang yang mendekati kita mempunyai niat yang baik, maka berwaspadalah….

Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s