Cerita Duka Seorang Wanita

Salam Penuh Damai

Alhamdulilah….Ramadhan sudah berlalu pergi….Dengan seribu kenangan…dan menikmati syawal dengan suasana yang penuh girang dan ceria.

Kesempatan bertemu dengan seorang teman persekolahan dulu membuatkan saya ingin menulis disini. Tidak salah untuk saya berkongsi cerita duka dengan anda asalkan saya merahsiakan identiti beliau yang sebenarnya.  Saya percaya cerita duka ini akan menjadi satu pengajaran buat kita semua.

Semestinya, kita harus percaya dengan Qada dan Qadar dari Allah SWT.  Itulah ujian dariNya. Tapi saya tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Teman saya ini yang saya namakan Puan K telah berkahwin dan mempunyai pekerjaan yang sangat stabil. Cerita bermula apabila Puan K berkahwin dengan jejaka pilihannya dan dikurniakan 2 orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.  Kedukaannya bermula apabila suaminya berhenti kerja semasa usia perkahwinan mereka baru setahun. Masa tu banyak syarikat yang memberhentikan pekerja kerana ekonomi dunia yang merudum.

Selepas berhenti kerja, suaminya tidak pernah mencari kerja, dan tidak pernah berusaha untuk mencari kerja. Puan K  yang menanggung semua urusan rumahtangga dan membayar semua bil. Juga turut menanggung rokok dan perbelanjaan suaminya. Keadaan tidak berkerja ini berlarutan selama 7 tahun.

Bayangkan……

Sudah puas Puan K memberi nasihat dan motivasi kepada suaminya, tapi hampa. Sang suami memberi alasan yang beliau tidak dapat berkerja dengan orang lain dan mahu berkerja sendiri. Tapi tiada nampak usaha untuk membuat perniagaan sendiri.

Walaupun Puan K berkemampuan menangung semua perkara, tetapi wajarkan seorang suami dan sihat dan lengkap anggota badan dan sihat mental hanya duduk dirumah dan menunggu nasi masuk ke mulutnya. Sudahlah tidak mahu membuat sebarang pekerjaan rumah dan membantu, malah kerap melenting apabila ditegur. Puan K terpaksa menghantar anak ke Pusat Asuhan Kanak Kanak kerana suaminya tidak mahu menjaga anaknya dengan alasan tidak pandai.

Bayangkan lagi….

Sudah lama Puan K ingin menuntut cerai kerana tidak mahu menanggung biawak hidup, tetapi merasa kasihan pada sang suami. Bersabar lagi dan bersabar lagi…

Banyak juga cerita duka yang Puan K ceritakan pada saya, tetapi seeloknya saya rahsiakan sebab tidak manis untuk dikongsi. Terlalu peribadi….

Apabila usia perkahwinan masuk ke 7 tahun, Puan K memulakan perniagaan kecil kecilan untuk menampung kos hidup yang tinggi. Ceritanya bermula disini…

Disini….

Apabila tertekan dengan perangai suaminya dan keadaan yang tidak pernah berubah, Puan K telah beralih hati. Beliau nekad untuk meminta cerai. Persahabatan erat dengan seorang lelaki telah menjadikan alasan untuk Puan K meminta dilepaskan. Apabila perkara itu sampai ke pengetahuan sang suami, beliau sangat terkejut….terkesima…terbangun…

Bayangkan lagi…..dan lagi….

Apabila bertapa selama 6 tahun di bawah tanggungan isteri tanpa mengeluarkan peluh setitik pun, beliau jadi seperti tidak percaya yang Puan K akan bertindak sejauh itu. Sang suami merayu agar Puan K memberinya peluang untuk berubah, tapi Puan K menolak…

Peluang????

Sudah 7 tahun peluang untk berubah, tapi???? Walaupun berat hati, sang suami bersetuju untuk bercerai. Apabila sah bercerai< Puan K keluar dari rumah dengan menyewa rumah yang berdekatan dengan bekas suaminya. Ini untuk memudahkan mereka berjumpa dengan anak anaknya.

Apabila berseorangan dan tiada dana free lagi, sang suami berusaha dengan gigih untuk mencari pekerjaan. Berkeping keping resume dan berkilometer berjalan untk interview. Dengan izin Allah, satu syarikat telah menerima bekas suaminya dan menerima gaji yang tidak kurang banyaknya. (lupa nak cerita yang bekas suami adalah berbakat dalam grafik dan multimedia).  Tidak terlaluan yang saya katakan yang permulaan gajinya mencecahkan RM3,000.00.

Bayangkan lagi….

Allah menguji hambaNya sehingga sampai ke tahap itu…Semasa menjadi suami dulu, sangat culas untuk mencari rezeki untuk isteri, tetapi apabila sudah single, mudah pulak rezeki itu masuk.

Allah sangat Maha Kaya dan tahu segalanya….

Apabila sudah mendapat pekerjaan, saham pun sudah melonjak naik. Tapi masih menjaja keburukan isteri kepada keluarga. Kononnya isterinya curang dan tidak taat padanya. Cerita yang dia tidak menjalankan tanggungjawab zahir pada isteri dan anak anak disimpan rapi.

Apabila sudah bergaya, tentunya ramai sang gadis yang merapati. Alhamdulilah, sang bekas suami bertemu jodoh dengan seorang bakal lawyer yang berkerja dengan kerajaan.

Bayangkan….

Puan isteri baru dibawa ke kondominium mewah yang disewa sedangkan semasa bersama anak dan isteri dulu, hanya tinggal di flat usang. Adilkah?

Itulah urusan Allah SWT yang kita masih belum nampak hikmahnya. Temanku masih membujang hingga kini. Masih bertungkus lumus membesarkan anak anak. Masih tidak punya sesiapa yang istimewa dihatinya.

Walaupun kekadang ada sedikit ralat dengan perjalanan hidupnya, beliau sangat pasrah dan selalu positif….

Saya selalu mendoakan yang terbaik untuknya, semoga temanku beroleh kebahagian dunia & akhirat..

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s